Thursday, March 26, 2009

Wada'an

(diambil dari sini)

Bismillahirrahmanirrahim,

Sedar tidak sedar akhirnya khamis ini akan menjadi khamis terakhir untuk berada di rumah, tiga minggu sudah berlalu, sepantas kilat. Tetapi kilat lebih lambatlah, kan? Banyak benda yang dialui, dialami dan diambil iktibar. Allahu a'lam. Sedikit kronologi..

Musabaqah (13-16 Mac):

Petang itu sampai lambat ke Intekma (tempat penginapan sementara)kerana kami (abang Ude & Hikmat) bertolak selepas solat jumaat. Datang untuk pendaftaran dan cabutan undi. Kerana datang lambat jadi orang lain sudah cabutkan undi. Alhamdulillah dapat malam Isnin dan menjadi orang yang ke-5 untuk memperdengarkan bacaan.

Petang itu saya masuk ke apartmen yang ditetapkan, bilik 513.
blur lah

Malam itu ada persembahan nasyid dari kumpulan Hijjaz.
Muzik agak kuat tetapi layan sahajalah takkan nak tutup telinga kan? Serta ucapan perasmian oleh Tun Sri Dato' Khalid Ibrahim, MB Selangor. Malam itu ada dua peserta dari kategori 1-15 juz yang memperdengarkan bacaan. Merdu sungguh, kagum jugalah. Selepas itu pulang ke Intekma (pergi dan balik menaiki bas).

Malam itu bermesra-mesra sedikit dengan rakan se-apartmen. Yang masih dalam ingatan Amir-Wisma Hafiz, Elyas, Arif, Sobri, Nawawi (TTDI), dan lagi dua sudah lupa. Maaflah ya.

Dua malam berlalu dan akhirnya tiba giliran saya. Sangat menggerunkan, setiap peserta 1-15 juz akan mendapat 4 soalan. Apabila mendapat soalan pertama, masih boleh, soalan kedua, banyak sangkut, soalan ketiga, boleh tahan, saoalan keempat, sangkut sudah. Papa, Mama, Adak, Abg Ude, Aalaa' dan Imang turut melihat di MBSA. Alhamdulillah, dipermudahkan.

Hari Isnin, didalam jadual yang diberikan JAIS, tidak ada apa-apa aktiviti melainkan sarapan, makan tengahari, rehearsal, makan petang dan akhirnya penyampaian hadiah. Hari itu merupakan hari yang kosong tanpa aktiviti. Kebetulan pula ada seorang kawan dari Shah Alam mempelawa untuk keluar, jadi saya pun terimalah ajakannya. Saya pulang petang itu pada pukul 7.15. Masuk sahaja apartmen, semua sudah bersiap degan baju melayu, songkok dan sampin. Apalagi, bergegaslah ke bilik air.

Malam itu persembahan nasyid dibawa oleh Rabbani. Muziknya kuat juga, tetapi layan sahajalah takkan nak tutup telinga kan? Sewaktu itu kedudukan sudah disusun mengikut turutan, tidak surprise lah. Anti-climax punya JAIS. Kalau mengikut susunan, saya mendapat tempat ke-9 dari 9 orang wakil daerah. Alhamdulillah, dipermudahkan.

Hadiah disampaikan oleh sultan Selangor (tidak ingat nama). Apa hadiah? heh, nantilah.

Ujian Hafazan al-Qur'an (mengikut orang Selangor, Isbat namanya) -25 Mac :

Pada asalnya saya dipanggil untuk hadir pada 23 Mac, tetapi atas sebab tertentu saya terpaksa hadir pada 25 Mac. Disana berjumpa dengan beberapa pelajar al-Amin Gombak memakai baju kadet polis. Saya mendapat giliran ke-15 (orang terakhir). Sewaktu sedang menunggu giliran, saya rasa inilah waktu muhasabah paling efektif kerana sedang cuak. Memang bersifat manusia, apabila cuak baru nak ingat tuhan, cis.

Apabila orang yang mendapat giliran ke-10 masuk kedalam bilik ujian itu, saya ke musolla sebentar untuk melakukan solat asar berimamkan seorang pakcik. Selepas itu kembali ke tempat menunggu. Sudah bosan menunggu, saya pun pergilah beberorak dengan pakcik yang menjadi imam tadi. Dia hadir untuk menemani anaknya yang turut mengambil ujian tersebut, dan rupa-rupanya dia adalah bapa kepada adik Muhammad (yang baca quran sedap itu).

Akhirnya tibalah giliran saya. Saya masuk dengan jantung yang berdegup kencang. Sebelum soalan diajukan sempatlah berborak sedikit dengan juri-juri itu. Selesai berborak, soalan-soalan diajukan, sbahagian dapat sebahagian gagap. Alhamdulillah, dipermudahkan.

Panjang juga entri ini, huh, penat flashback. Banyak usaha JAIS dan MAIWP ini untuk me-refreshkan semula otak para penghafal al-Qur'an, terima kasih JAIS & MAIWP tetapi bagi para peserta niat kenalah mengikut syara'. Kalau tidak sia-sialah mengulang (termasuklah saya). Tetapi apabila dilihat kembali, rupa-rupanya al-Qur'an ini sangat luas kerana sebelum ini saya selalu baca juz 1-15. Tetapi apabila sudah meningkat, rasanya sangat luas al-Qur'an ini. Menarik juga. Fallahu khairul jaza' ala ma fa'altu (sila betulkan).

****************

Wassalam

No comments: