Wednesday, January 28, 2009

Iftah!




Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

(Entri ini panjang)

Apa khabar? Sihat?
Alhamdulillah akhirnya berpeluang semula menulis kiriman yang pertama untuk tahun 2009, tahun bertuah ini. Berkali-kali hati ini hendak menulis di laman usang ini tetapi nampaknya semangat yang lemah ketika itu tidak mengizinkan melakukan sedemikian rupa. Dan akhirnya berbekalkan sedikit kemahuan dan semangat maka berjayalah penulisan pertama buat tahun 2009 ini. (كفى-كفى).

Tidak tahu hendak bermula dari mana. Jadi saya mulakan dengan perjalanan di Hira', sekolah yang tua.

Saya pulang ke sekolah awal sehari demi memenuhi permohonan Setiausaha Badan Kebajikan Pelajar (BKP) untuk mengemas sekolah. Saya tiba ke sekolah pada hari Jumaat 2 Januari malam Sabtu dengan membawa sedikit barangan keperluan dan bakinya akan dibawa papa pada hari Ahad sewaktu pendaftaran. Sedikit sahaja yang hadir awal ke sekolah. Jauh daripada sangkaan asal iaitu semua BKP akan turun padang, namun alang-alang menyeluk pekasam....

Keesokan hari, proses berkemas sudah bermula dan muallimah Asiah turut serta, jelas tertonjol sifat keibuan pada dirinya dalam setengah hari bersama muallimah. Bilangan pelajar SMIH yang datang awal hanya beberapa, tetapi alhamdulillah dengan pertolongan Allah dan pelajar-pelajar tahun pertama ma'had (kini tahun kedua) banyak kerja-kerja susah dapat dipermudahkan tambahan lagi dengan beberapa senior serta rakan setingkatan yang datang menolong, sangat-sangat dipermudahkan. Alhamdulillah.

Hari Ahad, pelajar-pelajar yang baru dan lama memasuki hira' berbondong-bondong maka hilanglah kesepian yang saya bersama sahabat-sahabat rasai semalam dan bingitlah ia dengan suara kereta yang memarkir serta suara-suara orang berborak. Saya agak merindui suasana yang telah ditinggal dua bulan yang lalu. Hari itu, banyak muka yang dikenal hadir mendaftar dan tidak lupa juga yang tidak hadir mendaftar ke sekolah ini. Tahun 2009 ini, saya menduduki kelas 3 Ibnu Munzir serta Dorm Khalid al-Walid.

Hari-hari seterusnya berpakaian serba hijau ke musolla saya tuju untuk menghadiri beberapa slot yang telah diatur pihak sekolah untuk pelajar baru dan tidak lupa juga pelajar lama. Antaranya ialah pembaharuan jadual harian dan sebagainya. Akhirnya :-

1) Waktu persekolahan :
Rehat pada pukul 11.00-11.20
Solat Zuhur awal waktu
masuk kelas semula pada pukul 2.35-3.45

2) Waktu malam
Makan malam pada pukul 6.45pm
Prep sejenak selepas menunaikan solat sunat rawatib ba'diah maghrib - 10.30 (tazkirah isnin & jumaat ditiadakan setakat ini)

3)Hari minggu
Pagi ahad hanya diadakan tazkirah untuk mengejar waktu inspection (8.15am)
Inspection ahad hanya dilakukan oleh ketua warden, muallim Shaharuddin berseorangan

Apabila mendengar pengumuman dan perubahan tersebut, hati ini agak berat menerima tetapi semua itu telah ditetapkan. Seorang senior berkata, inilah hasil apa yang kita usahakan tahun lepas dan sebelumnya. Berbaloi bukan? heh~

Pada awalnya memang agak susah untuk membiasakan diri namun, lama-kelamaan terbiasa juga.

Minggu seterusnya, berlaku perubahan kepada pihak nuqaba'. Banyak nuqaba' ditukar menjadi anak buah terutama yang berada di tingkatan 3 tahun ini. Yang tinggal hanyalah tingkatan 4&5. Itupun hanya 16 orang (kalau tidak silap). Serta banyak lagi perubahan dari segi penyusunan usrah dan sebagainya..

Setelah melihat senarai usrah, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menetapkan segalanya yang terbaik untukku. Terasa berat hati ini menerima namun semuanya telah ditetapkan. Pelajar tingkatan 3 keatas akan mendapat pakcik-pakcik serta muallim-muallim sebagai naqib.

فلك الحمد على ما قضيت

Semua berjalan seperti biasa. Apabila perayaan Tahun Baru China semakin menghampiri, keinginan untuk pulang ke rumah semakin meninggi. Tetapi sebuah dinding diletakkan di hadapan untuk terus maju menuju cuti, saya ditugaskan menjadi fasilitator untuk PKT (perkhemahan tahunan) Form 1.

Dipendekkan cerita, perkhemahan ini agak kelam-kabut sedikit dan kurang terurus namun semuanya berlalu dengan baik. Kami (para fasi) kali ini agak tersilau dengan night walk..heh

Akhirnya perkhemahan ditutup dan akhirnya berjaya sampai ke rumah dengan selamat. Malam itu diadakan BBQ keluarga sempenan menyambut hari jadi adak, abg. ude dan juga Amar Hakimie. Kipas kaki yang diperlukan untuk menghidupkan bara telah hilang tanpa kesan tetapi vara tetap bisa didhidupkan dengan idea kreatif pakcik Khairuddin(turut hadir bersama keluarga) yakni dengan menggunakan vakuum (pelik tapi benar!).

Ayam-ayam dan daging yang di-BBQ semuanya habis kerana demand yang banyak. Alhamdulillah. Tidak sia-sia saya menjadi pengipas dan abg. Ude menjadi pem-BBQ. (gambar akan dimuat turun nanti)

Pagi esoknya, kami semua (keluarga saya, kaluarga pakcik Khairuddin dan juga Mak Cik Icah & anak-anak) bersarapan bersama. Banyak topik dibualkan dan dibincangkan. Setelah habis bersarapan, ramai yang kembali ke urusan masing-masing, bermain bersama dan sebagainya melainkan papa dan pakcik Khairuddin yang masih berborak di meja makan. Saya turut bersama memarkir telinga di situ.

Banyak perkara dan pengalaman yang dikongsi mereka dan beberapa soalan diajukan dan akhirnya sedar-sedar sudah pukul 11.30am. Kali pertama mengikuti perbincangan pakcik-pakcik dan tidak bosan. heh~

Nampaknya entri kali ini merupakan entri yang terpanjang pernah saya tulis jadi insya-Allah sampai sini sahaja. Folio TI pun masih belum disiapkan. Ma'assalamah

No comments: