Sunday, March 1, 2009

Syukran ilaik, ya rabb



Alhamdulillah,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

alhamdulillah, ni'mat Allah datang tanpa dijangka, tidak disangka minggu lepas akan mendapat sebuah telefon bimbit yang baru malahan post-paid pula (bukan milik saya sepenuhnya) dan pada khamis yang lalu tidak dijangka akan mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan musabaqah kawasan Kuala Selangor. Semuanya datang dari Allah dan kepada Allah ia akan kembali, insya-Allah. Hanya sekadar pemakluman.

******

Baru-baru ini saya sering terfikir akan hak. Apakah hak kita kepada manusia, apakah hak kita kepada tuhan dan apakah hak mereka kepada kita. Apa yang dapat saya simpulkan, kita suka hak kita dipenuhi dan kita sukar untuk memenuhi hak orang lain. Memang agak sukar untuk memenuhi hak mereka. Setakat ini, apa yang saya faham adalah hak kita terhadap orang lain ialah menghormati mereka, memuliakan mereka denga cara yang betul.

Menghormati mereka. Rasanya tidak perlulah saya terangkan bagaimana ntuk kita menghormati orang lain kerana saya yakin setiap yang terbaca entri ini pasti boleh membayangkan sendiri. Tetapi apa yang perlu ditambah ialah ia tseiring dengan al-Quran dan al-Sunnah.

Apabila difikir dengan lebih jauh, bagaimana hak kita dengan tuhan, hak kita dengan Allah. Dan apa yang tercetus adalah kita melakukan setiap perkara, untuk menuju redhaNya dan cintaNya kerana cintaNya kekal dan tidak akan terputus selagi kita tidak terputus dengannya. Seperti yang dirawatkan dalam hadis, yang mafhumnya adalah Allah tidak akan berputus dengan hambaNya selagi hambaNya tidak berputus asa denganNya.

Lihatlah sendiri, bagaimana Allah benar-benar inginkan kebaikan dan keringanan buat kita. Menghadiahkan kepada kita Islam yang syumul dan cintaNya jika kita mensyukuri ni'mat ini dan bersungguh dalam memahami dan menghayati nikmat yang terbesar ini. Melakukan setiap benda untuk menggapai cintaNya dan menjauhi perkara yang dibenciNya. Semuanya sudah disiapkan dalam al-Quran dan al-Hadis hanya tinggal untuk dilaksanakan sahaja. Mungkin sampai disini sahaja.

Yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu dari saya sendiri. Wassalam.
*Sekiranya ada yang salah, minta2 tidak keberatan untuk membetulkan serta maaf kerana ayat-ayat tidak dapat disusun dengan baik.

No comments: