Monday, September 8, 2008

Some Updates


(Diambil dari http://aik-art.deviantart.com/art/Heaven-flowers-34254307)

Assalamualaikum

alhamdulillah, baru selesai tuka theme sebab tadi imang cek2 rupa-rupanya my theme ngan auntie dayat sebijik..so terpakse la tuka~tapi takpe, bende kecik je. Alhamdulillah akhirnya connection internet sudah disambung semula telekom setelah 1 3/4 hari tanpa sambungan yang lebih membakar-bakar semangat. Biasalah, apabila nikmat ditarik baru nak tulis..

Dalam entri ini mungkin saya akan muatkan sekadar summary perkara-perkara yang dilalui semenjak kemaskini yang terbaru.

Yang pertama, syukur yang berlipat ganda kepada Allah kerana memudahkan urusan saya untuk bergaul dengan masyarakat (biasanya setelah selesai solat terawih) mereka senang untuk bergaul dengans aya dan saya juga senang untuk bergaul dengan mereka. Setakat ini, masih tidak sukar untuk bergaul dengan mereka seperti yang yang disangka sebelum ini..
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang)(al-Hujurat : 12)
Semoga ini adalah permulaan yang baik kepada pengakhiran yang baik..

Seterusnya, untuk pengetahuan pembaca baru-baru ini saya sudah memulakan penguzlahan sebentar ke Masjid asy-Syakirin yang bersebelahan dengan KLCC untuk mengulang Juz-juz yang telah lama dibiarkan(semoga dipermudahkan). Lepas solat Zohor, saya masih berada di sana untuk terus mengulang
(mengikut rancangan pagi-lepas asar) dan seperti biasa membaca al-Quran.. tiba-tiba seorang lelaki Shaharil namanya mungkin berketurunan Pakistan
datang bertanya saya, "Azan Asar pukul berapa?" lebih kurang begitulah~ saya menjawab "Lebih kurang pukul 4.30" dia berterima kasih dan beredar. Pada pukul 2.45, mata terlalu berat dan terpaksa mendarat sebentar.

Sepatutnya hanya 2-5 minit tetapi sedar-sedar jarum jam menujukkan 3.30. Saya bingkas bangun dan mengambil serta meneruskan bacaan. 4.20, Shaharil sudah berada di saf belakang imam (imam masih belum hadir) membaca al-Qur'an. Melihat jam, dia meletakkan al-Qur'an di rak dan masuk kedalam bilik muazzin. Beberapa minit kemudian, suara Shaharil kedengaran melaungkan azan menerusi speaker Masjid asy-Syakirin. Didalam hati saya kagum melihat tindakannya.

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Fussilat : 33)

Sekiranya sayalah yang berada disitu, biarpun jam menunjukkan pukul 4.40 mungkin saya tidak akan melakukan seperti yang dilakukan Shaharil. Melihat tindakan itu, teringat saya akan sebuah kata-kata yang tidak ingat dari mana datangnya.
Umat Islam kini telah dilatih untuk kebelakang dan menjadi pengecut..

Nampaknya sebuah teguran datang dari Tuhan yang maha Bijaksana..terima kasih Allah, terima kasih Shaharil.

Sebelum melangkah masuk Ramadhan, Kak Pah sudah melangkah keluar dahulu dari rumah ini kerana bebrapa masalah. Nampaknya banyak juga kerja-kerja rumah yang diberikan Allah dalam sekolah Ramadhan ini.. namun tidak mengapa kerana di sisi saya terdapat banyak tenaga yang suka rela membantu. Namun saya mengambil langkah untuk beruzlah terlebih dahulu.

Tetapi..dengarlah ceritanya dahulu..salah seorang sepupu saya kini sedang menetap di rumah ini. Didalam keadaan kekurangan tenaga & kerajinan, sepupu saya agak suka menolong di dapur meskipun dia adalah seorang tetamu..seperti sewaktu menyediakan juadah berbuka puasa petang tadi. Perkara ini terkadang membuat saya berasa malu sebagai tuan rumah. Setiap perkara telah disusun oleh Yang Maha Bijaksanana. Terima kasih Allah, terima kasih sepupu.

Ya Allah, kuatkanlah mujahadahku untuk terus tetap di dalam madrasah Ramadhan ini dan jadikanlah ia sebagai medan untuk ku berubah ke arah yang lebih baik~amin

Sekian.

No comments: