Friday, December 28, 2012

Pindah

Salam,
setakat ini, saya lebih rajin menulis di blog kedua saya ; http://shortnots.blogspot.com

Jemput jenguk & sila betulkan yang kurang & tersilap. Terima kasih.

Monday, July 9, 2012

Nilai Sebuah Kehidupan



Sayyid Qutb sebelum digantung kerana perjuangannya, menulis surat kepada adiknya Aminah Qutb. Beliau antaranya menyebut:

 “Matahari terbit, matahari juga tenggelam. Bumi pula beredar mengelilinginya. Kehidupan itu bercambah di sana dan sini. Setiap sesuatu itu terus bertambah. Ini bertambah pada bilangan dan jenis. Ia bertambah dari segi jumlah dan cara. Jika kematian itu dapat berbuat sesuatu, sudah pasti kehidupan (alam) ini terhenti. Namun kematian hanya kekuatan yang kerdil dan halus dibandingkan kehidupan yang besar, merata dan mendasar. Dari kekuatan Allah Yang Maha Hidup, kehidupan itu bercambah dan berkembang. Apabila kita hidup untuk diri kita semata, maka kelihatan kehidupan ini singkat dan kerdil. Ia bermula sejak kita sedar dan berakhir bersama umur kita yang terhad. Adapun, jika kita hidup untuk orang lain, iaitu hidup untuk sesuatu idea maka sesungguhnya kehidupan itu panjang lagi dalam. Ia bermula dari mana bermulanya keinsanan. Ia terus melebar selepas kita meninggalkan muka bumi ini..”


Memandang Ke Belakang


Ada suatu tempoh didalam hidup di mana kita akan melihat kembali ke belakang. Ketika itu, kita akan tersengih mengenang kembali betapa silapnya dan betapa tidak matangnya kita suatu masa dahulu. Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun mungkin akan tersenyum bila terkenang kembali pertelingkahannay dengan kawannya kerana berebut coki-coki. Ia kitaran kehidupan.

Pada saya,ia suatu perkara yang sihat kerana ia menandakan perkembangan minda seorang manusia. Dia sudah boleh membezakan mana yang wajar dan mana yang tidak. Ia menunjukkan bahawa tahap berfikirnya sudah meningkat dan ia mampu berfikir dengan lebih realistik.

Ia sunnah untuk peningkatan & kejayaan. Umar al-Khattab telah merasainya, Khalid al-Walid juga turut merasainya, Fudhayl Iyadh juga tidak terlepas. Apa alasan kita untuk tidak meningkat? Sunnah kemajuan adalah belajar daripada kesilapan dan manusia tidak akan terlepas daripada membuat kesilapan.

 "Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Saya teringat dialog antara seorang ayah dan anaknya didalam filem Three Musketeers sebelum menghantar anaknya berhijrah dair kampung; dialog mereka sebelum ;

"Father, I swear I won't cause a lot of troubles."
"No, cause a lot of troubles, get into fights, make a lot of mistakes, learn."

Hidup ada naik dan turunnya, yang paling penting adalah terus berjalan. Biarkan lambat sedikit asalkan terus berjalan kerana bila kita berhenti mendaki, kita akan terus berada di bawah. Wallahu a'lam.

P/S : rasanya sudah berkali-kali saya tulis tentang jatuh dan naik. Tak apa, yang penting terus menulis.

Monday, January 23, 2012

Siri Bedah Buku

Alhamdulillah, siri 1 rancangan Bedah Buku telah berjaya di-publish-kan di youtube. Siri pertama membincangkan tentang kitab al-Muntalaq (Langkah Bermula) yang ditulis oleh Muhammad Ahmad ar-Rasyid. Siri kali ini saya sendiri mengaku banyak kelemahan dan kekurangan. Insya-Allah saya akan cuba perbaiki kualiti bagi siri-siri yang akan datang.


Wassalam.

Sunday, October 23, 2011

My Last Shot

Petang yang indah di Baling. (Pandangan dari balkoni rumah pakcik Sani)

Salam,

Dah lama tidak menulis didalam blog, tersibuk dengan menulis esei dan karangan dan biasanya teralih ke tempat lain. Jadi malam ini saya bercadang untuk tulis entri terakhir sebelum memasuki tempoh peperiksaan.

Banyak perkara menarik ingin saya kongsikan, tetapi kalau ceritakan semua dalam satu entri, boleh jadi panjang lebar dan memakan masa. Mungkin hanya sedikit gambar dan shortnotes.

2 minggu lepas, saya pergi ke Baling, Kedah utuk kali kedua dan kali ini pengalamannya sedikit berbeza. Jadi saya susun mengikut turutan.

1.
(Steve Jobs, 24 Feb 1955 - 5 October 2011)

Beberapa hari selepas saya tiba di Baling, saya terkejut sebentar bila membaca di akhbar dan internet tentang kematian Steve Jobs. Elok juga saya coretkan di sini sebagai ma'alim (road sign) saya suatu hari nanti.

Pengalaman hidup dan kata-kata beliau sedikit sebanyak memberi inspirasi dalam kehidupan saya. Bagaimana dia tabah dan sabar sepanjang kejatuhannya dan keinovatifannya. Kisah hidupnya yang lebih lanjut, mungkin anda boleh google search sendiri. Antara kata-katanya yang saya gemar,
"Life's gonna hit your head with a brick, dont lose faith."

2. Menumpang di SMK Jerai

Kalau di sekolah, biasanya disebut SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) keadaannya begini, para pelajar rentaknya begitu tetapi ia hanya oral sources, saya tak pernah melihat dan merasa keadaan sedemikian. Kebetulan makcik saya mengajar di salah sebuah SMK di Kedah (SMK Jerai), jadi saya mengambil peluang untuk belajar perkara-perkara yang tak boleh dapat di Hira'.

Saya ke sekolah tersbeut memakai uniform sekolah saya sendiri, tight-out dan kasut kulit hitam. Sangat kontra dengan pelajar lain. Mereka tight-in dan berkasut kanvas putih. Tetapi oleh kerana baju masih putih dan seluar juga seluar hijau, saya masih boleh 'menyelusup' dengan mudah.

Saya menumpang di kelas 5 Seroja atau 5 S kerana pelajar 5 S semuanya mengambil aliran sains tulen. Seperti biasa saling berkenalan, tanya-tanya dan lain-lain. Ada beberapa kali saya terpinga sebentar kerana perbezaan dialek. Dialek Kedah dialek Selangor, tak sama.

Saya menumpang di sini, 5 Seroja

Sehingga bila saya saya perkenalkan diri kepada guru di sana, ada cikgu hairan, "Eh, awat cakap macam tu?" "Cikgu, dia dari Selangor." "Oh."

Ada beberapa perkataan yang saya jarang dengar, jadi saya senyum sahaja,
"Oh, ni la anak menakan cikgu Kamaliah tu ya?"
"Eh?"

Bila dah ke sekolah lain, baru dapat rasa bagaimana nikmatnya sekolah saya, pelajar kebanyakannya pelajarnya memahami Islam, ada orang yang nak  menunjuk ajar dan membimbing para pelajar, yang nak kongsikan kefahaman Islam dan memberi nikmat mengamalkan Islam. Saya tidak sedar sangat sehinggalah saya ke Jerai.

Pelajar-pelajar 5 Seroja. Terima kasih semua, fursah sa'idah

Sayyid Qutb menulis didalam tafsirnya Fi Zhilalil Qur'an bahawa jiwa orang beriman ini memang sudah ada obor, tinggal kita bagi sedikit percikan api maka ia akan menyala.

3. Imam asy-Syafi'e abad 21


Bersalam dengan Syeikh Azhar diiringi isteri

Saya sempat menghadiri majlis konvokesyen beliau, abang saya di Mesir secara langsung melalui laman web yang dikongsi di facebook. Alhamdulillah beliau mendapat tokoh Imam Syafi'e kerana pencapaian terbaik dalam bidang syari'ah antara semua pelajar Malaysia di Azhar. Mabruk dan semoga sentiasa meningkat dan meningkatkan orang lain.

4. Singgah di MATRI

Hari-hari terakhir di sana, saya bersama pakcik Sani  dan isteri pergi menghantar anaknya, mad din ke MATRI (Ma'had Tarbiyah Islamiah) di Perlis. Tak jauh bezanya dengan Hira', saya rasa memang begini nasib sekolah agama swasta. Heh.

********

Saya menghadiri pengajian di masjid Baling selepas maghrib pada suatu hari, penceramah kongsikan sepotong kata-kata ibnu Athaillah dipetik dari bukunya Tajul Arus,

إذا طلبت من الله، فاطلب منه آن يصلحك من كل وجوه.
Apabila kau meminta daripada Allah, mintalah kepadanya agar diperelokkan daripada segala masalah

Katanya, kita tak mampu mengubah apa yang kita telah lakukan, jadi kita hanya mampu berdoakepada Allah agar apa yang kita telah lakukan Allah perbaiki mana-mana yang lopong dan cacat. Kalau kita dah habis usaha, mintalah kepada Allah agar usaha kita tak sia-sia. Beliau mengajar do'a;

اللهم اصلح لي شآني كلها
Ya Allah, perbaikilah urusan-urusanku keseluruhannya

Di kesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kalau ada hak-hak yang tak dapat saya tunaikan, hutang-hutang yang tak sempat saya langsaikan dan kata-kata kasar yang saya terlepas cakap. Jika ada apa-apa, boleh nyatakan dan kita selesaikan dengan aman. Saya juga manusia dan tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.

Moga Allah memperbaiki hubungan antara kita ;)

Wassalam.

Monday, August 29, 2011

Update


Salam,
apa khabar? 10 hari terakhir Ramadhan tahun ini banyak perkara menarik yang saya alami. Entri kali ini saya hendak kongsikan perkara-perkara tersebut. Entri kali ini boleh jadi panjang dan ia lebih bersifat travelog.

Dari Jumaat 2 minggu lepas sehingga Khamis lepas (19 Ogos-25 Ogos), saya pergi beruzlah sebentar ke Baling, Kedah. Cuba-cuba melakukan jaulah ilmiah seperti adat para ulama' terdahulu. Imam Bukhari, Imam Syafi'e dan lain-lain. Walaupun dahulu mereka menunggang unta namun tiada masalah mencuba. Dan bezanya saya berguru dengan makcik saya sendiri yang menjadi guru di sebuah sekolah di sekitar Baling, Kedah.

Perjalanan ke Baling memakan masa lebih kurang 5 jam. Bertolak 10.30 malam dari Jalan Duta dan tiba pada pukul 3.30 pagi. Turun bas sahaja, pakcik Sani sudah siap menyambut saya. Serba salah sedikit saya rasa.

Hari Jumaat di Kedah adalah seperti hari Ahad di KL. Mereka bercuti pada hari tersebut. Pagi itu saya bersama pakcik Sani dan makcik Kamaliah menziarahi kubur anak mereka dan juga sepupu saya, Nurul Jannah yang meninggal dunia tahun lepas di Langkawi ketika melakukan khidmat masyarakat di sana.

"Apabila mati seseorang anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, Ilmu yang dimanfa'atkan oleh orang dan anak soleh yang mendoakannya. " (Riwayat Muslim)

Semoga Allah menerima khidmat masyarakat yang beliau lakukan sebagai sedekah jariah dan memberikan kepadanya pahala yang tidak teputus serta merahmati roh beliau.

Baling, Bumi Syuhada'
Semenjak dari hari pertama di Baling, saya dapat merasakan perbezaan antara Baling dan Kuala Lumpur. Di sana cucanya mendung dan redup sahaja. Jarang-jarang sekali panas terik. Sangkaan saya mungkin kerana faktor luaran seperti geografi dan sebagainya, tetapi wallahu'alam mungkin kerana faktor yang terselit didalam lipatan sejarah Baling. Bisik saya, susah nak tentukan laylatul qadar di Baling jika macam ni setiap hari.

Abang saya yang mula-mula memberi hint, mungkin kerana Baling ini bumi syuhada', 18 orang yang tidak bersalah terkorban dek serbuan anggota khas polis dalam menjalankan 'Operasi Hapus'. Antara yang terkorban didalam operasi tersebut adalah seorang ustaz yang terkenal ketika itu, iaitu ustaz Ibrahim Mahmud ataupun lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Ibrahim Libya.

Ustaz Ibrahim Libya dituduh menyebarkan ajaran sesat lalu diambil tindakan untuk melakukan sebuah operasi untuk menghentikan kegiatan tersebut. Ada sumber mengatakan banyak berlaku kesilapan komunikasi antara anggota polis dan pegawai atas di ibu pejabat. Wallahu a'lam. Saya sertakan sekali link supaya anda yang rajin boleh bayangkan sendiri situasi ketika itu.

Dan akhirnya, mereka diisytiharkan sebagai syuhada' oleh mufti Kedah ketika itu dan Sultan turut mencemar duli menziarahi maqam mereka. Semoga Allah merahmati roh mereka dan menyenaraikan kita didalam senari syuhada'.

Boleh baca lebih mengenai peristiwa Memali di;
Sumber 1
Sumber 2

Baling adalah sebuah tempat yang menarik dan seronok.

Di sana saya menggunakan basikal sebagai kenderaan untuk ke mana-mana dan biasanya ke masjid kerana suasananya yang tenang dan sekaligus i'tikaf di sana. Oleh kerana cuaca yang biasanya redup dan berangin, saya tidak berpeluh sangat berbanding jika di sekolah atau di rumah. Saya biasanya pergi ke masjid Ridwaniah ataupun lebih dikenali dengan Masjid Baling untuk mengulangkaji dan lain-lain.

Dari situ sebuah kisah yang tidak kurang menariknya bermula,

Syeikh Hassan Mahmud, Syeikh Palestin dari Syria
Malam terakhir bersama Syeikh Hassan Mahmud.

Sejak hari pertama saya tiba di Baling, makcik Kamaliah sudah mula berkongsi cerita tentang kedatangan pelajar berketurunan Palestin ke Baling untuk menjadi imam. Saya menjadi teruja mendengar kehadirannya. Teringin juga berborak sebentar, mendapat syu'ur-syu'ur arab.

Saya pertama kali berjumpa dengan beliau pada hari Sabtu selepas solat Asar. Ramai orang bersalam dengannya dan berkenalan dengannya. Saya antara orang-orang itu. Petang itu beliau berbuka di rumah Pakcik Sani bersama saya dan serta pakcik Basri yang menjadi pengiring Syeikh tersebut.

Buka puasa bersama Syeikh Hassan di rumah pakcik Sani bersama pakcik Basri dan Muaz, anaknya.

Peluang bersama dengan Syeikh ini saya cuba gunakan untuk tingkatkan kemahiran dalam muhadasah (percakapan) memandangkan akan banyak memerlukan kemahiran tersbut pada masa akan datang. Syeikh Hassan adalah seorang yang peramah dan menghormati orang lain walaupun kadang-kadang orang sukar memahami apa yang dicakap. Di sini jelas "language barrier" menjadi satu masalah.
Namun, orang Islam berkongsi satu badan, masalah pertuturan bukanlah masalah yang besar.

Roadsinger rode on to another land
Though the people spoke a different tongue it understand
They showed him how to share and took him by the hand
Showed him the path to heaven through the desert sand

- Roadsinger, Yusuf Islam

Syeikh Hassan adalah pelajar perubatan di Syria, saya tak ingat institusi yang mana. Beliau bersama 10 orang kawannya dihantar ke Malaysia untuk berkhidmat sebagai tanda membalas budi baik rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan terhadap Palestin. Mereka semua berketurunan Palestin dan mereka dibawa masuk ke Malaysia melalui Pertubuhan HALUAN. Mereka bertebaran ke negeri-negeri di Malaysia dan Syeikh Hassan telah diletakkan ke Kedah.

Keesokan paginya, Syeikh tersebut mengikut jadual akan mengadakan qiamullail di Masjid Baling, masjid yang biasa kami (saya berserta keluarga pakcik Sani) pergi. Saya dan pakcik Sani menghadiri qiam tersebut dan sahur bersama beiau selepas qiam.

Pakcik Basri yang menjadi pengiring beliau di Baling turut sahur bersama. Beliau menceritakan tentang program-program yang dirancang dan antaranya adalah tazkirah dari Syeikh. Oleh kerana ketika itu saya yang boleh faham-faham sedikit kata-kata Syeikh, saya diminta untuk menjadi penterjemah bagi siri tazkirahnya dan ketika itu siri yang pertama dan diadakan di Masjid Baling selepas solat subuh. Saya setuju sahaja kerana kata beliau kali ini sahaja dan tazkirah ini hanya sekitar 5-10 minit sahaja. Tambah beliau, selepas ini akan ada penterjemah lain.

Tazkirah pagi tersebut berkenaan Ramadhan dan al-Qur'an. Lega saya kerana beliau banyak menggunakan dalil-dalil yang masyhur dan jelas. Sesi itu alhamdulillah berjalan dengan lancar. Kemudian, rutin saya seperti biasa ke masjid dan ulangkaji.

Petang itu, pakcik Sani memberitahu hajat pakcik Basri untuk saya menjadi penterjemah bagi tazkirah Syeikh malam tersebut di Masjid Kupang, sekitar daerah Baling. Memandangkan ini tazkirah yang panjangnya lebih kurang 30-45 minit, saya pada mulanya menolak. Tapi selepas fikir beberapa kali, saya tunaikan hajat beliau. Pakcik Basri menjemput di Masjid Baling pada pukul 7.00 dan kami bertolak ke Masjid Kupang bersama dengan Syeikh tersebut.

Kami tiba di sana  tepat-tepat dengan masa untuk berbuka puasa dan kehadiran kami disambut oleh AJK masjid tersebut. Antara yang menyambut kami adalah seorang pakcik yang lahir di Saudi dan hidup disana. Beliau kini menetap di Malaysa dan sudah 10-11 tahun menetap di Malaysia dan umurnya dalam lingkungan 30-an. Saya meminta beliau untuk menjadi penterjemah, tapi beliau menolak kerana payah untuk menterjemah ke bahasa Melayu.

Terawih yang panjang dirasakan pendek kerana perasaan takut dan gementar untuk menjadi penterjemah dihadapan lebih kurang 200 orang ahli jemaah masjid. Sesi tazkirah bermula dan saya berharap agar Syeikh bercakap sekitar Ramadhan dan taujih ruhiyah sahaja. Beliau memulakan dengan menceritakan sedikit sebanyak mengenai Ramadhan dan al-Qur'an lebih kurang seperti pagi tadi dan ketika itu saya berasa sedikit lega tetapi beliau kemudiannya memasuki tajuk Palestin. Sejak itu saya sedikit kabut kerana kekurangan vocab dan lain-lain.

Tetapi alhamdulillah dapat saya ikuti sesi itu sehingga habis walaupun banyak point terpaksa ditinggalkan dek kerana tak dapat tangkap kata-katanya. Beliau bercakap dalam bahasa Arab fusha (bahasa baku). Selepas habis tazkirah kami moreh sebentar dan pakcik yang lahir di Saudi menyediakan home-made pizza yang beliau buat sendiri. Alhamdulillah sedap dan sempat yang berkenalan dengan dua orang anaknya, Syadi dan Syamil. Seorang darjah 3 dan seorang lagi darjah 1. Perasaan saya yang separa kecewa diubati dengan kehadiran dua anak yang ceria ini. Alhamdulillah.

Keesokan harinya, mengikut rutin saya ke masjid sehingga petang dan pulang ke rumah. Malam itu kami ke Masjid Charok Bemban kerana Syeikh Hassan menjadi imam di sana. Bacaannya yang merdu dilengkapi dengan  tajwid dan lahjahnya membuat kami tertarik ke sana. Sampai sahaja di sana, saya ternampak Syeikh Hassan di dewan solat utama dan sengaja saya memilih dewan solat bersebelahan dewan utama sebagai langkah berhati-hati tidak ditarik menjadi penterjemah walaupun saya sudah dimaklumkan ada penterjemah malam itu.

Saya dikejutkan dengan teguran Syadi dan Syamil yang turut bersama di sana malam itu. Gembira sebentar saya. Tetapi saya menjadi lebih terkejut bila bilal masjid tersebut berjumpa dengan saya dan meminta saya menjadi penterjemah untuk sesi tazkirah selepas solat terawih. Saya cuba menolak tetapi tak berjaya dan malam ini saya menjadi lebih gementar dari malam sebelumnya kerana kekurangan persediaan. Teringat saya kisah Nabi Musa, ketika mereka lari dari Firaun dan akhirnya Firaun dapat menjejaki mereka di laut Mati.

فَلَمَّا تَرَاءَى الْجَمْعَانِ قَالَ أَصْحَابُ مُوسَىٰ إِنَّا لَمُدْرَكُونَ
Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: Sesungguhnya kita akan dapat ditawan.
Kejutan yang Allah berikan kepada mereka menambahkan lagi keyakinan baginda kepada Allah. Jawab baginda;

قَالَ كَلَّا ۖ إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ
Nabi Musa menjawab: Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentias disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan dan pertolonganNya), Dia akan menunjuk jalan kepadaku. (asy-Syu'ara' 61-62)
Saya cuba bertekad sebegitu dan saya terima sahaja. Insya-Allah boleh.

Sesi malam itu lebih sukar berbanding sebelumnya kerana Syeikh dari awal terus membicarakan tentang isu Palestin. Saya yang kurang vocab banyak tertinggal point-point yang penting sehingga diperlinya dalam bahasa arab,

 انا آتكلمت كثير ولكنه يتكلم قليل (Saya dah cakap banyak tetapi dia cakap sedikit sahaja.)

Jemaah yang menghadiri semuanya tertawa kerana ditambah lagi dengan gayanya yang lucu. Semua senyum malu sahaja di depan. Apapun, alhamdulillah saya dapat ikut sesi tersebut sehingga habis.

Malam itu adalah kali terakhir saya menjadi penterjemah untuk Syeikh tersebut kerana mereka sudah jumpa penterjemah yang lebih bagus. Lega saya.

Esoknya, dua orang sepupu saya Nuruddin dan Maryam yang belajar di MATRI pulang dari sana memulakan percutian sempena Hari Raya. Maddin (Nuruddin) kini di tingkatan 2 dan Maryam di tingkatan 5, turut mengambil SPM tahun ini. Ada saingan. Gembira sedikit saya dapat jumpa sepupu yang jarang-jarang dapat berjumpa. Sudah besar mereka, bisik saya. Moga mereka membesar dalam celupan Allah.

صِبْغَةَ اللَّهِ ۖ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً ۖ وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ
Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat. (al-Baqarah : 138)

Malam itu kami ke Masjid Baling dan malam itu Syeikh Hassan menjadi imam di sana. Malam itu adalah malam terakhir beliau menjadi imam ke Kedah kerana beliau akan ke KL esoknya dan lusanya akan pulang ke Syria. Bacaannya yang merdu dan ditambah dengan qunut yang panjang dan merdu berjaya menarik jemaah yang lebih ramai malam itu.

Selepas terawih seperti biasa ada slot tazkirah dan kali ini penterjemahnya ialah Pengetua Maktab Mahmud.

Tazkirah terakhir di Masjid Baling. (Pengetua Maktab Mahmud, Ustaz Fauzi (kiri) dan Syeikh Hassan)

Tenang sahaja Ustaz tersebut memberi terjemahan dan saya turut mengkagumi diam-diam ekspresi mukanya yang tenang dan tegas. Sebagaimana yang terdapat di muka Sayyid Qutb, Hassan al-Banna dan beberapa tokoh yang lain. Malam itu berjalan dengan lancar dan kemudian saya turut bersama moreh dengan Syeikh dan malam itu kali terakhir saya berjumpa dengannya kerana saya tidak ikut rombongan yang menghantar beliau keesokan harinya.

Pulang ke KL

Esoknya, saya tidak ke masjid seperti biasa kerana sudah ada kawan di rumah yang boleh borak-borak sekali. Oleh kerana maddin sedikit sibuk jadi saya juga tak sibuk-sibuk nak mengacaunya. Petang itu saya berbuka puasa dengan pakcik Sani sekeluarga dan itu adalah yang terakhir kerana malam itu saya akan pulang ke KL pada pukul 10.30 malam, sama dengan waktu saya bertolak dari KL dahulu.

Kami berterawih di rumah dan kemudian pakcik Sani serta makcik Kamaliah menghantar saya ke stesen bas Baling. Jutaan terima kasih saya capkan kepada mereka sekeluarga kerana banyak mengajar saya samada dalam akademik dan kehidupan. Moga-moga ilmu yang diberikan diberkati dan diterima Allah dan dapat dikembangkan.

Bila saya belajar fizik, saya teringin untuk menjadi seperti seorang hamba Allah yang diberikan ilmu di dalam surah an-Naml dan Allah tidak menyebutkan namanya. Kisah itu adalah ketika ratu Balqis dalam perjalanan menuju ke tempat Nabi Sulaiman dan Nabi Sulaiman ingin memindahkan istana ratu tersebut ke tempatnya untuk menunjukkan kekuasaan kerajaan baginda.

قَالَ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ أَيُّكُمْ يَأْتِينِي بِعَرْشِهَا قَبْلَ أَن يَأْتُونِي مُسْلِمِينَ
Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam? 
قَالَ عِفْرِيتٌ مِّنَ الْجِنِّ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن تَقُومَ مِن مَّقَامِكَ ۖ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ
Berkatalah Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah.
Jin Ifrit yang kuat mampu memindahkan istana tersebut dalam satu masa yang cukup singkat jika diikutkan logik akal. Memindahkan sebuah istana dalam waktu yang singkat sehingga dia dapat memberi jaminan "Sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu."

Sejurus selepas itu, jawab seorang pengikut Nabi Sulaiman yang lain,

قَالَ الَّذِي عِندَهُ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ ۚ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِندَهُ قَالَ هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ ۖ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ
Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah. (Surah an-Naml : 37-39)

Beliau mempu memindahkan istana dalam masa yang lebih singkat, kurang dari satu saat. Sebelum sempat Nabi Sulaiman mengelipkan matanya. Apa kaitan ayat ini dengan fizik? Saya pernah diberitahu ada ulama' mentafsirkan ayat ini dengan mengatakan bahawa pemindahan istana oleh hamba Allah itu menggunakan teori supersonik dan menunjukkan bagaimana kemajuan ketika zaman kerajaan Nabi Sulaiman. Wallahu a'lam. Ilmu Allah itu luas, saya pernah berdoa untuk ditunjukkan bagaimana dipindahkan istana tersebut. Mungkin suatu hari nanti manusia akhirnya dapat mengkaji tentang teori ini dan dapat diaplikasikan. Moga umat Islamlah yang berjaya menjumpainya dahulu.

Saya tiba di stesen bas Jalan Duta lebih kurang pukul 3.30 pagi dan dijemput oleh ayah & mak saya. Kami kemudian berit'tikaf di Masjid Negara. Di sana diadadakan qiamulail dari pukul 4.00-5.00 pagi dan ia diimami oleh orang arab. Bacaannya mirip imam Masjidil Haram Maher al-Muaqly, entah-entah itu orangnya, wallahu a'lam.

Pagi itu, saya dikejutkan dengan berita abang saya Syamil akan melangsungkan akad nikah dan majlis perkahwinannya pada 15 September di Mesir. Jadi saya menjemput kepada para pembaca blog ini yang rajin-rajin hendak ke Mesir ataupun di Mesir bolehlah hadirkan diri ke majlis tersebut. Dan saya sudah pastilah tidak akan ke sana kerana dihimpit SPM dan kos penerbangan. Saya kirimkan doa sahaja kepada mereka. Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jam'a bainakuma fi khair.



Butir-butir majlis di sini.

Semoga Allah memberkati dan mengangkat umur mereka dan memberkati kehidupan mereka dan memberikan mereka nikmat hidup di bawah naungan al-Qur'an. Kita juga.

Termasuk beliau pada 15 September nanti, hanya tinggal saya seorang sahaja yang masih belum terikat dengan apa-apa. Jangan risau, ini bukan cetusan hati untuk mengikuti jejak langkah atau apa-apa, hanya kenyataan. Setakat ini biarkan saya berpegang dengan kehidupan yang dilalui oleh Sayyid Qutb, Badi'uzzamn Sa'id Nursi, Imam Nawawi dan para ulama' lain yang tidak berkahwin sehingga ke akhir hayat. Menyibukkan diri dengan agenda membangun ummat. Sehingga Allah menzahirkan qadar yang sepatutnya pada waktu yang sepatutnya.

Jangan gelakkan saya, nanti saya akan menyusul juga ;)

Dan akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga amal kita di dalam bulan Ramadhan diterima Allah dan al-Qur'an yang kita baca menjadi pemberi syafa'at kepada kita di akhirat nanti. Wallahu a'lam.

Wassalam.

Saturday, July 23, 2011

Jatuh dan Selamat

Salam, Sudah lama saya hendak tulis berkenaan tajuk ini tetapi kadang tidak teringat. Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah, moga-moga begitu. Baru-baru ini saya baru lepas menyertai IDC (Interschool Debating Championship) yang dianjurkan IIUM dan alhamdulillah walaupun keputusannya tidak begitu membanggakan tetapi ia bagi saya sedang-sedang sahaja. SMI Hira' dapat sampai ke suku akhir dalam kategori Bahasa Arab. Alhamdulillah.

Debat mengajar saya berfikir kritis dan tetap dengan pegangan. Tetapi ala kulli hal ia tidak boleh lebih-lebih dan tak perlu terbawa-bawa sehingga ke dalam kehidupan seharian. Jangan setiap perkara yang tidak sedap dengan kita kita tentang habis-habis. Fikir dulu. Jika anda pernah menyertai debat, apa pandangan anda pula?

 *****

Semalam saya membaca kisah Nabi Yusuf dari surahnya sendiri, Surah Yusuf dari ayat 23-29 yang menceritakan tentang Nabi Yusuf yang digoda isteri al-Aziz (pembesar Mesir) ketika itu. Dari permulaan godaan sehingga ke penggulungan peristiwa. Apa yang saya ingin kongsikan disini ada bersekitar ayat 23-24
But she in whose house he was, sought to seduce him from his (true) self: she fastened the doors, and said: "Now come, thou (dear one)!" He said: "Allah forbid! truly (thy husband) is my lord! he made my sojourn agreeable! truly to no good come those who do wrong!" And (with passion) did she desire him, and he would have desired her, but that he saw the evidence of his Lord: thus (did We order) that We might turn away from him (all) evil and shameful deeds: for he was one of Our servants, sincere and purified. (Surah Yusuf : 23-24)
Menurut Sayyid Qutb dalam tafsirnya Fi Zhilalil Qur'an, beliau menganggar umur isteri al-Aziz sekitar 40-an dan nabi Yusuf pula dalam 25. Isteri al-Aziz adalah seorang yang bijak, self-confident serta berpengaruh. Untuk menolak ajakannya adalah suatu yang hampir mustahil. Namun, beliau menjawab ;
قَالَ مَعَاذَ اللَّهِ ۖ 
He said: "Allah forbid!
Kisah yang singkat dan menarik serta tidak dilupakan juga pengajaran yang praktikal dalam zaman kita sekarang. Remaja adalah suatu peringkat dalam kehidupan yang dipanggil peringkat jununiyyah (gila-gila). Kalau boleh, semua benda mahu dicuba dan dirasa. Ia adalah suatu perkara yang bagus tetapi jika tidak dikawal dan diletakkan garis panduan, ia boleh jadi lain.

Dalam persekitaran kita sekarang, banyak juga 'isteri-isteri al-aziz' ini, tetapi ia lebih berbentuk 'dalaman', lebih kepada bisikan hawa nafsu dan syaitan dan tinggal kita sendiri sahaja untuk mengatakan ma'azallah. Huraian ini masih belum habis, Allah menyambung lagi,
وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِ ۖ وَهَمَّ بِهَا لَوْلَا أَن رَّأَىٰ بُرْهَانَ رَبِّهِ ۚ كَذَٰلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاءَ ۚ إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِينَ And (with passion) did she desire him, and he would have desired her, but that he saw the evidence of his Lord: thus (did We order) that We might turn away from him (all) evil and shameful deeds: for he was one of Our servants, sincere and purified.
Menunjukkan bukan senang-senang Nabi Yusuf menolak godaan tersebut. Penolakannya kerana amal-amalnya yang sebelum ini, keterikatannya dengan Allah sehingga baginda menolaknya dengan izin Allah. Imannya. Itulah yang menolongnya dalam menolak ajakan tersebut. Baginda juga manusia dan ada nafsu. Baginda juga ingin tetapi kerana adanya rasa keterikatan terhadap Allah, ia tidak menurut. Selesai kisah pertama, mari kita jalan lebih ke belakang. Kisah Nabi Yunus A.S.
Jonah too was one of Our messengers. He deserted, going on the laden ship. They cast lots, and he was the one who lost. The whale swallowed him, for he was to blame. Had he not been of those who truly glorified God, he would have remained in the whale’s belly till Resurrection Day. We caused him to be cast out, sick, on a barren shore, and caused a gourd tree to grow over him. Then We sent him to la community of] one hundred thousand or more. They believed, so We let them enjoy life for a while. (Surah as-Saffat : 139-148)
Beliau terpilih untuk terjun ke laut hasil cabutan undi antara mereka diatas kapal. Salah seorang harus korbankan diri dan terjun ke laut dan baginda sendiri dipilih untuk itu. Undi kata terjun maka baginda terjun. Takdir Allah, beliau ditelan ikan paus. Kudrat Allah, akhirnya baginda terselamat. Bagaimana?
فَلَوْلَا أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ, Had it not been that he (repented and) glorified Allah,
Nabi Yunus terselamat kerana tasbihannya kepada Allah. Kerana amalannya, akhirnya Allah menyelamatkannya. Kerana imannya, akhirnya Allah keluarkan daripada ikan paus tersebut. Tamat kisah anbiya' alaihimussolatu wassalam.

 *****

 Dalam kita berjalan atas perjalanan iman ini, memang akan ada turun-naiknya, jatuh dan bangkitnya semangat meluap dan lemau. Tetapi Allah sudah susun semua itu untuk kita. Suatu hari jika kita terlihat kawan kita terjatuh, kita akan menolongnya. Kita umpamakan dia sedang tenggelam dan lemas, tinggal tangannya sahaja yang mampu melambai di atas permukaan air. Kitalah yang kena menolongnya. Terjun ke dalam laut dan selamatkannya. Dengan itu kita telah menghidupkan sekalian manusia.
وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا and if any one saved a life, it would be as if he saved the life of the whole people
Bumi ini bulat, jika kita pernah selamatkan kawan kita suatu masa dahulu, jika kita pernah menunjuk jalan kepada kawan kita suatu masa dahulu, suatu hari nanti bila kita pula tergelincir dan tenggelam, mungkin kawan yang kita selamatkan dahulu akan selamatkan kita dan jika kita tersesat jalan mencari jalan pulang, mungkin kawan kita akan datang membawa obor dan mencerahkan jalan untuk kita kembali ke jalan asal. Jalan lurus.

Saudara, Allah tidak pernah mensia-siakan amalan baik kita, kecil ataupun besar, sedikit mahupun banyak. Jika perbuatan baik kita kerjakan hari ini, perkara baik akan datang kepada kita suatu hari nanti.
وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ 
And be steadfast in patience; for verily Allah will not suffer the reward of the righteous to perish. (Surah Hud : 115)
Selamatkan kawan kita, Allah akan selamatkan kita. Allah telah selamatkan Yusuf A.S daripada fitnah wanita, Allah telah selamatkan Yunus A.S daripada ikan paus. Tidak mustahil Allah akan kuatkan kaki kita dan jadikan kita tegap berjalan menujuNya. "Sesiapa yang menyangka bahawa dia tidak akan dapat melepaskan dirinya daripada hawa nafsu, dia telah memandang rendah kuasa ketuhanan." -Ibnu Atha'illah as-Sakandari Wallahu a'lam

Monday, July 11, 2011

Jalan Jauh ke Syurga




Salam,
Beberapa hari ini, banyak pengalaman yang memberikan sedikit anjakan dalam hidup saya. Membuka pemikiran, menambah pengalaman dan meluaskan kebarangkalian (possibilities).

Jumaat yang lalu, dua orang kakak saya baru sahaja selesai diakad nikah dan majlis walimah mereka telah berlansung keesokan harinya. Barakallahu lahum. Dan Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik seperti yang dirancang dan baik-baik belaka.

Apa yang saya perasan, masa dalam kehidupan kita terbahagi kepada banyak fasa. Fasa kehidupan bujang dan kehidupan berkahwin sebagai contoh.

Abang-abang dan kakak-kakak saya sudah berpindah ke fasa seterusnya dan aturan hidup mereka sudah berbeza. Saya juga berasa begitu. Cara hidup kini harus lebih berbeza dan lebih rasional daripada sebelumnya.

Apa yang saya nampak ialah kehidupan ini ialah suatu jalan panjang menuju Allah. Disana terdapat banyak perhentian, banyak simpang dan banyak juga lubang-lubang dan duri-duri. Jika kita hanya berjalan tanpa petunjuk dan arah, kita akan tersimpang, terjatuh dan mungkin tersangkut. Pepatah inggeris, “If you don’t stand for something you’ll fall for anything.”

Akhir kata, dalam hidup aka nada banyak peluang untuk penambahbaikan dan peningkatan. Cuma kita sahaja yang tidak perasan. Saya kira jika kita mula hidup dengan lebih sedar dan berpendirian, kita akan Nampak peluang-peluang itu. Wallahu a’lam.

P/S – lama tidak menulis menjadikan idea sedikit serabut.

Wednesday, April 6, 2011

Hadiah Hari Jadi dari Diri


Salam,

Mengikut kebiasaan tahun-tahun sebelum ini, saya biasanya tidak berapa ambil kisah tentang hari lahir saya. Entah kenapa, tahun ini saya punya perasaan 'lain macam'. Rasa hendak lebih meraikan 18 tahun hidup atas bumi Allah yang luas ini.

Semua manusia gembira kalau diraikan. Memang biasanya pada hari lahir orang yang diraikan itu akan diberi hadiah tak kisahlah dalam apa bentuk sekalipun. Ucapan, bungkusan, makanan dan lain-lain. Dan biasanya yang diraikan itu akan gembira dan berpuas hati.

Tahun ini, saya ingin membuat suatu kelainan. Saya mahu hadiah dari diri sendiri.

Kepada diri sendiri,
anda sudah 18 tahun, saya ingin meminta satu hadiah yang termahal di dunia. Lebih mahal daripada terusan Suez, lebih mahal daripada daripada apa yang di atas dunia. Cubalah kau usahakan apa yang akan aku minta.

Umat kini dalam keadaan tenat, ia perlukan figur yang tidak penat berfikir tentang situasi mereka. Ia perlukan figur yang akan menyalakan bagi mereka obor harapan yang akan menerangi perjalanan.

Engkau akan merasa bosan dan hampir-hampir tidak mampu. Ingatlah, Nabi S.A.W suatu ketika merasa sangat berat sehigga punya perasaan untuk membunuh diri. Surah adh-Dhuha turun dan terbatallah niat nabi melakukan sedemikian. Dalam situasi-situasi sebegitu al-Qur'an diturunkan maka jadilah Nabi al-Qur'an yang berjalan.

Wahai diri, hadiah yang ku pinta ini akan jadikan kita al-Qur'an yang berjalan. Hadiah yang ku pinta ini akan nyalakan harapan yang baru untuk ummat. Marilah bersama kita besarkan cita-cita.

Wahai diri, tutuplah buku 18 tahun yang telah berlalu dan bersama kita coretkan sejarah baru, kita sama-sama berharap agar sejarah kita akan dikumpulkan disisi Allah bersama sejarah para Nabi, para syuhada' dan para solihin.

Wahai diri, tegapkan jati diri, kuatkan kesabaran dan peganglah al-Qur'an. Bersama kita berjalan. Atas jalan menuju Illahi.

'To be what you must, you must give up what you are,"

Ya Allah, berkatilah 18 tahun hidupku. Jadikanlah apa yang mendatang itu lebih baik dari sebelumnya.

Tuesday, April 5, 2011

Selamat 18 Tahun

Foto berbelas tahun dahulu, saya jugak tak ingat.
Setiap pagi, hari akan berkata, "Wahai anak Adam, aku ini adalah mahkluk yang baru. Ambillah bekalan daripadaku kerana aku takkan kembali semula kecuali pada hari kiamat." (Mafhum Hadis)
Hari yang pertama tahun ke-18 sudah mula menyeru. Apa yang buruk biarkan ia berlalu menjadi pengajaran dan setiap yang baik dijadikan pedoman dan pegangan moga-moga.
Dan setelah ia (meninggalkan Mesir dalam perjalanan) menuju ke negeri Madyan, berdoalah ia dengan berkata: "Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku." (al-Qasas : 22)
Ya Allah, rahmatilah 18-tahun hidupku.

Sunday, January 9, 2011

The Clash



Salam, minggu pertama di sekolah pada tahun azimah ini sedikit sebanyak mengajar saya nilai-nilai dalam kehidupan. Lebih kepada sudut fikrah haraki. Suka saya coret disini agar boleh dikenang kembali suatu hari nanti. Wallahu musta'an.

Keadaan tahun ini agak mencabar dan lari sedikit daripada apa yang telah dijangka sebelum ini. Tapi keadaan separa kritikal ini banyak mendidik saya dan kawan-kawan untuk lebih kritis dan kritikal. Dalam keadaan seperti ini, syaitan suka mengambil peluang untuk mendudukkan mereka yang kurang semangat dan sedang didalam kekeliruan samada adakah perlu untuk aku beramal jika amalku akan ditentang habis-habisan oleh pihak lain?

Sebahagian orang tersekat dan memilih untuk mengelak dari pertembungan dan terus tidak beramal.

Sebagai muslim memang kita dididik untuk bersifat mendamaikan dan mengelak pertembungan tetapi ada yang mengambil kaedah ini bulat-bulat lantas tersalah tafsir ajaran ini.

Pertembungan memang akan berlaku, boleh rujuk kembali sirah nabi ketika di Mekah, di Taif dan di mana-mana. Pertembungan dan dakwah memang dua perkara yang hampir mustahil dipisahkan. Tetapi bagaimana nabi menanganinya?

Pada permulaan dakwah, ِnabi tidak mengisytiharkan perang dan Allah memerintahkan nabi serta para sahabat untuk tidak berperang dan lebih fokus terhadap pembentukan peribadi. Dalam masa yang sama, dakwah tetap berjalan dan mereka tetap ditentang.

Kalau nabi nak elak pertembungan seperti yang kita fahami, nabi akan katakan kepada para sahabat, kita tak payah buat dakwah, tak payah jumpa saudara mara dan lain-lain. Tetapi hakikatnya bukan seperti itu. Jika seperti itulah yang terjadi, dakwah akan mati dan Islam tidak akan sampai kepada kita.

Di Rusia suatu masa dahulu, dakwah memang tidak dibenarkan sama sekali oleh kerajaan. Kalau tahu ada yang buat da'wah, mereka akan ditangkap, dibunuh dan dipaku depan khalayak ramai. Muslimin di Rusia tidak mengambil kesempatan itu untuk meminta uzur dari da'wah dan meninggalkannya. Mereka menyusun strategi, berdakwah dalam diam-diam dan akhirnya Islam di Rusia hari ini masih tetap ada dan terus berkembang.

Dakwah dan pertembungan memang tidak dapat dielak dan pertembungan itulah yang menunjukkan bahawa kita ini beramal. Askar yang tidak pernah luka bukanlah seorang askar sejati. Seorang muraabi pernah berkata "Bola yang tidak bergerak tidak akan bergeser." Heh, kata-kata yang agak menarik.


Moga entri ini memberi manfaat kepada diri saya dan kepada anda. Apa yang salah tafadhol dikomen dan semua yang silap itu dari saya sendiri. Wasalam.

Tuesday, December 21, 2010

Seperti Kawanan Helang





Salam,

Apa khabar? Saya alhamdulillah sihat-sihat sahaja, cuma blog ini nampak agak usang sikit kerana sudah berbulan lama tidak dikemas dan dicuci. Azam yang saya letakkan di ambang cuti akhir tahun ini nampaknya kurang berjaya. Walaupun cuti ini berlalu dengan pantas seakan sekelip mata atau dalam bahasa arab '(كلمح البصر)-sekelip mata' namun peluang yang ada tak sepatutnya disiakan. Secara singkatnya, semoga anda berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا الرَّحْمَٰنُ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Mulk :19)

Setelah melalui cuti ini yang bagi saya agak panjang, saya sedar yang saya perlukan sebuah tempat untuk kongsikan apa yang didalam kepala supaya saya jugak akan mendapat manfaat ketika umur saya semakin meningkat tua. Sekiranya para pembaca mendapat manfaat juga, alhamdulillah.

Kita sering melihat burung-burung yang terbang beramai-ramai, tiada apa yang dapat menghalang mereka kecuali kuasa Allah. Dan kita juga mungkin pernah melihat samada di kaca mata TV atau mata sendiri helang yang berterbangan di awangan dengan penuh kegagahan, tiada yang dapat menghalang mereka kecuali kuasa Allah. Apa yang dapat kita manfaatkan daripada pemandangan indah itu?

Saya pernah terbaca, hati kita ini ibarat burung, kalau ia terbang tinggi maka ia akan selamat daripada ancaman-ancaman musuh dan dalam konteks ini tarikan nafsu dan ma'siat. Dan burung itu akan selamat jika ia terbang dalam kumpulan, ia bersama dengan rakan-rakan.

Saya pernah dipesan agar hati ini terus terbangkan ia setingginya. Apabila ia terbang tinggi, ia tidak akan mempedulikan hal-hal kecil yang tidak penting dan mudah ia membezakan baik atau buruk kerana ia melihat dari atas, ia melihat dengan lebih kehadapah. Dan apabila ia terbang rendah, ia mudah tertipu dengan urusan-urusan kecil yang disangka besar dan ia mudah tertipu kerana ia tidak mampu melihat jauh kehadapan.

Bagaimana mampu hati kita terbang tinggi atau rendah? Bila ia (hati) tertarik dengan keimanan, maka Allah angkatkan darjat kita dan kita merasa lebih tinggi dan lebih tenteram berbanding dengan bila ia tertarik dengan tarikan maksiat. Ia rasa terbelenggu dan gundah gulana.

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ
Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat (al-Mujadilah :11)

Burung terbang dengan kumpulan untuk menambah keselamatan mereka. Kita juga begitu. Bila ia berada di dalam kumpulan yang bergerak dalam satu corak dan satu rentak, nescaya ia akan selamat daripada ancaman musuh.

Para pembaca, terbangkan hati setinggi mungkin bersama rakan seperjuangan agar anak panah musuh tidak akan mengena malah menjadikan musuh takut dengan sekumpulan helang yang garang terhadap mereka.

Wasalam.

P/S : Apa yang saya tersilap tafaddhol dikomen.

Monday, October 11, 2010

al-Jihad Izzuna

Salam alayk,

apa khabar? moga sihat-sihat belaka semuanya. saya alhamdulillah sihat sahaja. pagi tadi ziarah saya sebentar klinik au2 untuk sedikit medical check-up dan alhamdulillah penyakit yang saya sangka akan terkena menjadi penyakit yang memang tak perlu sangka. alhamdulillah.

******

Semalam baru habis pekhemahan tahunan tingkatan 4, alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan berbagai natijah, pengajaran dan iktibar yang diperoleh. Moga-moga ia tidak lekat hanya sehari.

Pada Jumaat lepas iaitu hari bertolaknya kami ke tapak perkhemahan yakni di ulu yam, saya dah jumpa beberapa alasan yang mampu mengenepikan saya daripada perkhemahan tersebut. Namun memandangkan umur saya sudah lebih 17 tahun, saya patut mencari peluang merasakan ruh jihad yang telah ditanam malah sudah menjadi pokok bagi remaja Palestin semenjak mereka masih kecil.

Terngiang-ngiang juga ayat quran yang menceritakan tentang orang yang memberi alasan bila diberi alasan untuk berjihad. Walaupun tidak seperti berjihad di medan perang yang sebenar, tapi dapat "bau" pun jadilah.

Aktiviti paintball adalah antara aktiviti yang menghidupkan ruh. mengingatkan saya kepada ayat
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

Memang meningkatkan semangat. walaupun tak hebat mana namun dapat "bau" pun jadilah.

Ketika kumpulan saya sedang bersedia sebelum perlawanan bermula, 'marshall' paintball (penjaga game) datang kepada kami dan melihat kepada seorang kawan saya di sebelah yang memakai selendang Palestin di leher dan berkata;

"eh serban? adik ni dari al-qaeda ke?"
"ok, kita tunggu osama bin laden cakap go, kita start."

saya gelak kecil di tepi, insya-Allah tak lama lagi mereka akan faham.

Setelah lebih kurang 2 hari disana, akhirnya habis perkhemahan tersebut. Secara keseleruhannya, ia adalah suatu program yang menarik dan boleh menghidupkan roh jihad. Tarbiyah itu menyeluruh dan bukan sebahagian. (Malu)

*******

Entri kali ini tidak panjang mana, mungkin saya perlu asah kembali skil untuk tulis lebih panjang dan kemas. Sekian, wassalam.

Monday, August 30, 2010

Bending Iron


Prayers at night (
Oekaku Deviantart)

When I was young on the Fourth of July
I'd go outside and watch the show in the sky
But little Fatima in Lebanon this July
Went outside and watched the fire chase her life
I'd laugh and play and make my parents smile
And she'd run for her life, that poor little child
So what do I do with these fond memories
When I wake up from nightmares and she lives bad dreams?

And Fatima sends word from Lebanon
that it's high time the world remembers Allah
And she don't have what she needs to survive
But we can bend iron with our Prayers at Night
Yes, we can bend iron with our Prayers at Night

Fatima runs while she yells to the world,
"Why do you scare me? I'm just a little girl.
What was my crime? What did I do wrong?
Now I'm just another note in the same sad song."

Fatima's eyes shift from side to side,
As she breathes in the pain that falls from the sky.
She's trapped in the street where she played with her friends,
Now the firewoerks that fall may carry my sins.

Well, Fatima sees angels whisk her away.
They say "Hush, now, girl, there's no pain today."
But before she goes, she looks me dead in my eyes,
And she says "Fear God", then you'll save my life.

Prayers at Night - Kareem Salama

P/S - Ramadhan Kareem, the last ten nights is our last resort.

Sunday, August 22, 2010

Kisah Ketua Penyamun

Pirates of The Caribbean

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Apa khabar? Saya alhamdulillah baik-baik saja, dan moga anda yang membaca juga begitu. Ramadhan kali ini memberikan peluang yang banyak untuk terus mengemaskini bog yang biasanya 'gap' masa antara entri adalah panjang.

Saya suka menulis cerita. Baru-baru ini beberapa rumah di kawasan saya dimasuki pencuri. Fikir saya, kesian para pencuri, penyamun (pengepow juga!). Adakah masa depan yang cerah bagi mereka? Percutian sebentar di Johor Bahru tempohari tanpa dirancang telah menjawab persoalan saya. Ikuti kisah ketua penyamun ini.

**********

Malam itu tenang, pasir-pasir berterbangan ditiup angin sepoi-sepoi bahasa, unta-unta yang keletihan bermusafir mengangkat barang, mengangkat orang sedang tenang berehat. Melihat keadaan tenang seperti ini, ketua sebuah qafilah yang melalui kawasan itu memanggil;

"Kita jalan terus?"
"Kita jalan terus sampai pagi, karena biasanya Fudhail menghadang kita di jalan ini"

Mereka tidak sedar di sebalik runtuhan bangunan yang berdekatan dengan mereka, Fudhail, ketua penyamun yang mereka maksudkan itu sedang mendengar perbualan mereka.

Namun, Fudhail tidak melakukan sebarang tindakan dek peristiwa 'luarbiasa' yang terjadi kepadanya baru sahaja tadi.

Ketika itu Fudhail sedang memanjat tembok, ingin melaksanakan hasratnya kepada seorang perempuan yang membuatkan hatinya tertarik. Tiba-tiba dengan susunan Allah yang sangat cantik, ditakdirkan beliau mendengar suara orang membaca ayat al-Qur'an, sangat terkena pada dirinya;

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِيْنَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوْبُهُمْ لِذِكْرِ اللهِ وَماَ نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلاَ يَكُوْنُوا كَالَّذِيْنَ أُوْتُوا الْكِتاَبَ مِنْ قَبْلُ فَطاَلَ عَلَيْهِمُ اْلأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوْبُهُمْ وَكَثِيْرٌ مِنْهُمْ فاَسِقُوْنَ

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka. (QS al-Hadid : 16)

Mendengar ayat itu, ketua penyamun itu menjawab "Tentu saja wahai Rabbku. Sungguh telah tiba saatku (untuk bertaubat)." Beliau membatalkan hasratnya terhadap perempuan itu dan berlindung sebentar disebalik sebuah runtuhan bangunan.

Mendengar perbualan antara ahli qafilah tersebut, beliau menjawab kepada diri sendiri;
"Aku menjalani kemaksiatan-kemaksiatan di malam hari dan sebagian dari kaum muslimin di situ ketakutan kepadaku, dan tidaklah Allah menggiringku kepada mereka ini melainkan agar aku berhenti (dari kemaksiatan ini). Ya Allah, sungguh aku telah bertaubat kepada-Mu dan aku jadikan taubatku itu dengan tinggal di Baitul Haram.”

Setelah itu nama Fudhayl bin Iyadh bukanlah lagi dikenali sebagai seorang Ketua Penyamun yang masyhur tetapi beliau sehingga sekarang sebagai seorang ulama' yang berkedudukan tinggi. Perkara ini diakui oleh seorang pemimpin ilmuan hadis dan sahabatnya sendiri iaitu Abdullah bin Mubarak. Antara pengakuan beliau terhadap Fudhayl ialah;

"Manusia yang paling warak ialah Fudhayl bin Iyadh."
"Menurut pandanganku, Fudhayl ialah orang yang paling mulia di muka bumi ini."
"Apabila aku memandang Fudhayl, kesedihanku timbul kembali lantas aku membenci diriku"

Selanjutnya anda sendiri boleh buat kajian yang lebih terperinci tentang ulama' mu'tabar ini. Tentang bekas ketua penyamun ini.

**********

Kisah ini saya rasa sangat menarik kerana siapa pernah menyangka bahawa seorang ketua penyamun boleh menjadi seorang ulama' yang wara' dan mulia. Dapat kita lihat, seseorang itu Allah muliakan dengan Islam.

Berkesinambungan dengan Ramadhan, ada orang yang memanggil Ramadhan ini sebagai Bulan Perubahan dan Ramadhan ini sebagai titik tolak untuk seseorang itu berubah. Tetapi 'ala kulli hal semuanya bergantung kepada manusia itu sendiri.

Kita berdoa kepada Allah agar kita diberikan perasan takut Fudhayl apabila beliau mendengar ayat yang menusuk kalbunya ketika itu dan agar kita mampu memegang hidayah yang Allah hadiahkan sehingga akhir hayat sebagaimana Fudhayl memegang hidayah itu sehingga nafas terakhir beliau.

Wassalam.

********

P/S : musafir memang memberi banyak manfaat.

Monday, August 16, 2010

Sejenak Peralihan




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kaifa hal? Sihat moga-moga, saya alhamdulillah sihat sahaja semenjak-duamenjak ni. Untuk pengetahuan semua, masuk hari ini sudah genap seminggu peralihan kepimpinan daripada 2009/10 kepada 2010/11. Semoga mereka semua berada dalam keadaan yang tenang dan senang dalam beramal dalam medan masing-masing. amin.

Entri kali ini saya akan cuba bawakan pandangan saya terhadap peralihan kali ini. Pandangan saya bukanlah pandangan ulama', pandangan imam masyhur(hanya imam di surau kecil sahaja), mujtahid dan sebagainya. Tetapi sekadar pandangan seorang pelajar tingkatan 4. Jika ada salah silakan untuk diperbetul.

Ya, kalau ikutkan hati memang hati tidak puas menelan nama-nama tersebut. Tetapi sungguh susunan Allah itu cantik, kemas, teratur. Sayyid Qutb menyatakan demikian didalam kitabnya "Al-hayah Fi Zhilalil Qur'an". Katanya ;

"Semenjak aku hidup dibawah naungan al-Qur'an, aku melihat suatu susunan yang cantik di antara pergerakan manusia sebagaimana yang dikehendaki Allah."

Bagi saya, wajar untuk kita melihat suatu perkara yang berlaku kepada kita dalam sudut yang baik, kita yakini semuanya dari Allah dan iman juga bertambah. Kita juga yang untung.

Kembali kepada tajuk, saya akan cuba bawakan situasi yang melanda ini dalam suatu sudut renungan yang positif. Secara luarannya, mungkin ramai yang merasa tertekan, merasa tidak patut, tidak adil dan sebagainya. Tetapi kita patut sedara bahawa secara hakikinya, Allah juga yang merancang.

Mari kita imbas kembali kisah-kisah dalam al-Qur'an, lihat bagaimana mereka menghadapi tekanan.

1) Kisah Talut & Jalut
Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya".
Ketika itu tentera Talut berasa terdesak kerana gerun akan tentera Jalut yang dalam sangkaan mereka lebih hebat dan lebih kuat daripada mereka. Namun, sebahagian daripada melihat perkara ini sebagai qada' dan qadar Allah, mereka menyahut;

Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".

Mereka menghadapinya dengan Allah, mereka yakin dengan Allah, semua berlaku atas Qada' dan Qadar Allah dan akhirnya mereka memenangi atas tentera Jalut dengan jayanya.

2) Kisah pembelahan laut oleh Nabi Musa
Ketika Nabi Musa dikejar Fir'aun dan konco-konconya, mereka lari ke laut merah. Apabila mereka tiba di laut tersebut dan bertembung dengan konco-konco Fir'aun, pengikut Nabi Musa panik, terdesak dan merasa buntu. Mereka sudah menyerah kalah.

Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan"


Namun Nabi Musa yang faham tidak merasakan demikian. Beliau masih yakin dengan Allah, dan tidak menyerah kalah. Ini hanyalah ujian kepada beliau dan kaumnya.

Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku"

Kerana keyakinan Nabi Musa, Allah mewahyukan;

Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.

Ya, akhirnya miracle happens, pertolongan Allah sampai. Allah sangat dekat dengan hambanya. Tenggelamlah fir'aun dan konco-konconya manakala Nabi Musa dan pengikutnya selamat. Wallahu waliyul mu'mini.(Allahlah pelindung orang beriman)

Saya sudah bawakan dua kisah yang sangat mendalam bagaimana orang-orang dahulu yang tertekan menghadapi masalah-masalah yang Allah berikan kepada mereka. Tujuan Allah hanya satu,

untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)

Allah ingin kita jadi lebih hebat, lebih tabah dan lebih mantap daripada kondisi sebelum ini. Barulah Allah Maha Adil. Allah ingin jadikan kita hebat, namun tidak semestinya caranya sebijik seperti cara Allah jadikan orang-orang sebelum ini hebat.

Mungkin sampai disini sahaja entri kali ini. Saya ingin mengakhiri entri kali ini dengan sebuah kata-kata Ust. Rahmat Abdullah;

"Sesungguhnya bagi setiap marhalah itu rijal-rijalnya, dan bagi setiap marhalah itu masalah-masalah yang tersendiri"

**************
P/S ; Maaf, entri kali ini tidak menyentuh pasal Ramadhan langsung. Insya-Allah, entri akan datang. Jika Allah mengizinkan.

Friday, August 13, 2010

(Knock Knock)



"Malam yang biasanya sunyi kini sudah bersuara kembali, biasanya setahun sekali. Surau yang biasanya sunyi selepas isya' kini sudah bergema kembali, biasanya setahun sekali. Maklumlah, tetamu kita sudah hadir. Siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya."

Ya ia sudah datang, sudah dijemput masuk pun. Sudah berhari-hari singgah di sini. Berikan saya beberapa hari lagi untuk lapangkan dada, tenangkan hati. Sepuluh rahmat, pelepasan dari neraka setiap malam, saya cuba insya-Allah.

*******
Ramadhan Kareem!

Tuesday, June 15, 2010

Dengan Ilmu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullah. Apa khabar? Sihat? Kini saya sedang berada di luar negeri, sekali sekala merasa perasaan seorang perantau. Heh.

Baru-baru ini ada seorang syeikh kongsi bersama pengalaman dan pemahamannya dalam dakwah dan tarbiyah yang beliau lalui semenjak tahun 1975 di bumi Anbiya'.

Hasil daripada sedikit borak dan bincang dengannya, saya memahami bahawa kita menetapkan sesuatu dan berpegang dengan suatu pemikiran mestilah berhujah, berpendirian dan bersebab yang munasabah. Senang cerita, yang hanya taqlid buta sukar untuk diharapkan bila waktu benar-benar memerlukan.

Islam menuntut kita untuk berfikir dan orang yang berfikir itulah orang yang alim. Seperti yang kita sedia maklum, orang alim ini mempunyai martabat yang 'special' di sisi Allah.

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (surah fathir : 28)

Natijah orang berilmu itu taqwa jika mereka berteguh dengan prinsip penuntut ilmu sebagaimana yang telah diterapkan ibnu qayyim, ibnu taimiyah, imam syafi'e, imam ghazali dan sebagainya.

Tetapi itu natijah para talabal ilm berabad dahulu. Namun setelah masa berlalu dimana dengan penyusunan Allah kini kekuasaan dilebihkan kepada barat dan ia turut menjejaskan sistem pembelajaran yang asli.

Natijah para talibal ilm abad 20 ini yang mengikuti silibus yang ditetapkan di sekolah, universiti dan lain-lain, mereka akan menjadi alim tetapi bukanlah mujahid. Jadi tak hairanlah kalau alumnus al-azhar tak mampu untuk memberi tazkirah walaupun setakat 5 minit.

Generasi sebelum kita dahulunya, yang alim itu mujahid dan kadang-kadang mujtahid. Mereka tidak dipisahkan daripada Islam yang syumul dimana didalamnya Ada ilmu, didalamnya ada sosial, didalamnya ada politik, ibadah, muamalat dan sebagainya. Contohnya imam ibnu taimiyah sendiri adalah imam mujaddid di eranya, imam syafi'e dan lain-lain.

Apa yang kurang pada sistem pendidikan hari ini ialah pendidikan 'tarbawi' dan ia memang sukar dijumpa dalam mana-mana silibus melainkan dengan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti yang membina iman dan fikrah Islam.

Kata beliau, kalau dah ada peluang untuk terlibat dari awal, libatkanlah kerana kalau dah terlambat, masalah jadinya.

*******************

Sekarang masih di Darul Makmur dan akan terus ke Terengganu menyertai Karnival Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM) yang akan diadakan di Terengganu.

Sekiranya ada sebarang kekurangan dalam penulisan ini, saya meminta maaf kerana kekurangan saya sendiri. Apa yang saya harapkan hanyalah kebaikan. Sekian, wassalam.


- Posted using BlogPress

Saturday, June 12, 2010

Mukhlasin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah. Semoga atuk Isak yang kini berada di hospital disembuhkan Allah dan juga para pembaca agar dikurniakan kesihatan dan kekuatan. Blog ini sudah lama tidak diisi dengan sebarang isi dan insya-Allah selepas ini akan lebih selalu dikemaskini. Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk terus menulis dan mengemaskini tempat ini.

***************

Cuba ambil segelas air dan masukkan kedalamnya 10 sudu garam. Confirm masam kan? Cuba kita manipulasikan kuantiti air tersebut Dan tukarkan cawan tersebut kepada baldi. Penuhkan ia dengan air kosong dan masukkan kuantiti garam yang sama dan cuba rasa pasti rasanya kurang masin. Eksperimen terakhir, cuba ambil satu tab mandi dan isikan kedalamnya air kosong kemudian masukkan kuantiti garam yang sama dengan sebelumnya. Pasti tak terasa masin garam yang sedikit tadi.

Ini antara kiasan-kiasan yang saya teringat rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku keatas saya tempohari. Walaupun banyak garam diletakkan atau ujian yang ditimpakan keatas kita tapi jika air bertambah banyak, iman kita semakin tinggi, ujian yang berat dan sempit itu dirasakan ringan dan mudah, rasa garam itu menjadi hilang kerana banyaknya kuantiti air.

Mereka yang merasakan beratnya ujian ini tidak merasa berat kerana keimanan mereka kepada qada' dan qadar Allah diatas segala hikmahNya dalam menenukan sesuatu perkara.

Sebuah hadis qudsi mengatakan "Aku (Allah) didalam sangkaan hambaKu terhadapKu Dan Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu...."

Seronoknya jika kita dapat merasakan perkara yang baik itu baik dan perkara yang nampaknya seperti buruk itu juga baik. (maksiat lain cerita)

Tetapi untuk mencapai martabat sedemikian bukanlah suatu perkara yang mudah dan ia tidak akan datang secara tiba-tiba atau tidak sengaja. Ia dimulakan dari sekecil-kecil perbuatan tetapi sebesar-sebesar natijah. Ikhlas, itulah namanya.

Ikhlas ini bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi kadang-kadang kita boleh melihat Ikhlas seseorang itu pads perbuatannya. (kita hanya menghukum Dari apa yang zahir, hanya Allah menghukum apa yang tersirat.) Ikhlas ini sukar digarab dalam tempoh yang singkat dan orang yang ingin mencapainya memang harus menerima bahawal masa adalah cara terbaik untuk mencapai ikhlas.

Manusia dicipta mudah berbolak-balik dengan keadaan melainkan yang diberikan rahmat oleh Allah. Ia akan melakukan apa yang dilakukan rakan-rakannya yang rapat tetapi bila suatu masa rakannya melakukan perkara yang berlawanan, manusia itu akan berasa lemah dan putus asa kerana tiada teman dan tiada tempat bergantung.

"Bukankah Allah itu cukup bagi hambaNya?" az-zumar : 39

Tetapi bagi orang yang ikhlas hasilnya lain. Mereka akan terus menuju Allah dengan jalan yang mereka yakini, lantaklah apa yang dilakukan rakan-rakannya, apa yang dilakukan keatasnya dan sebagainya. Mukhlasin ini teguh prinsipnya. Mereka boleh diibaratkan batu yang tehguh biarpun arus sungai deras menentangnya. Hanya orang yang ikhlas mampu untuk terus berjalan menuju tuhannya dengan tenang dan gembira.

***************

Dua minggu lepas, sepupu saya Jannah binti Sani telah meninggal dunia akibat kemalangan.(al-fatihah untuk beliau) saya teringat sepotong ayat al-Quran "tiada siapa yang tahu apa yang dilakukannya pada esok hari dan tiada siapa tahu di mana ia akan mati." surah luqman ayat 23. Secara jujurnya, saya berasa agak cemburu kepada allahyarhamah kerana beliau telah meninggal dalam keadaan yang tenang dan muda (hanya 2 tahun lebih tua daripada saya) serta pemergiannya dirindui orang. Ada sebuah kata-kata Buya Hamka :

"Bila kamu lahir didunia, kamu menangis Dan orang disekitarmu tersenyum gembira melihat kamu. Hiduplah dengan sebaiknya agar bila kamu mati kamu Akan tersenyum gembira Dan orNg sekitarmu menangisi pemergianmu"

Segala salah dan silap yang terdapat dalam entri kali ini adalah daripada salah saya sendiri dan memohon kepada Allah agar memaafkan kelemahan saya ini. Apa yang saya harapkan hanyalah kebaikan. Wassalam.


Tuesday, April 27, 2010

The Syeds

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabakatuh.

Yeap, they're here.






























Semoga gembira di Malaysia. Wasalam.