Friday, August 13, 2010

(Knock Knock)



"Malam yang biasanya sunyi kini sudah bersuara kembali, biasanya setahun sekali. Surau yang biasanya sunyi selepas isya' kini sudah bergema kembali, biasanya setahun sekali. Maklumlah, tetamu kita sudah hadir. Siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya."

Ya ia sudah datang, sudah dijemput masuk pun. Sudah berhari-hari singgah di sini. Berikan saya beberapa hari lagi untuk lapangkan dada, tenangkan hati. Sepuluh rahmat, pelepasan dari neraka setiap malam, saya cuba insya-Allah.

*******
Ramadhan Kareem!

Tuesday, June 15, 2010

Dengan Ilmu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullah. Apa khabar? Sihat? Kini saya sedang berada di luar negeri, sekali sekala merasa perasaan seorang perantau. Heh.

Baru-baru ini ada seorang syeikh kongsi bersama pengalaman dan pemahamannya dalam dakwah dan tarbiyah yang beliau lalui semenjak tahun 1975 di bumi Anbiya'.

Hasil daripada sedikit borak dan bincang dengannya, saya memahami bahawa kita menetapkan sesuatu dan berpegang dengan suatu pemikiran mestilah berhujah, berpendirian dan bersebab yang munasabah. Senang cerita, yang hanya taqlid buta sukar untuk diharapkan bila waktu benar-benar memerlukan.

Islam menuntut kita untuk berfikir dan orang yang berfikir itulah orang yang alim. Seperti yang kita sedia maklum, orang alim ini mempunyai martabat yang 'special' di sisi Allah.

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (surah fathir : 28)

Natijah orang berilmu itu taqwa jika mereka berteguh dengan prinsip penuntut ilmu sebagaimana yang telah diterapkan ibnu qayyim, ibnu taimiyah, imam syafi'e, imam ghazali dan sebagainya.

Tetapi itu natijah para talabal ilm berabad dahulu. Namun setelah masa berlalu dimana dengan penyusunan Allah kini kekuasaan dilebihkan kepada barat dan ia turut menjejaskan sistem pembelajaran yang asli.

Natijah para talibal ilm abad 20 ini yang mengikuti silibus yang ditetapkan di sekolah, universiti dan lain-lain, mereka akan menjadi alim tetapi bukanlah mujahid. Jadi tak hairanlah kalau alumnus al-azhar tak mampu untuk memberi tazkirah walaupun setakat 5 minit.

Generasi sebelum kita dahulunya, yang alim itu mujahid dan kadang-kadang mujtahid. Mereka tidak dipisahkan daripada Islam yang syumul dimana didalamnya Ada ilmu, didalamnya ada sosial, didalamnya ada politik, ibadah, muamalat dan sebagainya. Contohnya imam ibnu taimiyah sendiri adalah imam mujaddid di eranya, imam syafi'e dan lain-lain.

Apa yang kurang pada sistem pendidikan hari ini ialah pendidikan 'tarbawi' dan ia memang sukar dijumpa dalam mana-mana silibus melainkan dengan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti yang membina iman dan fikrah Islam.

Kata beliau, kalau dah ada peluang untuk terlibat dari awal, libatkanlah kerana kalau dah terlambat, masalah jadinya.

*******************

Sekarang masih di Darul Makmur dan akan terus ke Terengganu menyertai Karnival Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM) yang akan diadakan di Terengganu.

Sekiranya ada sebarang kekurangan dalam penulisan ini, saya meminta maaf kerana kekurangan saya sendiri. Apa yang saya harapkan hanyalah kebaikan. Sekian, wassalam.


- Posted using BlogPress

Saturday, June 12, 2010

Mukhlasin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah. Semoga atuk Isak yang kini berada di hospital disembuhkan Allah dan juga para pembaca agar dikurniakan kesihatan dan kekuatan. Blog ini sudah lama tidak diisi dengan sebarang isi dan insya-Allah selepas ini akan lebih selalu dikemaskini. Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk terus menulis dan mengemaskini tempat ini.

***************

Cuba ambil segelas air dan masukkan kedalamnya 10 sudu garam. Confirm masam kan? Cuba kita manipulasikan kuantiti air tersebut Dan tukarkan cawan tersebut kepada baldi. Penuhkan ia dengan air kosong dan masukkan kuantiti garam yang sama dan cuba rasa pasti rasanya kurang masin. Eksperimen terakhir, cuba ambil satu tab mandi dan isikan kedalamnya air kosong kemudian masukkan kuantiti garam yang sama dengan sebelumnya. Pasti tak terasa masin garam yang sedikit tadi.

Ini antara kiasan-kiasan yang saya teringat rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku keatas saya tempohari. Walaupun banyak garam diletakkan atau ujian yang ditimpakan keatas kita tapi jika air bertambah banyak, iman kita semakin tinggi, ujian yang berat dan sempit itu dirasakan ringan dan mudah, rasa garam itu menjadi hilang kerana banyaknya kuantiti air.

Mereka yang merasakan beratnya ujian ini tidak merasa berat kerana keimanan mereka kepada qada' dan qadar Allah diatas segala hikmahNya dalam menenukan sesuatu perkara.

Sebuah hadis qudsi mengatakan "Aku (Allah) didalam sangkaan hambaKu terhadapKu Dan Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu...."

Seronoknya jika kita dapat merasakan perkara yang baik itu baik dan perkara yang nampaknya seperti buruk itu juga baik. (maksiat lain cerita)

Tetapi untuk mencapai martabat sedemikian bukanlah suatu perkara yang mudah dan ia tidak akan datang secara tiba-tiba atau tidak sengaja. Ia dimulakan dari sekecil-kecil perbuatan tetapi sebesar-sebesar natijah. Ikhlas, itulah namanya.

Ikhlas ini bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi kadang-kadang kita boleh melihat Ikhlas seseorang itu pads perbuatannya. (kita hanya menghukum Dari apa yang zahir, hanya Allah menghukum apa yang tersirat.) Ikhlas ini sukar digarab dalam tempoh yang singkat dan orang yang ingin mencapainya memang harus menerima bahawal masa adalah cara terbaik untuk mencapai ikhlas.

Manusia dicipta mudah berbolak-balik dengan keadaan melainkan yang diberikan rahmat oleh Allah. Ia akan melakukan apa yang dilakukan rakan-rakannya yang rapat tetapi bila suatu masa rakannya melakukan perkara yang berlawanan, manusia itu akan berasa lemah dan putus asa kerana tiada teman dan tiada tempat bergantung.

"Bukankah Allah itu cukup bagi hambaNya?" az-zumar : 39

Tetapi bagi orang yang ikhlas hasilnya lain. Mereka akan terus menuju Allah dengan jalan yang mereka yakini, lantaklah apa yang dilakukan rakan-rakannya, apa yang dilakukan keatasnya dan sebagainya. Mukhlasin ini teguh prinsipnya. Mereka boleh diibaratkan batu yang tehguh biarpun arus sungai deras menentangnya. Hanya orang yang ikhlas mampu untuk terus berjalan menuju tuhannya dengan tenang dan gembira.

***************

Dua minggu lepas, sepupu saya Jannah binti Sani telah meninggal dunia akibat kemalangan.(al-fatihah untuk beliau) saya teringat sepotong ayat al-Quran "tiada siapa yang tahu apa yang dilakukannya pada esok hari dan tiada siapa tahu di mana ia akan mati." surah luqman ayat 23. Secara jujurnya, saya berasa agak cemburu kepada allahyarhamah kerana beliau telah meninggal dalam keadaan yang tenang dan muda (hanya 2 tahun lebih tua daripada saya) serta pemergiannya dirindui orang. Ada sebuah kata-kata Buya Hamka :

"Bila kamu lahir didunia, kamu menangis Dan orang disekitarmu tersenyum gembira melihat kamu. Hiduplah dengan sebaiknya agar bila kamu mati kamu Akan tersenyum gembira Dan orNg sekitarmu menangisi pemergianmu"

Segala salah dan silap yang terdapat dalam entri kali ini adalah daripada salah saya sendiri dan memohon kepada Allah agar memaafkan kelemahan saya ini. Apa yang saya harapkan hanyalah kebaikan. Wassalam.


Tuesday, April 27, 2010

The Syeds

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabakatuh.

Yeap, they're here.






























Semoga gembira di Malaysia. Wasalam.

Tuesday, March 2, 2010

Kemas-kemas

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apa khabar semua? Moga dalam keadaan baik-baik sahaja. Sudah agak lama saya tidak mengemaskini blog ini. Tiada alasan yang boleh diberi kecuali kerana tabiat menangguh dalam penulisan blog ini dan akhirnya hilang ilham untuk menulis. Sementara masih mempunyai sedikit ilham ini, saya ambil peluang ini untuk menambah penulisan baru dan dalam masa yang sama mengemaskini blog ini.

Alhamdulillah, nabi pernah bersabda, kalaulah orang kafir itu mengetahui tentang (keluasan) rahmat Allah, nescaya mereka tidak akan putus asa daripada rahmatNya selamanya (Rujuk tafsir Ibnu Katsir Juzu' 1, Surah al Fatihah). Betapa besarnya rahmat Allah, kerana sebab itulah Allah menyarankan agar jangan kita putus asa daripada rahmat Allah dan terus yakin dengan pertolongan Allah. Maka wahai pembaca, yakinlah.

Kalau nak ikutkan keadaan semasa, blog ini sudah ketinggalan begitu banyak perkara-perkara yang besar mahupun yang kecil sehinggakan sukar untuk dibilang kembali. Secara kasarnya semenjak Ramadhan 1430 sehinggalah Februari 2009. Insya-Allah selepas ini teratak kecil ini akan kembali menghidangkan buah pemikiran muda dan anda semua dijemput membalas dengan buah pemikiran anda yang saya yakini lebih masak dan lebih enak.

**********

Pada tahun lepas, saya telah mempelajari sebuah kitab hadis yang masyhur, al-Wafi karangan Imam Nawawi. Saya bersama rakan-rakan mempelajari kitab itu hanya didalam kelas sebagai silibus. Masih belum mampu untuk menyaingi para siswa luar negara terutama di tanah arab yakni dengan bertalaqi dsb. kerana sistem pelajaran di Malaysia samada yang rasmi atau tidak rasmi masih kurang mengamalkan konsep sebegitu. Kalau banyak diamalkan bagus juga.

Kembali ke topik asal, ada sebuah hadis yang dimuatkan imam nawawi yang berbunyi;

"Seorang lelaki telah bertemu dengan rasulullusah S.A.W dan bertanya kepadanya; Apa pendapatmu sekiranya aku mendirikan solat-solat yang wajib, berpuasa Ramadhan, menghalalkan apa yang halal dan mengharamkan apa yang dan aku tidak menambah sedikit pun daripada itu adakah aku akan memasuki syurga? Jawab baginda; Ya."

Jika anda bertanya "mana pergi zakat & haji?" anda boleh rujuk kembali kitab itu kerana para ulama' berselisih pendapat tentang perkara tersebut. Ada yang mengatakan ketika itu zakat & haji masih belum disyariatkan, ada yang mengatakan orang yang bertanya itu adalah seorang hamba dan tidak wajib melakukan perkara-perkara tersebut. Penjelasan lebih lanjut berada di dalam kitab.

Saya pernah berjumpa dan sempat bersembang sebentar bersama seorang yang agak saya hormati. Saya bertanya kepadanya; "amal fardi, bagaimana sekiranya sukar untuk kita lakukan meskipun kita sudah cuba?" (sambungan soalan; adakah kita harus hanya fokus dalam membetulkan amal fardi sahaja?)

Lalu dia menjawab; "Kita harus ingat, jalan Islam ini adalah jalan yang panjang. " Lebih kurang itu sahaja yang dijawabnya. Ada lagi penjelasannya tetapi maaf saya terlupa. Saya tertarik dengan penjelasannya yang hanya saya ingat sekerat. Sedang berjlan teringat, sedang di bilik air teringat, oh. Tetapi apa yang simpulkan adalah hadis di atas. Cuba tengok balik.

Pertanyaan lelaki itu berakhir dengan "adakah aku akan memasuki syurga?" dan nabi mengiyakannya. Saya dapat nampak daripada hadith ini seperti mengatakan bahawa requirement untuk sesorang itu memasuki syurga sangatlah mudah. Betapa besarnya rahmat Allah.

Tetapi apa yang saya suka disini adalah skill nabi untuk seseorang itu melipatgandakan amalannya. Sebab apa? Kita lihat para sahabat yang dijanjikan syurga, Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman Affan, Ali Abi Talib dan yang lain, semuanya mempunyai iman yang solid, kuat. Apabila sesorang itu hendak memasuki syurga nescaya dia akan beramal dengan hadis ini dengan bersungguh-sungguh yang akhirnya amalannya akan membuahkan hasil, halawatul iman/kemanisan iman.

Ok, kita bermain soal-jawab sebentar dengan halawatul iman. Bagaimana itu halawatul iman? Ada tiga tanda-tandanya;
1 - Allah dan rasulnya lebih dicintainya lebih daripada segalanya
2 - Cinta dan benci orang lain hanya kerana Allah
3 - Benci untuk kembali ke kekufuran sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api neraka.

Jadi, apa yang akan dibuahkan halawatul iman itu? Buahnya adalah ketagihan mukmin itu dalam beramal kepada Allah. Segala amalan yang mendekat dia dengan rabbnya akan cuba dilakukan dengan sebaiknya kerana Allah menyukai amalan seorang hamba yakni apabila dia melakukan sesuatu kerja, dia melakukan dengan sungguh-sungguh. Maka akhirnya dengan timbunan amalannya yang disangkanya sedikit akhirnya membawanya ke syurga.

Akhir sekali, sebelum saya mengakhiri kiriman sulung 2010 ini, suka saya kongsikan sesuatu yang pernah saya baca didalam sebuah buku (hanya mafhum ya);

Amalan seorang hamba itu terbahagi kepada beberapa darjat;

1-Beramal untuk mendapat syurga.

2-Beramal untuk mendapat redha Allah dan inilah darjat yang tertinggi diantara darjat-darjat amalan yang lain.

Wa akhir da'waahum anil hamdu lillahi rabbil a'lamin.

**********
Saya sertakan sekali beberapa gambar yang sempat diambil ketika sambutan tahun baru china di restoran Mohd Chan Abdullah, Taman Melawati pada ahad lepas.
*350D sudah mendapat dua kawan, Tamron 17-50 f2.8 dan 420EX, tak lama lagi mungkin bertambah lagi kawannya. Ukhwah mekar kata orang.


Monday, July 13, 2009

Sibuk!


(dalam perjalanan ke pertandingan debat anjuran Musleh)

Bismillahirrahmanirrahim

Pernah suatu ketika seorang sahabat bertanya,

"anta pernah tak terasa nak jadi macam orang luar, dapat macam itu dan macam ini dsb.."

berhari-hari juga saya memikirkan jawapan, apa lagi sekolah itu seperti sudah jelas dihadapan mata. Alhamdulillah berjaya juga memikirkan jawapan untuk soalan yang rasanya tidak perlu itu. Ilham Allah kepada saya banyak menenangkan hati dan mencerahkan pandangan. Syukran ya rabb. IlhamNya-

"Sibukkan diri dan belajar betul-betul"

Sedikit imbauan Sirah :-

Suatu ketika Abu Darda' menulis kepada Salman Al-Farisi ;

"Marilah kembali ke bumi yang menyucikan ini (Madinah)"

Maka Salman Al-Farisi membalas suratnya ;

"Sesungguhnya bumi tidak pernah menyucikan sesiapapun, tetapi yang menyucikan seseorang hamba itu adalah amalannya"

(Salman Al-Farisi telah dipersaudarakan dengan Abu Darda' oleh Rasulullah s.a.w di Madinah, dan Salman lebih faqih daripada Abu Darda' dalam banyak hal, di antaranya hal ini)
- dipetik dari Al-Muntalaq (Abu Ammar), sumber asal Majmuk Fatawa Ibni Taimiyyah.

(schml.blogspot.com)

Terima kasih rabbi & murabbi.


Wassalam,
Cetusan di petang hari,
Usrahlite Engineering

*ni'mat internet di rumah ditarik sebentar.

Sunday, June 14, 2009

Ikhlas tak mudah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullah, apa khabar? baik? Alhamdulillah. Sudah seminggu lebih kurang tidak menulis entri baru untuk blog ini, sangat rindu untuk menulis, berkongsi sedikit sebanyak tetapi apabila jari jemari di atas papan kekunci hitam ini, semuanya hilang secara tiba-tiba. Tiada rezeki mungkin. Allahu a'lam.

p/s-minta maaf, kiriman kali ini mungkin mengandungi banyak kesalahan tatabahasa

********

Baru-baru ini saya menghadiri sebuah majlis penyerahan cek kepada para pengambil ujian hafazan al-Quran (isbat namanya). Apabila saya membuka sampul cek itu, wah jumlahnya bukan main (sudah dapat diagak), buat sementara niat asal dan cara cek itu diperoleh hilang sebentar dan apa yang terbayang hanya material-material yang boleh diperoleh dengan cek tersebut.

Imbas kembali tiga bulan lalu, mengulang al-Qur'an sungguh serius, merentas desa juga berqur'an, hasilnya tidaklah begitu mantap tetapi alhamdulillah, kalau ikutkan a'mi arab, kuwais lah perkataannya, alhamdulillah. Banyak kali hati tergugat apabila mendapat respon-respon yang terlebih positif. Terima kasih walhamdulillah.

Tetapi, apabila cek berada dalam tangan, terasa sangat sukar untuk lepaskan. Dunia itu kan seronok. Kan?

Apabila dalam situasi ini, solusi yang terilham hanyalah ikhlas wa raja'. Ikhlas sangat susah tetapi pulangannya mardhatillah. Asyik. Sangat teringin untuk merasa mardhatillah, kita tenang dimana sahaja kerana kekasih kita sentiasa berada disisi, semua anasir didunia tidaklah mendatngkan mudharat kepada kita melainkan dibenarkan olehNya atas dasar kasih sayangNya.

Kesimpulannya, ikhlas itu susah dan pulangannya sangatlah besar. Mungkin kita akan rasa menyesal apabila kita melihat orang lain menikmatinya.

Kata orang menyesal itu taubat, tetapi jika hari itu taubat sudah mustahil diterima bagaimana?

**********

Baru pulang dari mendengar ceramah seorang ahli politik PKS namanya Pak Cahaya......(maaf terlupa) bersama mama, papa & imang. Sempat mengambil beberapa gambar.

menunggu pembukaan majlis

"sebenarnya politik Indonesia mengelirukan"

"Susilo Bambang Yudoyono menerima 99.95% drpd usul itu"

Apa pengajaran yang kita boleh ambil dari pemilu kali ini?

Dr. Harlina mengajukan soalan

Kebetulan se-lif

Di ruang lobi

Apa yang bapak buat di Indonesia sangat bagus dan jauh kehadapan dari Malaysia

ramai yang terkeliru antara saya dengan Syamil, nampaknya saya semakin besar. Masa kan pantas.

Wallahu a'lam, wassalam.

Wednesday, June 3, 2009

tunda sebentar? Alhamdulilah.

Bismillahirrahim

Assalamualaikum, apa khabar? Sihat? Alhamdulillah.

Pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada pembaca yang menunggu gambar walimah Uswah & Zayd dan Suhaib & Uwa kerana proses itu terpaksa ditundakan buat sementara waktu atas masalah teknikal atau nama lainnya, koputer sedang reformat. Insya-Allah sekiranya diberi izin, malam ini mungkin sudah boleh update blog. Insya-Allah.

Wasalam