Sunday, September 14, 2008

Well Done..

Assalamualaikum,

Sedang bersantai sebentar melihat blog para sahabat yang sedang menikmati bi'ah di sekolah, saya menekan sebuah link yang membawa saya ke blog seorang ikhwah dan saya terjumpa sebuah video yang menjelaskan antara kesan-kesan daripada orang yang mengagungkan cara hidup bukan Islam..saya persembahkan video ini buat kalian pembaca dan dinasihatkan agar membuka mata hati..



Tidak perlu melihat sehingga habis melainkan perlu.. tetapi menurut saya, saya melihat disini bahawa ini bukanlah perkara yang patut dikatakan biasa kerana sesungguhnya perkara ini adalah sebuah kejayaan yang sangat besar bagi Yahudi. Saya rasa sekiranya yahudi melihat video di atas sudah pasti dia berbangga dan berterima kasih kepada ibubapanya kerana merekalah yang bertanggungjawab mencorak budak itu sedemikian rupa.

Cuba kita bayangkan pula apabila umurnya menjangkau 15? Umur remaja. Umur 'puncak'.

Kehebatan sesuatu kaum itu bergantung kepada pemudanya - Amru Khalid

Semoga Allah memberi hidayah kepada saya dan umat ini. Sesungguhnya impian yahudi untuk 'melesapkan' Islam semakin berjaya dengan wujudnya kerjasama diantara mereka yang mengelak daripada deen yang suci ini. Dengan kerjasama yang hebat ini, para penganut Islam 'Liberal' semakin membiak dan akhirnya perbezaan antara muslim dan kafir hilang sama sekali. Kerjasama ini lebih menguntungkan apabila anak-anak mereka, cucu-cucu mereka dan keturunan mereka semuanya adalah pengikut setia idealogi ini..clap hands for their hard works..

Tetapi, janji Allah

Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (manufik) daripada yang baik (beriman). Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar. (Ali-Imran:179)
Sesugguhnya Allah akan membela agama ini.. Sesungguhnya Allah memilih hamba-hambaNya yang suci untuk menjalankan misi yang suci ini. Dan yang akan terpilih adalah orang tetap teguh dan tidak segan sebagai 'Hamba Allah' yang sebenar serta mengajak orang lain ke arahNya..

(Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi Allah, demikian juga (sikap) malaikat yang sentiasa berdamping (dengan Allah). Dan sesiapa yang enggan dan angkuh daripada beribadat (menyembah dan memperhambakan diri) kepada Allah, serta ia berlaku sombong takbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya. (an-Nisa':172)
Semoga Allah memberi hidayah kepada saya dan kamu, pembaca.

Sekian sahaja..

Tomorrow is The Day (Part II)


(gimik)

Assalamualaikum, akhirnya diberi peluang untuk memuatkan entri baru yang sepatutnya ditulis 3 hari lepas. 10 haribulan- rehat2. 11 & 12- demam, 13- pengakhiran demam, 14- semakin sehat. Baiklah, seperti yang dperkatakan dalam entri sebelum ini, saya akan menceritakan tentang ujian itu dan mungkin beberapa pengisian yang diberikan di masjid asy-Syakirin.

Pada malam 9 September (Esoknya ujian)..
Pada malam itu (selepas menulis entri sebelum ini) saya berasa agak takut kerana memikirkan tentang soalan-soalan yang akan dilontarkan pada esok hari dalam keadaan seorang diri duduk dihadapan 3 orang juri dalam keadaan hanya lancar 18 juzuk dari 30 juzuk.

10 September (sudah tiba masanya)
Apabila tiba ke tempat menunggu giliran, staf yang bertugas menjaga pendaftaran memanggil saya untuk daftar dahulu. Senarai nama diberikan dan saya mencari nama saya untuk ditandatangani sebagai tanda kehadiran. Nama 'Hikmat Bin Mohd Esa' terjumpa dan disebelahnya tertulis '30 Juzuk'. Saya meminta untuk dikurangkan agar 20 juzuk sahaja tetapi staf itu berkata 'Takpe, ambik je 30, dalam nanti bile dah perikse baru kurangkan kalau tak sesuai'..lebih kurang begitulah. Nombor 10 ditulis sebagai nombor giliran dan saya terus pergi mencari tempat duduk.

Tidak sempat hendak bersusah-payah mencari tempat sudah jumpa tempat yang kosong diantara dua sahabat, seorang berkopiah putih dan seorang lagi memakai kopiah hitam (kopiah yang biasa dipakai oleh ahli Tabligh). Mereka seperti tidak berinteraksi jadi mungkin tidak mengapa duduk diantara mereka. Setelah duduk saya bersalaman bersama yang disebelah kiri dahulu, kelihatannya agak takut kerana mungkin kali pertama. Tangan dihulurkan oleh sahabat yang dikanan sebagai tanda memulai persahabatan. Dalam hati saya bermonolog 'Wah, susah mencari orang seperti ini..'

Yang berada di sebelah kanan bernama Muhammad Zaid bin Rosli yang bersekolah di Pahang, manakala yang duduk di sebelah kanan bernama Faiz bin Halim yang berskolah di Wisma Hafiz, Klang (agak dekat juga). Sewaktu menunggu, Faiz kelihatan agak cuak manakla Zaid masih tenang mengulang. Apabila melihat Zaid, teringat saudara Sya'rani yang telah berpindah kerana muka dan senyumannya memang sama. Dlama kesempatan itu, saya sempat berborak denga Zaid dan dia banyak menerangkan pasal sitem di sekolahnya. Di sekolahnya tidak mengajar pelajaran akademik dan menumpukan pelajarnya kepada pembelajaran agama.

Disekolahnya ada empat peringkat pembelajaran. 1-Hafiz 2-Syahadah 3-Alim 4-Maulana.
Setelah selesai berdialog, saya pergi menunaikan solat dhuha kerana tinggal 2 nombor lagi dan saya akan masuk. Apabila keluar dari musolla selesai solat Dhuha, Zaid menunggu dihadapan lif ditangannya memegang beg plastik MAIWP tanda sudah selesai dengan ujian. Saya sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Saya masuk kembali ke tempat menuggu dan menanyakan kepada staf itu 'Nombor berapa sekrang?' dia berkata '9'.

Nampaknya semakin dekat giliran saya. Agak menakutkan. Mama dan papa terus menerus memberi semangat dan alhamdulillah kurang cuak dan akhirnya nama saya disebut dan saya melangkah masuk kebilik mesyuarat MAIWP untuk diuji. Saya mengambil tempat duduk dan dihadapan saya tiga orang juri yang siap sedia untuk menguji. Sebelum mereka memberi soalan, mereka mempersoalkan dari mana saya bersekolah dan sebagainya. Nampaknya mereka mengenali Ustaz Shahar hasil daripada soal-menyoal itu.

al-Qur'an dibuka dan juri yang bertugas memberi soalan memulakan tugasnya. Soalan pertama diambil dari Juz 3 - Wa iz qala ibrahimu rabbi arini kaifa tuhyil mauta..
Saya dapat menjawab, alhamdulillah. Dan seterusnya berdas-das soalan diberi dan saya semakin tergagap. Apabila habis soalan yang diambil dari juz 18, juri itu bertanya, sekiranya diberikan soalan awal juz 22 - wa man yaqnut minkunna lillah.. boleh tak? Saya menjawab jujur tidak boleh. Dia bertanya lagi, 'Surah Luqman?' saya menjawab bahagian 'Wa iz qala luqmanu libnihi boleh lah..' Dia bertanya sekali lagi..surah Sajadah 'Qul yataffakum malakul mautillazi wukkila bikum?' Saya menjawab 'Insya-Allah, boleh kot. Dia surah saya baca dan Alhamdulillah dapat membaca dengan lancar.

Kemudian, soalan terakhir diberikan..saya berasa agak gembira dan agak cuak kerana takut mungkin ini soalan yang paling susah. Tetapi, soalannya berbunyi 'Baca awal surah al-Muddatthir..' senyuman terukir dan basmalah dibacakan tanda menjawab soalan..

bersambung

Tuesday, September 9, 2008

Tomorrow Is The Day (part 1)



Assalamualaikum,

Esok 10 September..ape ade?
1. The last day of 'Awwaluhu Rahmah'
2. The day of judgement (whether my memory & recitation is good or not)

Nampaknya esok adalah hari yang ditunggu..tapi, 30 juz yang dijadikan target nampaknya tidak menepati dengan usaha yang dilakukan.Setakat ini hanya 18 juz didalam kepala. Semoga Allah memudahkan urusan pada hari esok dan seterusnya. Semoga semakin mudah ingat dan mudah beramal.

Beberapa kisah (lagi) untuk dikongsikan sepanjang dua hari di masjid asy-Syakirin KLCC (selepas entri sebelum ini). Semalam (Isnin) adalah kali pertama sya ke masjid asy-Syakirin menaiki LRT dan alhamdulillah sampai dengan selamat. Didalam perjalanan sempat menghabiskan wirid al-Ma'thurat. Perkara biasa berlaku iaitu mengulang seperti biasa dan sehinggalah sampai waktu zohor..

Selepas azan, ramai bakal ahli jemaah bangkit mendirikan solat sunat termasuk saya (alhamdulillah masih diberi keinginan). Apabila sujud terakhir, salam diberikan dan setelah habis solat sunat saya menoleh kedepan dan mendapati sebuah tazkirah diadakan. Terfikir juga didalam otak 'Kreatif jugak diorang ni, azan pastu tazkirah. Orang kne denga jugak le sebab tunggu solat..'. Tazkirah berunsurkan ramadhan sempat saya mendengar separuh jalan sahaja kemudian saudah tidak sedar.

Pada hari ini perkara sama berlaku yakni tazkirah selepas azan. Tetapi pada kali ini dapat saya membuat perubahan dengan menyedarkan diri sepanjang tazkirah diberikan. Jadi disni ingin saya kongsikan beberapa isi yang diberikan ustaz tersebut.

1. Ramadhan itu tetamu kita, kalau tetamu datang hendaklah kita memuliakannya. Hadis-'Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya'.-Pertama kali saya mendengar pengisian seperti ini..

Insya-Allah, akan saya tambah lagi pada esok hari setelah selamat tiba di rumah. Sekian

Monday, September 8, 2008

Some Updates


(Diambil dari http://aik-art.deviantart.com/art/Heaven-flowers-34254307)

Assalamualaikum

alhamdulillah, baru selesai tuka theme sebab tadi imang cek2 rupa-rupanya my theme ngan auntie dayat sebijik..so terpakse la tuka~tapi takpe, bende kecik je. Alhamdulillah akhirnya connection internet sudah disambung semula telekom setelah 1 3/4 hari tanpa sambungan yang lebih membakar-bakar semangat. Biasalah, apabila nikmat ditarik baru nak tulis..

Dalam entri ini mungkin saya akan muatkan sekadar summary perkara-perkara yang dilalui semenjak kemaskini yang terbaru.

Yang pertama, syukur yang berlipat ganda kepada Allah kerana memudahkan urusan saya untuk bergaul dengan masyarakat (biasanya setelah selesai solat terawih) mereka senang untuk bergaul dengans aya dan saya juga senang untuk bergaul dengan mereka. Setakat ini, masih tidak sukar untuk bergaul dengan mereka seperti yang yang disangka sebelum ini..
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang)(al-Hujurat : 12)
Semoga ini adalah permulaan yang baik kepada pengakhiran yang baik..

Seterusnya, untuk pengetahuan pembaca baru-baru ini saya sudah memulakan penguzlahan sebentar ke Masjid asy-Syakirin yang bersebelahan dengan KLCC untuk mengulang Juz-juz yang telah lama dibiarkan(semoga dipermudahkan). Lepas solat Zohor, saya masih berada di sana untuk terus mengulang
(mengikut rancangan pagi-lepas asar) dan seperti biasa membaca al-Quran.. tiba-tiba seorang lelaki Shaharil namanya mungkin berketurunan Pakistan
datang bertanya saya, "Azan Asar pukul berapa?" lebih kurang begitulah~ saya menjawab "Lebih kurang pukul 4.30" dia berterima kasih dan beredar. Pada pukul 2.45, mata terlalu berat dan terpaksa mendarat sebentar.

Sepatutnya hanya 2-5 minit tetapi sedar-sedar jarum jam menujukkan 3.30. Saya bingkas bangun dan mengambil serta meneruskan bacaan. 4.20, Shaharil sudah berada di saf belakang imam (imam masih belum hadir) membaca al-Qur'an. Melihat jam, dia meletakkan al-Qur'an di rak dan masuk kedalam bilik muazzin. Beberapa minit kemudian, suara Shaharil kedengaran melaungkan azan menerusi speaker Masjid asy-Syakirin. Didalam hati saya kagum melihat tindakannya.

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Fussilat : 33)

Sekiranya sayalah yang berada disitu, biarpun jam menunjukkan pukul 4.40 mungkin saya tidak akan melakukan seperti yang dilakukan Shaharil. Melihat tindakan itu, teringat saya akan sebuah kata-kata yang tidak ingat dari mana datangnya.
Umat Islam kini telah dilatih untuk kebelakang dan menjadi pengecut..

Nampaknya sebuah teguran datang dari Tuhan yang maha Bijaksana..terima kasih Allah, terima kasih Shaharil.

Sebelum melangkah masuk Ramadhan, Kak Pah sudah melangkah keluar dahulu dari rumah ini kerana bebrapa masalah. Nampaknya banyak juga kerja-kerja rumah yang diberikan Allah dalam sekolah Ramadhan ini.. namun tidak mengapa kerana di sisi saya terdapat banyak tenaga yang suka rela membantu. Namun saya mengambil langkah untuk beruzlah terlebih dahulu.

Tetapi..dengarlah ceritanya dahulu..salah seorang sepupu saya kini sedang menetap di rumah ini. Didalam keadaan kekurangan tenaga & kerajinan, sepupu saya agak suka menolong di dapur meskipun dia adalah seorang tetamu..seperti sewaktu menyediakan juadah berbuka puasa petang tadi. Perkara ini terkadang membuat saya berasa malu sebagai tuan rumah. Setiap perkara telah disusun oleh Yang Maha Bijaksanana. Terima kasih Allah, terima kasih sepupu.

Ya Allah, kuatkanlah mujahadahku untuk terus tetap di dalam madrasah Ramadhan ini dan jadikanlah ia sebagai medan untuk ku berubah ke arah yang lebih baik~amin

Sekian.

Thursday, September 4, 2008

Selamat Mencorak Ramadhan

Apabila masuknya bulan Ramadhan, dibuka luas pintu syurga, tertutup rapat pintu neraka dan dibelenggulah syaitan-syaitan (Mafhum Hadis)
Alhamdulillah termakbul juga doa dan sampai juga ramadhan 1429 dan nampaknya pada tahun ini sekali lagi saya mendapat tugas menjawat jawatan sebagai 'Imam Terawih' di Surau al-Azim surau yang disayangi.

Anak Adam mempunyai 2 musuh dalam hidupnya yakni Hawa Nafsu dan Syaitan. Tetapi pada bulan Ramadhan, satu pihak diikat dan satu pihak lagi masih bebas. Kita boleh gambarkan sepertimana di zaman dahulu yakni ketika zaman Nabawiyah. Yakni ketika itu Islam sedang berkembang dan dihadapannya wujud dua kuasa besar dunia iaitu Parsi(perumpaan bagi Hawa Nafsu) dan Rom(Perumpaan bagi Syaitan) (situasi selain bulan ramadhan) dan mereka berdua bekerjasama menjatuhkan tamadun yang baru ini.

Dengan wujudnya dua penghalang jalan yang besar ini memang agak menyukarkan Islam untuk lebih berkembang. Tetapi kita boleh bayangkan suatu ketika yakni ketika itu kerajaan Rom akan diikat selama sebulan dan tinggal kerajaan Parsi berseorangan. Jadi sekiranya kita sebagai umat Islam didalam situasi ini, terus beridam diri bukan lah suatu perkara yang bijak dilakukan.Jadi tempoh sebulan yang diberi boleh digunakan untuk menyerang kerajaan Parsi bermati-matian!!

Baiklah tamat cerita~tempoh sebulan ini tidaklah lama, ia akan tetap berlalu pantas sebagaimana kita melalui bulan-bulan yang lain. Baiklah sekiranya berlalu kecurigaan mahupun kesangsian, bolehlah merujuk gambar-gambar dibawah agar lebih memahami perkara yang ingin disampaikan. Sekian~

Allah bertanya kepada nafsu, perkara apa yang boleh menghancurkan kau wahai nafsu? Nafsu menjawab "Aku boleh dilunturkan dengan puasa".
(Mafhum Hadis Qudsi)
Wallahu a'lam