Tuesday, April 7, 2009

Natijahnya apa?





Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apa khabar? Sihat seperti biasa bukan? Alhamdulillah. Jam di komputer ini menunjukkan pukul 2:14PM pada tarikh 7 April 09, Sepatutnya tempat saya bukan disini. Tetapi jangan risau, sebentar sahaja.

Setelah selesai solat Zohor, Allah tiba-tiba melontarkan secebis dari ilmuNya kedalam kotak pemikiran saya yang kecil. Setelah mengambil sedikit udara dan berfikir sebentar, inilah hasilnya..

******

Di sebuah musolla terbuka;

Ketua Biro Imam ; Syeikh, malam ni jadi imam maghrib boleh? Osman yang sepatutnya menjadi imam tiba-tiba sakit perut.

Syeikh itu ; Insya-Allah, ana cuba..

Lagi 30 minit azan maghrib akan dikumandangkan, rasa gentar bercampur takut didalam dada syeikh itu memikirkan 'lagu apa yang hendak dibawa nanti?' dan 'ayat apa ya?'. Akhirnya azan dikumandangkan oleh seorang yang masih muda dari kumpulan 'Band of Muazzin'. Azan itu sedikit sebenyak menenangkan jiwa.

"Saf!" muazzin mengajak para jemaah berdiri dan memenuhkan saf hadapan yang masih kontang. Syeikh itu melangkah kaki dengan bergetar menuju ke sejadah yang tiada rakan sebelah. Dia menerima mikrofon klip dari muazzin yang baru selesai melaungkan iqamat. 'Allahuakbar', takbir dilaungkan sebagai pemula ibadah.

Ayat yang dibacakan mengenai perlian Allah kepada orang mu'min agar para mu'min memperbanyak berzikir. Syeikh itu menarik2 suaranya, hampir-hampir pecah, tetapi tidak pecah. Ingin sekali syeikh itu menitikkan airmata yang sudah lama kering itu tetapi tidak mampu, begitu juga para jemaah. Waktu maghrib itu disempurnakan dengan bacaan al-Ma'thurat dan solat sunat rawatib. Malam itu, ramai yang menemui syeikh itu dan memuji-muji bacaannya yang dimana sekiranya tidak disandarkan kepada Allah, sudah pasti sia-sia. Kemudian mereka berjalan seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku.

******

Panjang juga cerpen ini, tetapi tidak mengapa. Kepada pembaca yang setia saya berterima kasih banyak-banyak.

Jadi, apa kaitannya? Heh, sudah pasti ada. Bermula dari apabila syeikh itu meletakkan perkara teknikal (dalam bab ini tarannum/lagu) sebagai sebuah perkara yang diuatamakan dan sehinggalah orang-orang yang memuji bacaannya dan berjalan seperti biasa.

Kita lihat kembali monolog si Syeikh tadi 'lagu apa yang hendak dibawa nanti?', secara automatik dia sudah meletakkan lagu sebagai apa yang hendak disampaikannya dalam solat tadi. Tetapi apabila dia meletakkan 'Ya Allah, terimalah amalku ini dengan ayat yang aku bacakan nanti sebagai saksi yang aku bersungguh-sungguh' (dalam solatnya yang lain mugkin) insya-Allah natijahnya akan berlainan meskipun apa yang dilakukan adalah sama.

Sama juga seperti apa yang tercatat dalam sebuah buku berjudul 'Ibadatul Mu'min' (Bahasa Indonesia - Meminta dan Mencinta) Karangan Muhammad Amru Khalid. Dia menceritakan (berdasarka dalil sudah pasti) tentang dua orang yang solat bersebelahan, dibelakang imam tetapi perbezaan antara solat mereka bagaikan langit dan bumi.

Apabila seseorang itu meletakkan perkara yang biasa sebagai natijah (contoh; menunaikan tanggungjawab, melepaskan amanah), maka apa yang dia akan peroleh hanya sebahagian kecil dari ganjaran, tetapi apabila dia meletakkan perkara yang lebih tinggi/hebat sebagai natijah (contoh; untuk taqarrub dengan Allah, memuaskan iman) , maka baginya adalah ganjaran yang lebih besar.

Sekadar sebuah teori, segala salah minta sangat-sangat untuk diperbetulkan, dan minta doakan saya agar sentiasa berada selandasan dengan Nabi Muhammad, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Muhammad al-Fatih, Solahuddin al-Ayubi dan mereka yang lain.

(Secara tiba-tiba saya bersemangat indonesia, jadi ambillah wallpaper dibawah ini sebagai kenangan.)


Wassalam
(Cerpen diatas tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah pergi)