Tuesday, March 2, 2010

Kemas-kemas

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apa khabar semua? Moga dalam keadaan baik-baik sahaja. Sudah agak lama saya tidak mengemaskini blog ini. Tiada alasan yang boleh diberi kecuali kerana tabiat menangguh dalam penulisan blog ini dan akhirnya hilang ilham untuk menulis. Sementara masih mempunyai sedikit ilham ini, saya ambil peluang ini untuk menambah penulisan baru dan dalam masa yang sama mengemaskini blog ini.

Alhamdulillah, nabi pernah bersabda, kalaulah orang kafir itu mengetahui tentang (keluasan) rahmat Allah, nescaya mereka tidak akan putus asa daripada rahmatNya selamanya (Rujuk tafsir Ibnu Katsir Juzu' 1, Surah al Fatihah). Betapa besarnya rahmat Allah, kerana sebab itulah Allah menyarankan agar jangan kita putus asa daripada rahmat Allah dan terus yakin dengan pertolongan Allah. Maka wahai pembaca, yakinlah.

Kalau nak ikutkan keadaan semasa, blog ini sudah ketinggalan begitu banyak perkara-perkara yang besar mahupun yang kecil sehinggakan sukar untuk dibilang kembali. Secara kasarnya semenjak Ramadhan 1430 sehinggalah Februari 2009. Insya-Allah selepas ini teratak kecil ini akan kembali menghidangkan buah pemikiran muda dan anda semua dijemput membalas dengan buah pemikiran anda yang saya yakini lebih masak dan lebih enak.

**********

Pada tahun lepas, saya telah mempelajari sebuah kitab hadis yang masyhur, al-Wafi karangan Imam Nawawi. Saya bersama rakan-rakan mempelajari kitab itu hanya didalam kelas sebagai silibus. Masih belum mampu untuk menyaingi para siswa luar negara terutama di tanah arab yakni dengan bertalaqi dsb. kerana sistem pelajaran di Malaysia samada yang rasmi atau tidak rasmi masih kurang mengamalkan konsep sebegitu. Kalau banyak diamalkan bagus juga.

Kembali ke topik asal, ada sebuah hadis yang dimuatkan imam nawawi yang berbunyi;

"Seorang lelaki telah bertemu dengan rasulullusah S.A.W dan bertanya kepadanya; Apa pendapatmu sekiranya aku mendirikan solat-solat yang wajib, berpuasa Ramadhan, menghalalkan apa yang halal dan mengharamkan apa yang dan aku tidak menambah sedikit pun daripada itu adakah aku akan memasuki syurga? Jawab baginda; Ya."

Jika anda bertanya "mana pergi zakat & haji?" anda boleh rujuk kembali kitab itu kerana para ulama' berselisih pendapat tentang perkara tersebut. Ada yang mengatakan ketika itu zakat & haji masih belum disyariatkan, ada yang mengatakan orang yang bertanya itu adalah seorang hamba dan tidak wajib melakukan perkara-perkara tersebut. Penjelasan lebih lanjut berada di dalam kitab.

Saya pernah berjumpa dan sempat bersembang sebentar bersama seorang yang agak saya hormati. Saya bertanya kepadanya; "amal fardi, bagaimana sekiranya sukar untuk kita lakukan meskipun kita sudah cuba?" (sambungan soalan; adakah kita harus hanya fokus dalam membetulkan amal fardi sahaja?)

Lalu dia menjawab; "Kita harus ingat, jalan Islam ini adalah jalan yang panjang. " Lebih kurang itu sahaja yang dijawabnya. Ada lagi penjelasannya tetapi maaf saya terlupa. Saya tertarik dengan penjelasannya yang hanya saya ingat sekerat. Sedang berjlan teringat, sedang di bilik air teringat, oh. Tetapi apa yang simpulkan adalah hadis di atas. Cuba tengok balik.

Pertanyaan lelaki itu berakhir dengan "adakah aku akan memasuki syurga?" dan nabi mengiyakannya. Saya dapat nampak daripada hadith ini seperti mengatakan bahawa requirement untuk sesorang itu memasuki syurga sangatlah mudah. Betapa besarnya rahmat Allah.

Tetapi apa yang saya suka disini adalah skill nabi untuk seseorang itu melipatgandakan amalannya. Sebab apa? Kita lihat para sahabat yang dijanjikan syurga, Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman Affan, Ali Abi Talib dan yang lain, semuanya mempunyai iman yang solid, kuat. Apabila sesorang itu hendak memasuki syurga nescaya dia akan beramal dengan hadis ini dengan bersungguh-sungguh yang akhirnya amalannya akan membuahkan hasil, halawatul iman/kemanisan iman.

Ok, kita bermain soal-jawab sebentar dengan halawatul iman. Bagaimana itu halawatul iman? Ada tiga tanda-tandanya;
1 - Allah dan rasulnya lebih dicintainya lebih daripada segalanya
2 - Cinta dan benci orang lain hanya kerana Allah
3 - Benci untuk kembali ke kekufuran sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api neraka.

Jadi, apa yang akan dibuahkan halawatul iman itu? Buahnya adalah ketagihan mukmin itu dalam beramal kepada Allah. Segala amalan yang mendekat dia dengan rabbnya akan cuba dilakukan dengan sebaiknya kerana Allah menyukai amalan seorang hamba yakni apabila dia melakukan sesuatu kerja, dia melakukan dengan sungguh-sungguh. Maka akhirnya dengan timbunan amalannya yang disangkanya sedikit akhirnya membawanya ke syurga.

Akhir sekali, sebelum saya mengakhiri kiriman sulung 2010 ini, suka saya kongsikan sesuatu yang pernah saya baca didalam sebuah buku (hanya mafhum ya);

Amalan seorang hamba itu terbahagi kepada beberapa darjat;

1-Beramal untuk mendapat syurga.

2-Beramal untuk mendapat redha Allah dan inilah darjat yang tertinggi diantara darjat-darjat amalan yang lain.

Wa akhir da'waahum anil hamdu lillahi rabbil a'lamin.

**********
Saya sertakan sekali beberapa gambar yang sempat diambil ketika sambutan tahun baru china di restoran Mohd Chan Abdullah, Taman Melawati pada ahad lepas.
*350D sudah mendapat dua kawan, Tamron 17-50 f2.8 dan 420EX, tak lama lagi mungkin bertambah lagi kawannya. Ukhwah mekar kata orang.