Sunday, September 14, 2008

Tomorrow is The Day (Part II)


(gimik)

Assalamualaikum, akhirnya diberi peluang untuk memuatkan entri baru yang sepatutnya ditulis 3 hari lepas. 10 haribulan- rehat2. 11 & 12- demam, 13- pengakhiran demam, 14- semakin sehat. Baiklah, seperti yang dperkatakan dalam entri sebelum ini, saya akan menceritakan tentang ujian itu dan mungkin beberapa pengisian yang diberikan di masjid asy-Syakirin.

Pada malam 9 September (Esoknya ujian)..
Pada malam itu (selepas menulis entri sebelum ini) saya berasa agak takut kerana memikirkan tentang soalan-soalan yang akan dilontarkan pada esok hari dalam keadaan seorang diri duduk dihadapan 3 orang juri dalam keadaan hanya lancar 18 juzuk dari 30 juzuk.

10 September (sudah tiba masanya)
Apabila tiba ke tempat menunggu giliran, staf yang bertugas menjaga pendaftaran memanggil saya untuk daftar dahulu. Senarai nama diberikan dan saya mencari nama saya untuk ditandatangani sebagai tanda kehadiran. Nama 'Hikmat Bin Mohd Esa' terjumpa dan disebelahnya tertulis '30 Juzuk'. Saya meminta untuk dikurangkan agar 20 juzuk sahaja tetapi staf itu berkata 'Takpe, ambik je 30, dalam nanti bile dah perikse baru kurangkan kalau tak sesuai'..lebih kurang begitulah. Nombor 10 ditulis sebagai nombor giliran dan saya terus pergi mencari tempat duduk.

Tidak sempat hendak bersusah-payah mencari tempat sudah jumpa tempat yang kosong diantara dua sahabat, seorang berkopiah putih dan seorang lagi memakai kopiah hitam (kopiah yang biasa dipakai oleh ahli Tabligh). Mereka seperti tidak berinteraksi jadi mungkin tidak mengapa duduk diantara mereka. Setelah duduk saya bersalaman bersama yang disebelah kiri dahulu, kelihatannya agak takut kerana mungkin kali pertama. Tangan dihulurkan oleh sahabat yang dikanan sebagai tanda memulai persahabatan. Dalam hati saya bermonolog 'Wah, susah mencari orang seperti ini..'

Yang berada di sebelah kanan bernama Muhammad Zaid bin Rosli yang bersekolah di Pahang, manakala yang duduk di sebelah kanan bernama Faiz bin Halim yang berskolah di Wisma Hafiz, Klang (agak dekat juga). Sewaktu menunggu, Faiz kelihatan agak cuak manakla Zaid masih tenang mengulang. Apabila melihat Zaid, teringat saudara Sya'rani yang telah berpindah kerana muka dan senyumannya memang sama. Dlama kesempatan itu, saya sempat berborak denga Zaid dan dia banyak menerangkan pasal sitem di sekolahnya. Di sekolahnya tidak mengajar pelajaran akademik dan menumpukan pelajarnya kepada pembelajaran agama.

Disekolahnya ada empat peringkat pembelajaran. 1-Hafiz 2-Syahadah 3-Alim 4-Maulana.
Setelah selesai berdialog, saya pergi menunaikan solat dhuha kerana tinggal 2 nombor lagi dan saya akan masuk. Apabila keluar dari musolla selesai solat Dhuha, Zaid menunggu dihadapan lif ditangannya memegang beg plastik MAIWP tanda sudah selesai dengan ujian. Saya sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Saya masuk kembali ke tempat menuggu dan menanyakan kepada staf itu 'Nombor berapa sekrang?' dia berkata '9'.

Nampaknya semakin dekat giliran saya. Agak menakutkan. Mama dan papa terus menerus memberi semangat dan alhamdulillah kurang cuak dan akhirnya nama saya disebut dan saya melangkah masuk kebilik mesyuarat MAIWP untuk diuji. Saya mengambil tempat duduk dan dihadapan saya tiga orang juri yang siap sedia untuk menguji. Sebelum mereka memberi soalan, mereka mempersoalkan dari mana saya bersekolah dan sebagainya. Nampaknya mereka mengenali Ustaz Shahar hasil daripada soal-menyoal itu.

al-Qur'an dibuka dan juri yang bertugas memberi soalan memulakan tugasnya. Soalan pertama diambil dari Juz 3 - Wa iz qala ibrahimu rabbi arini kaifa tuhyil mauta..
Saya dapat menjawab, alhamdulillah. Dan seterusnya berdas-das soalan diberi dan saya semakin tergagap. Apabila habis soalan yang diambil dari juz 18, juri itu bertanya, sekiranya diberikan soalan awal juz 22 - wa man yaqnut minkunna lillah.. boleh tak? Saya menjawab jujur tidak boleh. Dia bertanya lagi, 'Surah Luqman?' saya menjawab bahagian 'Wa iz qala luqmanu libnihi boleh lah..' Dia bertanya sekali lagi..surah Sajadah 'Qul yataffakum malakul mautillazi wukkila bikum?' Saya menjawab 'Insya-Allah, boleh kot. Dia surah saya baca dan Alhamdulillah dapat membaca dengan lancar.

Kemudian, soalan terakhir diberikan..saya berasa agak gembira dan agak cuak kerana takut mungkin ini soalan yang paling susah. Tetapi, soalannya berbunyi 'Baca awal surah al-Muddatthir..' senyuman terukir dan basmalah dibacakan tanda menjawab soalan..

bersambung

No comments: