Thursday, September 4, 2008

Selamat Mencorak Ramadhan

Apabila masuknya bulan Ramadhan, dibuka luas pintu syurga, tertutup rapat pintu neraka dan dibelenggulah syaitan-syaitan (Mafhum Hadis)
Alhamdulillah termakbul juga doa dan sampai juga ramadhan 1429 dan nampaknya pada tahun ini sekali lagi saya mendapat tugas menjawat jawatan sebagai 'Imam Terawih' di Surau al-Azim surau yang disayangi.

Anak Adam mempunyai 2 musuh dalam hidupnya yakni Hawa Nafsu dan Syaitan. Tetapi pada bulan Ramadhan, satu pihak diikat dan satu pihak lagi masih bebas. Kita boleh gambarkan sepertimana di zaman dahulu yakni ketika zaman Nabawiyah. Yakni ketika itu Islam sedang berkembang dan dihadapannya wujud dua kuasa besar dunia iaitu Parsi(perumpaan bagi Hawa Nafsu) dan Rom(Perumpaan bagi Syaitan) (situasi selain bulan ramadhan) dan mereka berdua bekerjasama menjatuhkan tamadun yang baru ini.

Dengan wujudnya dua penghalang jalan yang besar ini memang agak menyukarkan Islam untuk lebih berkembang. Tetapi kita boleh bayangkan suatu ketika yakni ketika itu kerajaan Rom akan diikat selama sebulan dan tinggal kerajaan Parsi berseorangan. Jadi sekiranya kita sebagai umat Islam didalam situasi ini, terus beridam diri bukan lah suatu perkara yang bijak dilakukan.Jadi tempoh sebulan yang diberi boleh digunakan untuk menyerang kerajaan Parsi bermati-matian!!

Baiklah tamat cerita~tempoh sebulan ini tidaklah lama, ia akan tetap berlalu pantas sebagaimana kita melalui bulan-bulan yang lain. Baiklah sekiranya berlalu kecurigaan mahupun kesangsian, bolehlah merujuk gambar-gambar dibawah agar lebih memahami perkara yang ingin disampaikan. Sekian~

Allah bertanya kepada nafsu, perkara apa yang boleh menghancurkan kau wahai nafsu? Nafsu menjawab "Aku boleh dilunturkan dengan puasa".
(Mafhum Hadis Qudsi)
Wallahu a'lam


No comments: