Wednesday, November 19, 2008

Sumber Inspirasi

asy-Syahid Sayyid Qutb

Amru Khaled

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah. Insya-Allah, entri kali ini mungkin tidak terlalu banyak penulisan hanya sedikit saranan bagi yang mempunyai banyak masa yang lapang.

Baru-baru ini, saya sudah memulakan perjalanan pengajian kitab 'Tafsir Fi Zhilalil Qur'an' (Tafsir dalam bayangan al-Qur'an) di pejabat 'Usrahlite Engineering'. Pada asalnya saya berniat untuk melarikan diri dari menjaga anak-anak saudara yang kini sedang bercuti tetapi syarat yang diletakkan papa untuk ke pejabat adalah dengan berbuku maka saya pergi mencari sebentar buku yang menarik dan inilah hasilnya.

Setakat yang telah saya baca, kehidupan di bawah bayangan al-Qur'an yang digambarkan asy-Syahid memang menarik minat saya (boleh rujuk sendiri dalam jilid 1..he he) dan memang sangat seronok kerana dapat mendalami lagi ayat-ayat alqur'an yang kita baca setiap hari. Dan ia membawa saya untuk berfikir secara syumul. Untuk penghayatan yang lebih mendalam, anda boleh rujuk sendiri kitab ini. Memang worth it la..secara mudah.

Apa yang saya sedar penghayatan al-Qur'an dalam asy-Syahid ini bukanlah suatu perkara yang biasa kerana dia boleh menjadikan orang yang membaca tulisannya berfikir 'Bagaimana dia boleh berfikir sebegini?'. Menarik bukan? he he..

Pada minggu sebelumnya, syukur saya berjaya memberikan sedikit masa kepada video ceramah Amru Khaled (boleh rujuk pada entri sebelum ini 'Asma Allahil Husna') dan ia memang tidak merugikan pada pandangan saya.

Jadi sekiranya anda mempunyai masa yang lapang, saya sarankan agar anda melakukan perkara di atas. Insya-Allah bermanfaat.

Dua mingu akan datang mungkin saya akan ghaib sebentar untuk muraja'ah al-Qur'an sebentar di Ma'had Hira' dengan harapan agar muraja'ah kali ini bukanlah seperti muraja'ah yang biasa.

sekian sahaja,
wassalam

Friday, November 14, 2008

Asma' Allahil Husna

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

alhamdulillah, berjaya juga untuk menulis entri terbaru untuk dimuatkan kedalam blog yang usang ini. Beberapa hari yang lalu, saya telah melawat blog seorang kerabat. Di blognya telah dimuatkan sebuah link yang dimana akhirnya saya berpeluang untuk melihat wajah seorang yang agak terkenal. Amru Khaled.

Anda juga boleh melihatnya di sini.

Tetapi, apa kaitannya? Jika anda membuka link tersebut, anda akan dapat menonton sebuah program tv yang diberi nama 'Bismika Nahya' (ala-ala 'tazkirah pagi' kt tv1). Sungguh menarik hati melihat beliau memberi ceramah. Bersemangat, dan kadang-kadang agak mencuit hati melihat gelagatnya. Dan sebagai penutup rancangan, beliau akan membaca do'a yang menyayat hati dan kamera kadang-kadang akan fokuskan kepada orang-orang yang menangis. heh..
Amru Khaled. Diambil dari amrkhaled.net

Nampaknya ia boleh menjadi saingan kepada ESQ tetapi bezanya adalah rancangan ini percuma.
Gurau sahaja. Insya-Allah keduanya membawa tugas yang sama, memberi kesedaran tentang asma' Allahul Husna. Dan yang seronoknya, rancangan ini (Bismika Nahya) menyediakan subtitle dan mudah difahami. Jadi, sekiranya ada masa-masa kosong, silakan menonton.

Sekian sahaja untuk hari ini. Oh, terlupa. Pagi tadi telah dilancarkan majlis ihtifal Tadika Nurul Iman yang telah dirasmikan oleh papa. Ucapannya penuh semangat serta penuh berisi, baru saya sedari. Sungguh lain mendengarnya sewaktu sekolah rendah berbanding sewaktu sekolah menengah. Semoga papa dirahmati Allah selalu. Persembahan storytelling Aiman Hakimie adalah yang paling berbeza kerana beliau sungguh bersemangat dan berjaya mengalahkan keseganannya, jadi saya sebagai pakciknya turut menumpang bangga. heh..

sekian sahaja, wassalam.
Papa memberi ucapan perasmian

Aiman Hakimie, story telling

Lakonan drama dari pelajar-pelajar tadika

Thursday, November 13, 2008

Cuti ini

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

alhamdulillah, tamat sudah silibus pelajaran akademik tingkatan dua dan akan melangkah ke tingkatan tiga tidak berapa lama sahaja lagi. Peperiksaan akademik baru-baru ini nampaknya tidaklah semudah yang dijangka. Apabila dikatakan susah maka orang yang mendengar akan menjawab,

"tula..sape suroh jadik imam.."

Tetapi peperiksaan akademik sudah berlalu dan kini peperiksaan yang lain sedang berlangsung. Peperiksaan akhir tahun. Semoga tetap komit dan tetap tsabat saya doakan kepada para pembaca blog. Serta selalulah doakan saya

Rencana membeli komputer terpaksa ditangguhkan hingga akhir bulan kerana MAIWP mungkin mempunyai masalah dalam menjalankan tugas. Semoga dipermudahkan urusan-urusan mereka.

Pagi tadi, sedang saya bersantai mendengar alunan suara Da'i Nada, tiba-tiba hati saya tergerak berbasikal di kawasan perumahan yang belum saya lalui semuanya semenjak saya tinggal di taman keramat ini. Sangat menyegarkan berbasikal di pagi hari serta mendengar instrument(takde kaitan). Tetapi niat itulah penentu suatu perkara itu adat atau ibadat. Jangan lupa.

Nampaknya, mungkin itu sahaja yang boleh dikongsikan buat masa terdekat ini. Sekian, wassalam. Ikhlaskan niat.

-Penulisan novel-masih pada tahap berangan.