Sunday, December 7, 2008

Satu Perkongsian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah. Insya-Allah, pada entri kali ini tidak akan dimuatkan sebarang kisah baru, hany berkongsi gambar-gambar yang baru selesai dibuat menggunakan Adobe Photoshop CS4 (masih belum reti menggunakan Illustrator). Sila betulkan sekiranya salah dan minta sebarkan jika rajin.



Resolusi biasa (1024x768)
(klik kanan, pilih 'save image as' dan tekan save)



Resolusi Wide Screen (1920x800)
(klik kanan, pilih 'save image as' dan tekan save)

Sekian sahaja, wassalam.

Wednesday, November 19, 2008

Sumber Inspirasi

asy-Syahid Sayyid Qutb

Amru Khaled

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah. Insya-Allah, entri kali ini mungkin tidak terlalu banyak penulisan hanya sedikit saranan bagi yang mempunyai banyak masa yang lapang.

Baru-baru ini, saya sudah memulakan perjalanan pengajian kitab 'Tafsir Fi Zhilalil Qur'an' (Tafsir dalam bayangan al-Qur'an) di pejabat 'Usrahlite Engineering'. Pada asalnya saya berniat untuk melarikan diri dari menjaga anak-anak saudara yang kini sedang bercuti tetapi syarat yang diletakkan papa untuk ke pejabat adalah dengan berbuku maka saya pergi mencari sebentar buku yang menarik dan inilah hasilnya.

Setakat yang telah saya baca, kehidupan di bawah bayangan al-Qur'an yang digambarkan asy-Syahid memang menarik minat saya (boleh rujuk sendiri dalam jilid 1..he he) dan memang sangat seronok kerana dapat mendalami lagi ayat-ayat alqur'an yang kita baca setiap hari. Dan ia membawa saya untuk berfikir secara syumul. Untuk penghayatan yang lebih mendalam, anda boleh rujuk sendiri kitab ini. Memang worth it la..secara mudah.

Apa yang saya sedar penghayatan al-Qur'an dalam asy-Syahid ini bukanlah suatu perkara yang biasa kerana dia boleh menjadikan orang yang membaca tulisannya berfikir 'Bagaimana dia boleh berfikir sebegini?'. Menarik bukan? he he..

Pada minggu sebelumnya, syukur saya berjaya memberikan sedikit masa kepada video ceramah Amru Khaled (boleh rujuk pada entri sebelum ini 'Asma Allahil Husna') dan ia memang tidak merugikan pada pandangan saya.

Jadi sekiranya anda mempunyai masa yang lapang, saya sarankan agar anda melakukan perkara di atas. Insya-Allah bermanfaat.

Dua mingu akan datang mungkin saya akan ghaib sebentar untuk muraja'ah al-Qur'an sebentar di Ma'had Hira' dengan harapan agar muraja'ah kali ini bukanlah seperti muraja'ah yang biasa.

sekian sahaja,
wassalam

Friday, November 14, 2008

Asma' Allahil Husna

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

alhamdulillah, berjaya juga untuk menulis entri terbaru untuk dimuatkan kedalam blog yang usang ini. Beberapa hari yang lalu, saya telah melawat blog seorang kerabat. Di blognya telah dimuatkan sebuah link yang dimana akhirnya saya berpeluang untuk melihat wajah seorang yang agak terkenal. Amru Khaled.

Anda juga boleh melihatnya di sini.

Tetapi, apa kaitannya? Jika anda membuka link tersebut, anda akan dapat menonton sebuah program tv yang diberi nama 'Bismika Nahya' (ala-ala 'tazkirah pagi' kt tv1). Sungguh menarik hati melihat beliau memberi ceramah. Bersemangat, dan kadang-kadang agak mencuit hati melihat gelagatnya. Dan sebagai penutup rancangan, beliau akan membaca do'a yang menyayat hati dan kamera kadang-kadang akan fokuskan kepada orang-orang yang menangis. heh..
Amru Khaled. Diambil dari amrkhaled.net

Nampaknya ia boleh menjadi saingan kepada ESQ tetapi bezanya adalah rancangan ini percuma.
Gurau sahaja. Insya-Allah keduanya membawa tugas yang sama, memberi kesedaran tentang asma' Allahul Husna. Dan yang seronoknya, rancangan ini (Bismika Nahya) menyediakan subtitle dan mudah difahami. Jadi, sekiranya ada masa-masa kosong, silakan menonton.

Sekian sahaja untuk hari ini. Oh, terlupa. Pagi tadi telah dilancarkan majlis ihtifal Tadika Nurul Iman yang telah dirasmikan oleh papa. Ucapannya penuh semangat serta penuh berisi, baru saya sedari. Sungguh lain mendengarnya sewaktu sekolah rendah berbanding sewaktu sekolah menengah. Semoga papa dirahmati Allah selalu. Persembahan storytelling Aiman Hakimie adalah yang paling berbeza kerana beliau sungguh bersemangat dan berjaya mengalahkan keseganannya, jadi saya sebagai pakciknya turut menumpang bangga. heh..

sekian sahaja, wassalam.
Papa memberi ucapan perasmian

Aiman Hakimie, story telling

Lakonan drama dari pelajar-pelajar tadika

Thursday, November 13, 2008

Cuti ini

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

alhamdulillah, tamat sudah silibus pelajaran akademik tingkatan dua dan akan melangkah ke tingkatan tiga tidak berapa lama sahaja lagi. Peperiksaan akademik baru-baru ini nampaknya tidaklah semudah yang dijangka. Apabila dikatakan susah maka orang yang mendengar akan menjawab,

"tula..sape suroh jadik imam.."

Tetapi peperiksaan akademik sudah berlalu dan kini peperiksaan yang lain sedang berlangsung. Peperiksaan akhir tahun. Semoga tetap komit dan tetap tsabat saya doakan kepada para pembaca blog. Serta selalulah doakan saya

Rencana membeli komputer terpaksa ditangguhkan hingga akhir bulan kerana MAIWP mungkin mempunyai masalah dalam menjalankan tugas. Semoga dipermudahkan urusan-urusan mereka.

Pagi tadi, sedang saya bersantai mendengar alunan suara Da'i Nada, tiba-tiba hati saya tergerak berbasikal di kawasan perumahan yang belum saya lalui semuanya semenjak saya tinggal di taman keramat ini. Sangat menyegarkan berbasikal di pagi hari serta mendengar instrument(takde kaitan). Tetapi niat itulah penentu suatu perkara itu adat atau ibadat. Jangan lupa.

Nampaknya, mungkin itu sahaja yang boleh dikongsikan buat masa terdekat ini. Sekian, wassalam. Ikhlaskan niat.

-Penulisan novel-masih pada tahap berangan.

Saturday, October 18, 2008

The End?




Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillahi Bini'matil Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Setelah seminggu lebih (agaknya) tidak menulis entri yang baru akhirnya jari ini berasa rajin untuk memuatkan tulisan yang baru. Entri ini hanya sebagai memori.(sila abaikan)

Hari ini, agaknya sudah kali ke-7/8 komputer ini mati dan hidup semula (cuak x?). Mungkin kerana hardware2 sudah rosak dimakan masa dan mungkin juga disertai virus-virus dan spyware-spyware yang sangat kecil tetapi diabaikan anti-virus? Inilah sunnah dunia ini yang siapapun tidak boleh terlepas walaupun komputer.(Apatah lagi manusia?)

Agaknya mungkin ia sudah tidak boleh duduk lama di atas meja komputer ini dan sedang menunggu penggantinya yang akan tiba tidak lama lagi(heh). Saya rasa komputer ini mungkin sudah berusaha sebaik mungkin untuk berkhidmat untuk penggunanya dan sudah tidak sabar berehat..(mungkinkah begini harapan para qudama'/orang-orang yang terdahulu?)

Tidak lama lagi pelapis yang lebih baik akan meneruskan perjuangannya (AMD Phenom X4 9550).Insya-Allah.

Baiklah tamat kisah komputer.

Semakin hari, umur semakin sedikit dan tempoh percutian yang panjang ini akan berakhir tidak lama lagi..(esok). Peperiksaan juga semakin nhampir tetapi silibus masih belum ditamatkan..mungkin malam ini perlu OT. Do'akan yang terbaik..

(Masih belum tulis entri raya)
Salam..

Thursday, October 9, 2008

Sedikit Perkongsian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

nampaknya telah berlalu satu tempoh yang agak panjang untuk berada di 7-11 (rumah) ini. Semoga saya ini tidaklah tergolong dari golongan yang disebut dalam al-Qur'an

Maka berlalulah satu tempoh yang agak panjang keatas mereka dan keraslah hati mereka
mungkin kerana terlalu lama tidak dididik & tidak mahu dididik?wallahu a'lam~

Sebelum meneruskan, saya ingin meminta maaf di atas segala kesalahan atau kesilapan yang telah sayalakukan secara sengaja atau tidak sengaja kepada para pembaca yang mulia dan kerana saya terlupa dari surah apakah ayat diatas dikeluarkan..

Setelah beberapa tempoh saya berada di rumah, saya merasakan seperti segala 'azmul qowiyy, himmah 'aliah semakin pudar dari hati ini..mengkoreksi kembali diri dan terzahir jelas segala kesalahan, tidak lupa juga kepada lirik nasyid yang terlintas di minda

Renungi diri itu, dengan cermin tafakur, bukankah tuhan itu~maha sempurna~
Terfikir juga kemana diri ini hendak dibawa dan kearah apa diri ini akan dibentuk, proses pembelajaran disekolah telah dilalui dalam tempoh yang sangat panjang tetapi kesannya hanyalah sedikit. Bagaikan setitik da'wat hitam? Wallahu A'lam~

-------

Setelah pulang dari surau selesai menunaikan solat zohor, seperti biasa meluangkan masa dihadapan komputer tetapi yang tidak biasa adalah secara spontan hati ini seakan mendambakan sebuah tazkiah, secebis nur, dan sedas tazkirah yang biasanya diberikan pada isnin,khamis, jumaat, sabtu dan ahad. Alhamdulillah terjumpa juga. Ini antara sedikit potongan dari entri tersebut.

Sebab itu hasil hasil kejayaan dalam tarbiah boleh dilihat dalam berbagai bentuk. Kalau kita perhatikan dalam al-Quran dan hadis-hadis perkara ini sangat jelas. Tarbiah Islamiah tidak mendambakan satu bentuk kejayaan sahaja. Islam bukan hendak lahirkan orang kaya, berkuasa, berpengaruh, atau apa-apa bentuk yang material sifatnya.

Tetapi Islam mahu melahirkan manusia yang beriman dan bertakwa, ia boleh jadi

  1. Orang kaya yang bersyukur

  2. Orang fakir yang sabar

  3. Imam yang adil

  4. Alim yang takut kepada Allah

  5. Hamba yang khusyuk

  6. Mujahid yang berjuang dengan niat mati syahid

  7. Dan seumpamanya


Mereka semua berjaya dalam bentuk yang berbagai-bagai mengikut dinamika kehidupan dan potensi diri masing-masing. Dan segala bentuk kejayaan ini diterima dalam saf Islami. Setiap orang sesuai dengan potensi diri masing-masing boleh berjaya dalam tarbiah Islamiah. “Setiap orang dipermudahkan untuk mencapai tujuan kenapa ia diciptakan”. -Kiriman, Ust Abdullah Zaik.

Andai anda berminat untuk sambung membaca, anda boleh baca disini.

------

Peperiksaan semakin dekat tetapi nampaknya akademikku semakin jauh ketinggalan, mungkin saya akan berkurung di 'bilik kebal' sekiranya keadaan betul-betul memaksa. Jadi kepada mereka yang sedang membaca kiriman ini : "Ya Allah kau permudahkanlah urusan penulis ini diatas jalanMu didunia dan diakhirat." Terima Kasih

Semoga dapat mengambil manfaat~insya-Allah entri tentang raya akan dikirim dalam masa yang terdekat.


Wassalam

*Intenet connection problem terpaksa lambatkan sedikit waktu kiriman..hmmm

Monday, October 6, 2008

Sebelum, Semasa & Selepas Raya [1]

Assalamualaikum, keif hal?(bajet mesir)

maka seperti yang dijanjikan pada entri sebelum ini yang tulisan mengenai raya kali ini akan dikirim malam ini, maka inilah; bermula 28 Ramadhan -> 5 Syawal. Saya akan cuba sebaiknya untuk imbas kembali perkara yang berlaku..

28 Ramadhan
Waktu puncak bulan Ramadhan ini telah digunakan sebaiknya oleh pihak pusat membeli-belah gergasi untuk memotong-motong harganya. Jadi saya turut mengambil bahagian dalam pembelian baju, seluar dan kasut beralasankan raya. (entah knape kne beli baju baru ek?) takpe, layan je. Jadi berbekalkan sedikit 'hadiah' dari surau yang berbentuk wang kertas, saya pun mengorak langkah ke sungei untuk membeli barang.

Agak penat apabila sampai ke rumah dan hasilnya mendapat 2 helai baju,1 seluar dan 1 mp3(akhirnya..hehe)
Hasrat untuk ke Masjid UIA terpaksa dibatalkan kerana mama sakit malam itu.

29 Ramadhan

Pada hari ini baru mula membuat kuih dan alhamdulillah berjaya membuat kuih conflake bersama alak. Rupanya proses pembuatannya agak mudah sahaja. Sedang menggaul cornflake (adun conflake dengan madu&majerin), adak menawarkan untuk membelanja saya sepasang baju, namun tawaran itu terpaksa ditolak kerana sedang sibuk membuat kuih. (1st batch yang di-bake hangus jadik macam cornflake coklat la pulak...)

Pada malam itu saya, abg ude, alak & imang pergi ke Jalan TAR untuk meronda-ronda melihat barang-barang yang dipotong harga. Berbagai ragam manusia dapat dilihat disini, lelaki memakai baju kurung, perempuan berbaju melayu termasuklah perempuan yang menjual tudung tetapi tidak memakainya :D. Alhamdulillah, dapat lagi sepasang baju yang dibelanja adak di Jalan TAR (adak kasi duit kt abg ude supaya belanja baju) tidak lupa juga sepasang baju yang dipesan adak untuk seorang sepupu belah bapa, Zaki.

Tiba di rumah, tidak mampu untuk mengemas barang dan segera merebahkan dir diatas katil dan terlelaplah mata..

3o Ramadhan
Hari terakhir Ramadhan!! Tetapi nampaknya hari ini terpaksa disibukkan dengan persiapan pulang ke kampung kerana mengikut perancangan hari ini hendak bertolak selepas subuh(...) tetapi memandangkan semua orang belum mula mengemas barang, nampaknya terpaksalah bertolak lambat sedikit.

Oleh kerana saya menaiki kereta yang dipandu abg Ude, saya mendapt pilihan untuk bertolak lambat dan kami diamanahkan untuk mengunci pintu pagar, pintu rumah, dsb kerana kami orang yang terakhir keluar dari rumah. Bangah ke Negeri Sembilan sebagai tanda mengeratkan silaturahim antara keluarga belah 'sana'.

Akhirnya semua beg dan baju sudah diangkat keluar dan yang tinggal hanya mengunci pintu rumah, gril dan gate. Pintu rumah boleh dikunci tanapa sebarang masalah. Tetapi, gril tidak boleh dikunci kerana kunci mangga hilang. Dengan sangkaan bahawa tidak ada akan berlaku tanpa ketentuan Allah, kami membiarkan gril dan terus kepada penguncian gate. Papa sebelum itu telah membeli sebuah rantai basikal yang agak besar sesuai untuk gate rumah di Ace Hardware dan kami menggunakannya..

Perjalanan bermula, kami telah menetapkan untuk ke Muar (belah mak) dahulu dan sebelum itu singgah di Giant sebentar untuk membeli beberapa keperluan. Hari ini baru kenal capsicum itu apa! Di awal perjalanan ke Muar, saya menggunakan mp3 untuk menghilangkan rasa bosan dan terlelap sehinggalah tiba ke Muar~

bersambung..

Tukar Baju

Assalamualaikum

baiklah dengan bismillah, akhirnya 'baju' blog ini telah ditukar kepada gaya yang lebih mudah & tenang sedikit. Semoga penukaran baju ini membawa kearah yang lebih baik~ sekian

~insya-Allah entri aidil fitri akan dikirim selewatnya malam ini

Sunday, September 14, 2008

Well Done..

Assalamualaikum,

Sedang bersantai sebentar melihat blog para sahabat yang sedang menikmati bi'ah di sekolah, saya menekan sebuah link yang membawa saya ke blog seorang ikhwah dan saya terjumpa sebuah video yang menjelaskan antara kesan-kesan daripada orang yang mengagungkan cara hidup bukan Islam..saya persembahkan video ini buat kalian pembaca dan dinasihatkan agar membuka mata hati..



Tidak perlu melihat sehingga habis melainkan perlu.. tetapi menurut saya, saya melihat disini bahawa ini bukanlah perkara yang patut dikatakan biasa kerana sesungguhnya perkara ini adalah sebuah kejayaan yang sangat besar bagi Yahudi. Saya rasa sekiranya yahudi melihat video di atas sudah pasti dia berbangga dan berterima kasih kepada ibubapanya kerana merekalah yang bertanggungjawab mencorak budak itu sedemikian rupa.

Cuba kita bayangkan pula apabila umurnya menjangkau 15? Umur remaja. Umur 'puncak'.

Kehebatan sesuatu kaum itu bergantung kepada pemudanya - Amru Khalid

Semoga Allah memberi hidayah kepada saya dan umat ini. Sesungguhnya impian yahudi untuk 'melesapkan' Islam semakin berjaya dengan wujudnya kerjasama diantara mereka yang mengelak daripada deen yang suci ini. Dengan kerjasama yang hebat ini, para penganut Islam 'Liberal' semakin membiak dan akhirnya perbezaan antara muslim dan kafir hilang sama sekali. Kerjasama ini lebih menguntungkan apabila anak-anak mereka, cucu-cucu mereka dan keturunan mereka semuanya adalah pengikut setia idealogi ini..clap hands for their hard works..

Tetapi, janji Allah

Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (manufik) daripada yang baik (beriman). Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar. (Ali-Imran:179)
Sesugguhnya Allah akan membela agama ini.. Sesungguhnya Allah memilih hamba-hambaNya yang suci untuk menjalankan misi yang suci ini. Dan yang akan terpilih adalah orang tetap teguh dan tidak segan sebagai 'Hamba Allah' yang sebenar serta mengajak orang lain ke arahNya..

(Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi Allah, demikian juga (sikap) malaikat yang sentiasa berdamping (dengan Allah). Dan sesiapa yang enggan dan angkuh daripada beribadat (menyembah dan memperhambakan diri) kepada Allah, serta ia berlaku sombong takbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya. (an-Nisa':172)
Semoga Allah memberi hidayah kepada saya dan kamu, pembaca.

Sekian sahaja..

Tomorrow is The Day (Part II)


(gimik)

Assalamualaikum, akhirnya diberi peluang untuk memuatkan entri baru yang sepatutnya ditulis 3 hari lepas. 10 haribulan- rehat2. 11 & 12- demam, 13- pengakhiran demam, 14- semakin sehat. Baiklah, seperti yang dperkatakan dalam entri sebelum ini, saya akan menceritakan tentang ujian itu dan mungkin beberapa pengisian yang diberikan di masjid asy-Syakirin.

Pada malam 9 September (Esoknya ujian)..
Pada malam itu (selepas menulis entri sebelum ini) saya berasa agak takut kerana memikirkan tentang soalan-soalan yang akan dilontarkan pada esok hari dalam keadaan seorang diri duduk dihadapan 3 orang juri dalam keadaan hanya lancar 18 juzuk dari 30 juzuk.

10 September (sudah tiba masanya)
Apabila tiba ke tempat menunggu giliran, staf yang bertugas menjaga pendaftaran memanggil saya untuk daftar dahulu. Senarai nama diberikan dan saya mencari nama saya untuk ditandatangani sebagai tanda kehadiran. Nama 'Hikmat Bin Mohd Esa' terjumpa dan disebelahnya tertulis '30 Juzuk'. Saya meminta untuk dikurangkan agar 20 juzuk sahaja tetapi staf itu berkata 'Takpe, ambik je 30, dalam nanti bile dah perikse baru kurangkan kalau tak sesuai'..lebih kurang begitulah. Nombor 10 ditulis sebagai nombor giliran dan saya terus pergi mencari tempat duduk.

Tidak sempat hendak bersusah-payah mencari tempat sudah jumpa tempat yang kosong diantara dua sahabat, seorang berkopiah putih dan seorang lagi memakai kopiah hitam (kopiah yang biasa dipakai oleh ahli Tabligh). Mereka seperti tidak berinteraksi jadi mungkin tidak mengapa duduk diantara mereka. Setelah duduk saya bersalaman bersama yang disebelah kiri dahulu, kelihatannya agak takut kerana mungkin kali pertama. Tangan dihulurkan oleh sahabat yang dikanan sebagai tanda memulai persahabatan. Dalam hati saya bermonolog 'Wah, susah mencari orang seperti ini..'

Yang berada di sebelah kanan bernama Muhammad Zaid bin Rosli yang bersekolah di Pahang, manakala yang duduk di sebelah kanan bernama Faiz bin Halim yang berskolah di Wisma Hafiz, Klang (agak dekat juga). Sewaktu menunggu, Faiz kelihatan agak cuak manakla Zaid masih tenang mengulang. Apabila melihat Zaid, teringat saudara Sya'rani yang telah berpindah kerana muka dan senyumannya memang sama. Dlama kesempatan itu, saya sempat berborak denga Zaid dan dia banyak menerangkan pasal sitem di sekolahnya. Di sekolahnya tidak mengajar pelajaran akademik dan menumpukan pelajarnya kepada pembelajaran agama.

Disekolahnya ada empat peringkat pembelajaran. 1-Hafiz 2-Syahadah 3-Alim 4-Maulana.
Setelah selesai berdialog, saya pergi menunaikan solat dhuha kerana tinggal 2 nombor lagi dan saya akan masuk. Apabila keluar dari musolla selesai solat Dhuha, Zaid menunggu dihadapan lif ditangannya memegang beg plastik MAIWP tanda sudah selesai dengan ujian. Saya sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Saya masuk kembali ke tempat menuggu dan menanyakan kepada staf itu 'Nombor berapa sekrang?' dia berkata '9'.

Nampaknya semakin dekat giliran saya. Agak menakutkan. Mama dan papa terus menerus memberi semangat dan alhamdulillah kurang cuak dan akhirnya nama saya disebut dan saya melangkah masuk kebilik mesyuarat MAIWP untuk diuji. Saya mengambil tempat duduk dan dihadapan saya tiga orang juri yang siap sedia untuk menguji. Sebelum mereka memberi soalan, mereka mempersoalkan dari mana saya bersekolah dan sebagainya. Nampaknya mereka mengenali Ustaz Shahar hasil daripada soal-menyoal itu.

al-Qur'an dibuka dan juri yang bertugas memberi soalan memulakan tugasnya. Soalan pertama diambil dari Juz 3 - Wa iz qala ibrahimu rabbi arini kaifa tuhyil mauta..
Saya dapat menjawab, alhamdulillah. Dan seterusnya berdas-das soalan diberi dan saya semakin tergagap. Apabila habis soalan yang diambil dari juz 18, juri itu bertanya, sekiranya diberikan soalan awal juz 22 - wa man yaqnut minkunna lillah.. boleh tak? Saya menjawab jujur tidak boleh. Dia bertanya lagi, 'Surah Luqman?' saya menjawab bahagian 'Wa iz qala luqmanu libnihi boleh lah..' Dia bertanya sekali lagi..surah Sajadah 'Qul yataffakum malakul mautillazi wukkila bikum?' Saya menjawab 'Insya-Allah, boleh kot. Dia surah saya baca dan Alhamdulillah dapat membaca dengan lancar.

Kemudian, soalan terakhir diberikan..saya berasa agak gembira dan agak cuak kerana takut mungkin ini soalan yang paling susah. Tetapi, soalannya berbunyi 'Baca awal surah al-Muddatthir..' senyuman terukir dan basmalah dibacakan tanda menjawab soalan..

bersambung