Wednesday, November 19, 2008

Sumber Inspirasi

asy-Syahid Sayyid Qutb

Amru Khaled

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah. Insya-Allah, entri kali ini mungkin tidak terlalu banyak penulisan hanya sedikit saranan bagi yang mempunyai banyak masa yang lapang.

Baru-baru ini, saya sudah memulakan perjalanan pengajian kitab 'Tafsir Fi Zhilalil Qur'an' (Tafsir dalam bayangan al-Qur'an) di pejabat 'Usrahlite Engineering'. Pada asalnya saya berniat untuk melarikan diri dari menjaga anak-anak saudara yang kini sedang bercuti tetapi syarat yang diletakkan papa untuk ke pejabat adalah dengan berbuku maka saya pergi mencari sebentar buku yang menarik dan inilah hasilnya.

Setakat yang telah saya baca, kehidupan di bawah bayangan al-Qur'an yang digambarkan asy-Syahid memang menarik minat saya (boleh rujuk sendiri dalam jilid 1..he he) dan memang sangat seronok kerana dapat mendalami lagi ayat-ayat alqur'an yang kita baca setiap hari. Dan ia membawa saya untuk berfikir secara syumul. Untuk penghayatan yang lebih mendalam, anda boleh rujuk sendiri kitab ini. Memang worth it la..secara mudah.

Apa yang saya sedar penghayatan al-Qur'an dalam asy-Syahid ini bukanlah suatu perkara yang biasa kerana dia boleh menjadikan orang yang membaca tulisannya berfikir 'Bagaimana dia boleh berfikir sebegini?'. Menarik bukan? he he..

Pada minggu sebelumnya, syukur saya berjaya memberikan sedikit masa kepada video ceramah Amru Khaled (boleh rujuk pada entri sebelum ini 'Asma Allahil Husna') dan ia memang tidak merugikan pada pandangan saya.

Jadi sekiranya anda mempunyai masa yang lapang, saya sarankan agar anda melakukan perkara di atas. Insya-Allah bermanfaat.

Dua mingu akan datang mungkin saya akan ghaib sebentar untuk muraja'ah al-Qur'an sebentar di Ma'had Hira' dengan harapan agar muraja'ah kali ini bukanlah seperti muraja'ah yang biasa.

sekian sahaja,
wassalam

No comments: