Tuesday, December 21, 2010

Seperti Kawanan Helang





Salam,

Apa khabar? Saya alhamdulillah sihat-sihat sahaja, cuma blog ini nampak agak usang sikit kerana sudah berbulan lama tidak dikemas dan dicuci. Azam yang saya letakkan di ambang cuti akhir tahun ini nampaknya kurang berjaya. Walaupun cuti ini berlalu dengan pantas seakan sekelip mata atau dalam bahasa arab '(كلمح البصر)-sekelip mata' namun peluang yang ada tak sepatutnya disiakan. Secara singkatnya, semoga anda berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا الرَّحْمَٰنُ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Mulk :19)

Setelah melalui cuti ini yang bagi saya agak panjang, saya sedar yang saya perlukan sebuah tempat untuk kongsikan apa yang didalam kepala supaya saya jugak akan mendapat manfaat ketika umur saya semakin meningkat tua. Sekiranya para pembaca mendapat manfaat juga, alhamdulillah.

Kita sering melihat burung-burung yang terbang beramai-ramai, tiada apa yang dapat menghalang mereka kecuali kuasa Allah. Dan kita juga mungkin pernah melihat samada di kaca mata TV atau mata sendiri helang yang berterbangan di awangan dengan penuh kegagahan, tiada yang dapat menghalang mereka kecuali kuasa Allah. Apa yang dapat kita manfaatkan daripada pemandangan indah itu?

Saya pernah terbaca, hati kita ini ibarat burung, kalau ia terbang tinggi maka ia akan selamat daripada ancaman-ancaman musuh dan dalam konteks ini tarikan nafsu dan ma'siat. Dan burung itu akan selamat jika ia terbang dalam kumpulan, ia bersama dengan rakan-rakan.

Saya pernah dipesan agar hati ini terus terbangkan ia setingginya. Apabila ia terbang tinggi, ia tidak akan mempedulikan hal-hal kecil yang tidak penting dan mudah ia membezakan baik atau buruk kerana ia melihat dari atas, ia melihat dengan lebih kehadapah. Dan apabila ia terbang rendah, ia mudah tertipu dengan urusan-urusan kecil yang disangka besar dan ia mudah tertipu kerana ia tidak mampu melihat jauh kehadapan.

Bagaimana mampu hati kita terbang tinggi atau rendah? Bila ia (hati) tertarik dengan keimanan, maka Allah angkatkan darjat kita dan kita merasa lebih tinggi dan lebih tenteram berbanding dengan bila ia tertarik dengan tarikan maksiat. Ia rasa terbelenggu dan gundah gulana.

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ
Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat (al-Mujadilah :11)

Burung terbang dengan kumpulan untuk menambah keselamatan mereka. Kita juga begitu. Bila ia berada di dalam kumpulan yang bergerak dalam satu corak dan satu rentak, nescaya ia akan selamat daripada ancaman musuh.

Para pembaca, terbangkan hati setinggi mungkin bersama rakan seperjuangan agar anak panah musuh tidak akan mengena malah menjadikan musuh takut dengan sekumpulan helang yang garang terhadap mereka.

Wasalam.

P/S : Apa yang saya tersilap tafaddhol dikomen.

1 comment:

Syamil Esa said...

Salam.
Akhirnya update juga blog.

Bagus sekali.

Terbangkan hati, kemudian mencari pembantu dalam menempuh dan menerjah awan, agar terus kukuh di alam yang tinggi.

satu pengajaran yg boleh dicari lagi, jika mahu untuk terus terbang tinggi, kena cari kawan yg mampu utk sekali, mana mungkin helang berkawan dengan burung merak yang tidak mampu utk terbang, walaupun dirinya adalah spesis burung.

maka kalau si helang tak dapat utk berkawan atau utk bersama dgn si merak, jgnlah salahkan si helang, sebaliknya redhalah dengan ketentuan Ilahi pada potensi masing-masing, dan buatlah kerja sebaik mungkin.

walikullin wijhatun hua muwalliiha fastabiqul khairaat - surah Al-Baqarah

salam dari Mesir.