Thursday, October 9, 2008

Sedikit Perkongsian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

nampaknya telah berlalu satu tempoh yang agak panjang untuk berada di 7-11 (rumah) ini. Semoga saya ini tidaklah tergolong dari golongan yang disebut dalam al-Qur'an

Maka berlalulah satu tempoh yang agak panjang keatas mereka dan keraslah hati mereka
mungkin kerana terlalu lama tidak dididik & tidak mahu dididik?wallahu a'lam~

Sebelum meneruskan, saya ingin meminta maaf di atas segala kesalahan atau kesilapan yang telah sayalakukan secara sengaja atau tidak sengaja kepada para pembaca yang mulia dan kerana saya terlupa dari surah apakah ayat diatas dikeluarkan..

Setelah beberapa tempoh saya berada di rumah, saya merasakan seperti segala 'azmul qowiyy, himmah 'aliah semakin pudar dari hati ini..mengkoreksi kembali diri dan terzahir jelas segala kesalahan, tidak lupa juga kepada lirik nasyid yang terlintas di minda

Renungi diri itu, dengan cermin tafakur, bukankah tuhan itu~maha sempurna~
Terfikir juga kemana diri ini hendak dibawa dan kearah apa diri ini akan dibentuk, proses pembelajaran disekolah telah dilalui dalam tempoh yang sangat panjang tetapi kesannya hanyalah sedikit. Bagaikan setitik da'wat hitam? Wallahu A'lam~

-------

Setelah pulang dari surau selesai menunaikan solat zohor, seperti biasa meluangkan masa dihadapan komputer tetapi yang tidak biasa adalah secara spontan hati ini seakan mendambakan sebuah tazkiah, secebis nur, dan sedas tazkirah yang biasanya diberikan pada isnin,khamis, jumaat, sabtu dan ahad. Alhamdulillah terjumpa juga. Ini antara sedikit potongan dari entri tersebut.

Sebab itu hasil hasil kejayaan dalam tarbiah boleh dilihat dalam berbagai bentuk. Kalau kita perhatikan dalam al-Quran dan hadis-hadis perkara ini sangat jelas. Tarbiah Islamiah tidak mendambakan satu bentuk kejayaan sahaja. Islam bukan hendak lahirkan orang kaya, berkuasa, berpengaruh, atau apa-apa bentuk yang material sifatnya.

Tetapi Islam mahu melahirkan manusia yang beriman dan bertakwa, ia boleh jadi

  1. Orang kaya yang bersyukur

  2. Orang fakir yang sabar

  3. Imam yang adil

  4. Alim yang takut kepada Allah

  5. Hamba yang khusyuk

  6. Mujahid yang berjuang dengan niat mati syahid

  7. Dan seumpamanya


Mereka semua berjaya dalam bentuk yang berbagai-bagai mengikut dinamika kehidupan dan potensi diri masing-masing. Dan segala bentuk kejayaan ini diterima dalam saf Islami. Setiap orang sesuai dengan potensi diri masing-masing boleh berjaya dalam tarbiah Islamiah. “Setiap orang dipermudahkan untuk mencapai tujuan kenapa ia diciptakan”. -Kiriman, Ust Abdullah Zaik.

Andai anda berminat untuk sambung membaca, anda boleh baca disini.

------

Peperiksaan semakin dekat tetapi nampaknya akademikku semakin jauh ketinggalan, mungkin saya akan berkurung di 'bilik kebal' sekiranya keadaan betul-betul memaksa. Jadi kepada mereka yang sedang membaca kiriman ini : "Ya Allah kau permudahkanlah urusan penulis ini diatas jalanMu didunia dan diakhirat." Terima Kasih

Semoga dapat mengambil manfaat~insya-Allah entri tentang raya akan dikirim dalam masa yang terdekat.


Wassalam

*Intenet connection problem terpaksa lambatkan sedikit waktu kiriman..hmmm

No comments: