Friday, January 30, 2009

Fitrah Insaniyah

 (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah.(Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (Surah Rum :30)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum, apa khabar? Allah merahmatimu, insyaAllah.

Kemungkinan anda berasa sedikit pelik dengan kewujudan kiriman terbaru pada hari ini, hari yang sepatutnya saya berada di sekolah. Namun, atas beberapa sebab cuti ini terpaksa diteruskan. Wallahu khairul maakirin.

Pagi tadi seperti biasa saya akan melayari internet dan singgah sebentar ke blog yang menarik. Akhirnya sampailah saya ke blog alak yang terkandung sebuah kiriman yang agak menarik perhatian. Baiklah, sedikit sedutan.

A letter from a Christian to Muslim women

March 7th, 2007

By Joanna Francis
Writer, Journalist - USA
menarik bukan? mari teruskan..

But I can’t help but admire your strength, your beauty, your modesty, and most of all, your happiness.

Yes, it’s strange, but it occurred to me that even under constant bombardment, you still seemed happier than we are, because you were still living the natural lives of women. The way women have always lived since the beginning of time. It used to be that way in the West until the 1960s, when we were bombarded by the same enemy. Only we were not bombarded with actual munitions, but with subtle trickery and moral corruption.


Boleh sambung bacaan di sini.
Setelah saya tamat membacanya buat kali pertama, antara sangkaan yang timbul adalah mungkin ianya dicipta oleh orang lain dan mungkin juga Joanna Francis itu sendiri tidak wujud. Oleh kerana saya sendiri berminat dengan perkara ini, saya melawat encik Google dan bertanya tentang Joanna Francis.
Rupa-rupanya beliau adalah seorang yang betul dan hidup. Apa yang diberitahu encik Google bertepatan dengan apa yang tercatat dalam quote di atas, Joanna Francis adalah orang menghormati perempuan-perempuan Islam, khususnya di Amerika. Berikut adalah sedutan dari sebuah temujanji dengan beliau ;

Q7. Most people today see the West namely United States as modern and free and many Muslims urge Muslim women to adapt their ways…what would you say to those people?

I would strongly encourage Muslim women to continue to wear hijab. They can be modern in the sense that they attend university and have careers, but the moment they become seduced into losing their modesty, the evil ones have already started to win them over. At first it seems innocent enough. Just dress a little bit more revealingly and be more like women in the West. Then they will start to seduce you more and more with the idea of loosening your sexual morality, then comes abortion and promiscuity. All of this leads to misery for women. Women are safest and happiest when they dress modestly and keep their sexuality only for their husbands.

(boleh teruskan membaca di sini)

Beliau adalah seorang yang beragama Kristian Katolik, beliau adalah seorang yang mencari kebenaran dan boleh dikatakan beliau adalah seorang yang tersedar. Namun mungkin hidayah Allah masih belum tiba dan beliau masih tetap dengan agamanya, Kristian Katolik.

Apa yang hendak saya utarakan disini ialah walaupun beliau bukanlah seorang yang beragama Islam, ia tidak menghalangnya mencari kebenaran kerana dia menyelami hatinya dan memahami bagaiman fitrah sebanar manusia yang inginkan kebaikan dan kebenaran. 

 (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu (surah rum :30)
Allah telah menyatakan bahawa manusia diciptakan dengan satu fitrah yang sama, yang inginkan kebaikan dan kebenaran. Asalkan manusia memahami dan berpegang teguh dengan fitrah itu, maka mereka akan menemui kebenaran yang hakiki. Tetapi tidak semua manusia sedar dan ada juga yang tersedar sebentar kemudian buat-buat tidak sedar.
Sekiranya mereka tahu (mungkin kita juga) bahawa mereka sedang berada didalam sebuah bangunan yang sedang terbakar seperti yang digambarkan Syeikh Mustafa Masyhur, insya-Allah mereka tidak berani untuk tidak sedar. Sekadar peringatan buat diri sendiri. Wallahu a'lam.

No comments: