Thursday, March 26, 2009

Ikutlah Aku

(diambil dari sini)
Bismillahirrahmanirrahim
Sebelum apa-apa, saya ingin memberitahu tajuk diatas bukanlah bermaksud ikutlah penulis ini.

Beberapa hari yang lalu saya sudah mendapatkan entri ini didalam otak tetapi masih tidak berpeluang untuk menulis. Alhamdulillah jumpa juga masanya walaupun sebenarnya sangat terlambat.

Teringat beberapa perkara yang terjadi di sekolah, bukalah peristiwa besar cuma cuma sekadar perbualan bersama kawan-kawan. Seorang mengatakan ingin menjadi seperti tokoh ini dan itu dan seorang yang lain ingin menjadi seperti ini dan itu. Tetapi oleh kerana kekurangan ilmu dan juga kekurangan akhlak mulia, jadi saya hanya mendiamkan diri dan senyum sahaja.

Beberapa tempoh kemudian saya juga melihat tokoh itu dan ini agak bagus dalam suatu aspek jadi saya ikuti dan juga kurang beberapa aspek (siapa aku ni?) jadi saya curiga dan akhirnya terumbang-ambing sebentar. Lama juga mencari penyelesaian akhirnya teringatlah antara moto (betulkanlah) sebuah petubuhan, Ikhwanul Muslimin namanya. yang mengatakan :


Sangat-sangat menepati kehendak soalan. Alhamdulillah di atas ilham. Apabila mengimbas kembali sirah para sahabat, Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan yang lain semuanya menjadikan rasulullah sebagai contoh dalam kehidupan mereka. Namun kerana manusia ini diciptakan lain-lain setiap orang maka jadilah juga individu yang lain namun semuanya mengikut ar-Rasul. Dengan itu kita tidak akan sesat dan tidak pula terumbang-ambing.

Apabila kita mengikuti rasul, rasul bersabda, dengan mafhumnya "aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara yang dengan dua perkara ini kamu tidak akan sesat selamanya, al-Qur'an dan al-Sunnah".

قال تعالى:قل أن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله ويغفر لكم ذنوبكم

Apabila mengatakan tentang rasul ingin saya meminjam beberapa perenggan dari blog seorang abang/senior yang menerangkan beberapa peristiwa dalam kehidupan rasul. Sangat menarik.

Boleh saja kau minta pada Allah agar diberi keagungan dunia dan segala isinya, tapi kau tolak ...

Boleh saja kau minta pada Allah agar diazab saja kaum Taif, dengan darah di kepala dan kakimu akibat lontaran batu .. tapi kau maafkan ..

Boleh saja kau kumpul harta banyak-banyak dan beri alasan bahawa isteri dan keluargamu ramai .. tapi kau berdalih dan hanya memilih untuk tidur atas alas yang keras..

Boleh saja kau pilih untuk dihukum bunuh penjenayah musyrikin Mekah pada Fathu Makkah kerana kekejaman mereka sebelum ini .. tapi kau ampunkan ..

Boleh saja kau tolak permintaan orang muslimin untuk berperang di luar Madinah sewaktu perang Uhud .. tapi kau terima syura ..

Boleh sambung baca di sini.

Sampai sini sahajalah entri kali ini. Sekiranya ada kesalahan minta sangat-sangat untuk betulkan. Wallahu a'lam, wassalam. Allahumma Solli A'la Muhammad wa ahlihi wa sohbihi wa sallim taslima.

No comments: