Thursday, March 26, 2009

Ikutlah Aku

(diambil dari sini)
Bismillahirrahmanirrahim
Sebelum apa-apa, saya ingin memberitahu tajuk diatas bukanlah bermaksud ikutlah penulis ini.

Beberapa hari yang lalu saya sudah mendapatkan entri ini didalam otak tetapi masih tidak berpeluang untuk menulis. Alhamdulillah jumpa juga masanya walaupun sebenarnya sangat terlambat.

Teringat beberapa perkara yang terjadi di sekolah, bukalah peristiwa besar cuma cuma sekadar perbualan bersama kawan-kawan. Seorang mengatakan ingin menjadi seperti tokoh ini dan itu dan seorang yang lain ingin menjadi seperti ini dan itu. Tetapi oleh kerana kekurangan ilmu dan juga kekurangan akhlak mulia, jadi saya hanya mendiamkan diri dan senyum sahaja.

Beberapa tempoh kemudian saya juga melihat tokoh itu dan ini agak bagus dalam suatu aspek jadi saya ikuti dan juga kurang beberapa aspek (siapa aku ni?) jadi saya curiga dan akhirnya terumbang-ambing sebentar. Lama juga mencari penyelesaian akhirnya teringatlah antara moto (betulkanlah) sebuah petubuhan, Ikhwanul Muslimin namanya. yang mengatakan :


Sangat-sangat menepati kehendak soalan. Alhamdulillah di atas ilham. Apabila mengimbas kembali sirah para sahabat, Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan yang lain semuanya menjadikan rasulullah sebagai contoh dalam kehidupan mereka. Namun kerana manusia ini diciptakan lain-lain setiap orang maka jadilah juga individu yang lain namun semuanya mengikut ar-Rasul. Dengan itu kita tidak akan sesat dan tidak pula terumbang-ambing.

Apabila kita mengikuti rasul, rasul bersabda, dengan mafhumnya "aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara yang dengan dua perkara ini kamu tidak akan sesat selamanya, al-Qur'an dan al-Sunnah".

قال تعالى:قل أن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله ويغفر لكم ذنوبكم

Apabila mengatakan tentang rasul ingin saya meminjam beberapa perenggan dari blog seorang abang/senior yang menerangkan beberapa peristiwa dalam kehidupan rasul. Sangat menarik.

Boleh saja kau minta pada Allah agar diberi keagungan dunia dan segala isinya, tapi kau tolak ...

Boleh saja kau minta pada Allah agar diazab saja kaum Taif, dengan darah di kepala dan kakimu akibat lontaran batu .. tapi kau maafkan ..

Boleh saja kau kumpul harta banyak-banyak dan beri alasan bahawa isteri dan keluargamu ramai .. tapi kau berdalih dan hanya memilih untuk tidur atas alas yang keras..

Boleh saja kau pilih untuk dihukum bunuh penjenayah musyrikin Mekah pada Fathu Makkah kerana kekejaman mereka sebelum ini .. tapi kau ampunkan ..

Boleh saja kau tolak permintaan orang muslimin untuk berperang di luar Madinah sewaktu perang Uhud .. tapi kau terima syura ..

Boleh sambung baca di sini.

Sampai sini sahajalah entri kali ini. Sekiranya ada kesalahan minta sangat-sangat untuk betulkan. Wallahu a'lam, wassalam. Allahumma Solli A'la Muhammad wa ahlihi wa sohbihi wa sallim taslima.

Wada'an

(diambil dari sini)

Bismillahirrahmanirrahim,

Sedar tidak sedar akhirnya khamis ini akan menjadi khamis terakhir untuk berada di rumah, tiga minggu sudah berlalu, sepantas kilat. Tetapi kilat lebih lambatlah, kan? Banyak benda yang dialui, dialami dan diambil iktibar. Allahu a'lam. Sedikit kronologi..

Musabaqah (13-16 Mac):

Petang itu sampai lambat ke Intekma (tempat penginapan sementara)kerana kami (abang Ude & Hikmat) bertolak selepas solat jumaat. Datang untuk pendaftaran dan cabutan undi. Kerana datang lambat jadi orang lain sudah cabutkan undi. Alhamdulillah dapat malam Isnin dan menjadi orang yang ke-5 untuk memperdengarkan bacaan.

Petang itu saya masuk ke apartmen yang ditetapkan, bilik 513.
blur lah

Malam itu ada persembahan nasyid dari kumpulan Hijjaz.
Muzik agak kuat tetapi layan sahajalah takkan nak tutup telinga kan? Serta ucapan perasmian oleh Tun Sri Dato' Khalid Ibrahim, MB Selangor. Malam itu ada dua peserta dari kategori 1-15 juz yang memperdengarkan bacaan. Merdu sungguh, kagum jugalah. Selepas itu pulang ke Intekma (pergi dan balik menaiki bas).

Malam itu bermesra-mesra sedikit dengan rakan se-apartmen. Yang masih dalam ingatan Amir-Wisma Hafiz, Elyas, Arif, Sobri, Nawawi (TTDI), dan lagi dua sudah lupa. Maaflah ya.

Dua malam berlalu dan akhirnya tiba giliran saya. Sangat menggerunkan, setiap peserta 1-15 juz akan mendapat 4 soalan. Apabila mendapat soalan pertama, masih boleh, soalan kedua, banyak sangkut, soalan ketiga, boleh tahan, saoalan keempat, sangkut sudah. Papa, Mama, Adak, Abg Ude, Aalaa' dan Imang turut melihat di MBSA. Alhamdulillah, dipermudahkan.

Hari Isnin, didalam jadual yang diberikan JAIS, tidak ada apa-apa aktiviti melainkan sarapan, makan tengahari, rehearsal, makan petang dan akhirnya penyampaian hadiah. Hari itu merupakan hari yang kosong tanpa aktiviti. Kebetulan pula ada seorang kawan dari Shah Alam mempelawa untuk keluar, jadi saya pun terimalah ajakannya. Saya pulang petang itu pada pukul 7.15. Masuk sahaja apartmen, semua sudah bersiap degan baju melayu, songkok dan sampin. Apalagi, bergegaslah ke bilik air.

Malam itu persembahan nasyid dibawa oleh Rabbani. Muziknya kuat juga, tetapi layan sahajalah takkan nak tutup telinga kan? Sewaktu itu kedudukan sudah disusun mengikut turutan, tidak surprise lah. Anti-climax punya JAIS. Kalau mengikut susunan, saya mendapat tempat ke-9 dari 9 orang wakil daerah. Alhamdulillah, dipermudahkan.

Hadiah disampaikan oleh sultan Selangor (tidak ingat nama). Apa hadiah? heh, nantilah.

Ujian Hafazan al-Qur'an (mengikut orang Selangor, Isbat namanya) -25 Mac :

Pada asalnya saya dipanggil untuk hadir pada 23 Mac, tetapi atas sebab tertentu saya terpaksa hadir pada 25 Mac. Disana berjumpa dengan beberapa pelajar al-Amin Gombak memakai baju kadet polis. Saya mendapat giliran ke-15 (orang terakhir). Sewaktu sedang menunggu giliran, saya rasa inilah waktu muhasabah paling efektif kerana sedang cuak. Memang bersifat manusia, apabila cuak baru nak ingat tuhan, cis.

Apabila orang yang mendapat giliran ke-10 masuk kedalam bilik ujian itu, saya ke musolla sebentar untuk melakukan solat asar berimamkan seorang pakcik. Selepas itu kembali ke tempat menunggu. Sudah bosan menunggu, saya pun pergilah beberorak dengan pakcik yang menjadi imam tadi. Dia hadir untuk menemani anaknya yang turut mengambil ujian tersebut, dan rupa-rupanya dia adalah bapa kepada adik Muhammad (yang baca quran sedap itu).

Akhirnya tibalah giliran saya. Saya masuk dengan jantung yang berdegup kencang. Sebelum soalan diajukan sempatlah berborak sedikit dengan juri-juri itu. Selesai berborak, soalan-soalan diajukan, sbahagian dapat sebahagian gagap. Alhamdulillah, dipermudahkan.

Panjang juga entri ini, huh, penat flashback. Banyak usaha JAIS dan MAIWP ini untuk me-refreshkan semula otak para penghafal al-Qur'an, terima kasih JAIS & MAIWP tetapi bagi para peserta niat kenalah mengikut syara'. Kalau tidak sia-sialah mengulang (termasuklah saya). Tetapi apabila dilihat kembali, rupa-rupanya al-Qur'an ini sangat luas kerana sebelum ini saya selalu baca juz 1-15. Tetapi apabila sudah meningkat, rasanya sangat luas al-Qur'an ini. Menarik juga. Fallahu khairul jaza' ala ma fa'altu (sila betulkan).

****************

Wassalam

Friday, March 20, 2009

Ketika Cinta

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apa khabar? Baik bukan? Alhamdulillah, hari ini baru pulang dari berjalan seharian bersama abang ude dari Shah Alam, ke Taman Melawati, ke Shah Alam, ke USJ, dan akhirnya pulang ke ibu kota. Tidaklah penat sangat tetapi hari ini bukanlah seperti hari semalam kerana hari ini berjumpa dengan seseorang yang baru dan agak istimewa.

Ke Shah Alam untuk mengambil seorang Ustaz, mengikut perjanjian Ustaz itu akan menyempurnakan proses pengubatan makcik saya. Cukup setakat di situ tetapi apa yang dapat saya simpulkan dari Ustaz ini ialah dia seorang mudah dalam menyampaikan perkara-perkara ukhrawi, subhanallah bersamangatnya dia. Semoga saya dapat mengambil yang jernih dan menolak yang keruh dari individu tersebut.

******
Baru-baru ini saya baru mengetahui bahawa Opick sudah mengeluarkan album yang baru (2008). Tersedar apabila membuka video ini



sangat-sangat menarik, apabila pertama kali melihat video ini, terkeluar juga setitis-dua air mata, semoga itu menandakan hati ini belum keras lagi dan insya-Allah tidak. Turut dimasukkan dalam album Opick tersebut adalah sebuah lagu berjudul 'Ketika Cinta' pertama kali dengar, bosan. Kedua- & ketiga, semakin menarik kerana mesej semakin jelas. Akhirnya, inilah hasilnya.


nasyid 'Ketika Cinta' ini sanagat menarik minat saya untuk ke masjid. Boleh juga para pembaca mencubanya, Insya-Allah tidak rugi. Sekian sahaja, Wassalam

*Entri musabaqah akan dimuatkan selepas ini, insya-Allah

Friday, March 13, 2009

Fastabiq~

Bismillah

Assalamualaikum Warahamatullah

Entri kali ini pendek sahaja kerana penulis sendiri sedang kesuntukan idea. Insya-Allah hari ini saya akan ke musabaqah peringkat negeri mewakili daerah Kuala Selangor dalam kategori 1-15 juz, bertempat di Shah Alam. Semoga apa yang diusahakan diterima Allah S.W.T. Musabaqah ini berlangsung selama tiga hari iaitu hari ini (jumaat), sabtu, ahad dan hari isnin ialah majlis penutup. Semoga Allah memberkati urusan ini. Wallahu A'lam. Wasalam

Sebelum itu ada sebuah wallpaper yang ingin saya kongsikan bersama, dengan harapan ia bermanfaat buat diri kita.

(ejaan telah diperbetul)
peribadi muslim (ukurun 1680x1050)

Wednesday, March 11, 2009

Kutubun Jadiidah

Bismillahirrahmanirrahim

ALhamdulillah semalam selepas pergi ke Celcom centre bersama Ahmad (sepupu), kami berpeluang pergi ke kedai buku di Titwangsa, Alam Raya Enterprise. Akhirnya berpeluang juga. Kedai ini dimiliki oleh bapa kepada sahabat saya, dikhabarkan ia banyak menjual buku-buku indonesia. Ia sebuah kedai yang agak terpencil tetapi bagi siapa yang terserempak dengannya, murah rezekilah namanya.

Mengapa saya berkata demikian? Saya sendiri telah mengalaminya. Semalam saya membeli buku-buku:

Meminta & Mencinta-Amru Khalid = RM34.90
Saat-Saat Mengharukan dalam Kehidupan Nabi dan Sahabat-Muhammad Mahir al-Buhairi = RM18.50
Model Masyarakat Muslim Wajah Peradaban Masa Depan-Muhammad Abdullah al-Khatib = RM27.00

Kalau dicampur semuanya, harga yang sepatutnya dibayar adalah RM81.40, tetapi alhamdulillah harganya menjadi RM48 setelah mendapat diskaun 40%. Tidak mudah untuk mencari kedai-kedai yang memberi potongan harga sebanyak ini.

Mungkin sampai sini sahaja, hanya sekadar sedikit perkongsian dan juga promosi.

Wallahu A'lam

Sunday, March 1, 2009

Syukran ilaik, ya rabb



Alhamdulillah,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

alhamdulillah, ni'mat Allah datang tanpa dijangka, tidak disangka minggu lepas akan mendapat sebuah telefon bimbit yang baru malahan post-paid pula (bukan milik saya sepenuhnya) dan pada khamis yang lalu tidak dijangka akan mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan musabaqah kawasan Kuala Selangor. Semuanya datang dari Allah dan kepada Allah ia akan kembali, insya-Allah. Hanya sekadar pemakluman.

******

Baru-baru ini saya sering terfikir akan hak. Apakah hak kita kepada manusia, apakah hak kita kepada tuhan dan apakah hak mereka kepada kita. Apa yang dapat saya simpulkan, kita suka hak kita dipenuhi dan kita sukar untuk memenuhi hak orang lain. Memang agak sukar untuk memenuhi hak mereka. Setakat ini, apa yang saya faham adalah hak kita terhadap orang lain ialah menghormati mereka, memuliakan mereka denga cara yang betul.

Menghormati mereka. Rasanya tidak perlulah saya terangkan bagaimana ntuk kita menghormati orang lain kerana saya yakin setiap yang terbaca entri ini pasti boleh membayangkan sendiri. Tetapi apa yang perlu ditambah ialah ia tseiring dengan al-Quran dan al-Sunnah.

Apabila difikir dengan lebih jauh, bagaimana hak kita dengan tuhan, hak kita dengan Allah. Dan apa yang tercetus adalah kita melakukan setiap perkara, untuk menuju redhaNya dan cintaNya kerana cintaNya kekal dan tidak akan terputus selagi kita tidak terputus dengannya. Seperti yang dirawatkan dalam hadis, yang mafhumnya adalah Allah tidak akan berputus dengan hambaNya selagi hambaNya tidak berputus asa denganNya.

Lihatlah sendiri, bagaimana Allah benar-benar inginkan kebaikan dan keringanan buat kita. Menghadiahkan kepada kita Islam yang syumul dan cintaNya jika kita mensyukuri ni'mat ini dan bersungguh dalam memahami dan menghayati nikmat yang terbesar ini. Melakukan setiap benda untuk menggapai cintaNya dan menjauhi perkara yang dibenciNya. Semuanya sudah disiapkan dalam al-Quran dan al-Hadis hanya tinggal untuk dilaksanakan sahaja. Mungkin sampai disini sahaja.

Yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu dari saya sendiri. Wassalam.
*Sekiranya ada yang salah, minta2 tidak keberatan untuk membetulkan serta maaf kerana ayat-ayat tidak dapat disusun dengan baik.