Tuesday, June 15, 2010

Dengan Ilmu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullah. Apa khabar? Sihat? Kini saya sedang berada di luar negeri, sekali sekala merasa perasaan seorang perantau. Heh.

Baru-baru ini ada seorang syeikh kongsi bersama pengalaman dan pemahamannya dalam dakwah dan tarbiyah yang beliau lalui semenjak tahun 1975 di bumi Anbiya'.

Hasil daripada sedikit borak dan bincang dengannya, saya memahami bahawa kita menetapkan sesuatu dan berpegang dengan suatu pemikiran mestilah berhujah, berpendirian dan bersebab yang munasabah. Senang cerita, yang hanya taqlid buta sukar untuk diharapkan bila waktu benar-benar memerlukan.

Islam menuntut kita untuk berfikir dan orang yang berfikir itulah orang yang alim. Seperti yang kita sedia maklum, orang alim ini mempunyai martabat yang 'special' di sisi Allah.

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (surah fathir : 28)

Natijah orang berilmu itu taqwa jika mereka berteguh dengan prinsip penuntut ilmu sebagaimana yang telah diterapkan ibnu qayyim, ibnu taimiyah, imam syafi'e, imam ghazali dan sebagainya.

Tetapi itu natijah para talabal ilm berabad dahulu. Namun setelah masa berlalu dimana dengan penyusunan Allah kini kekuasaan dilebihkan kepada barat dan ia turut menjejaskan sistem pembelajaran yang asli.

Natijah para talibal ilm abad 20 ini yang mengikuti silibus yang ditetapkan di sekolah, universiti dan lain-lain, mereka akan menjadi alim tetapi bukanlah mujahid. Jadi tak hairanlah kalau alumnus al-azhar tak mampu untuk memberi tazkirah walaupun setakat 5 minit.

Generasi sebelum kita dahulunya, yang alim itu mujahid dan kadang-kadang mujtahid. Mereka tidak dipisahkan daripada Islam yang syumul dimana didalamnya Ada ilmu, didalamnya ada sosial, didalamnya ada politik, ibadah, muamalat dan sebagainya. Contohnya imam ibnu taimiyah sendiri adalah imam mujaddid di eranya, imam syafi'e dan lain-lain.

Apa yang kurang pada sistem pendidikan hari ini ialah pendidikan 'tarbawi' dan ia memang sukar dijumpa dalam mana-mana silibus melainkan dengan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti yang membina iman dan fikrah Islam.

Kata beliau, kalau dah ada peluang untuk terlibat dari awal, libatkanlah kerana kalau dah terlambat, masalah jadinya.

*******************

Sekarang masih di Darul Makmur dan akan terus ke Terengganu menyertai Karnival Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM) yang akan diadakan di Terengganu.

Sekiranya ada sebarang kekurangan dalam penulisan ini, saya meminta maaf kerana kekurangan saya sendiri. Apa yang saya harapkan hanyalah kebaikan. Sekian, wassalam.


- Posted using BlogPress

2 comments:

Naaiemah said...

i miss my besfren.

i mean, my ip*d.

Syamil Esa said...

Salam.

Ulama' dulu hebat sebab ilmunya dan taqwanya selari. Ilmunya bertambah kerana taqwanya, dan taqwanya bertambah kerana ilmunya.

Pelajar ilmu agama sekarang kurang mengancam sebab ada di kalangan mereka tak selari kedua-dua nya. Ada ilmu tapi tak bertaqwa, jadilah orang yg 'lebai lidah' nya tapi hatinya penuh berpenyakit.

Atau taqwanya tidak membawanya kepada ilmu. Maka ia suatu bentuk kecacatan. Kerana taqwanya itu tidak menghasilkan buah.

Maka kedua-duanya perlu selari. Taqwa itu adalah natijah tarbiyah zatiyah dalam mujahadah diri. Ia terhasil dari dalaman.

Ilmu itu adalah lebih kepada bentuk kasb atau usaha utk mencari ilmu dengan daya dan usaha, dan terhasil daripada sumber luaran.

Islam itu sangat sempurna, dan sangat seimbang.

Sekiranya kita mahu bawa islam yang sebenar, kita kena seimbang sepertimana seimbangnya Islam.

Alhamdulillah.. Yang telah menjadikan kita Muslimin.

Wsalam.