Monday, August 16, 2010

Sejenak Peralihan




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kaifa hal? Sihat moga-moga, saya alhamdulillah sihat sahaja semenjak-duamenjak ni. Untuk pengetahuan semua, masuk hari ini sudah genap seminggu peralihan kepimpinan daripada 2009/10 kepada 2010/11. Semoga mereka semua berada dalam keadaan yang tenang dan senang dalam beramal dalam medan masing-masing. amin.

Entri kali ini saya akan cuba bawakan pandangan saya terhadap peralihan kali ini. Pandangan saya bukanlah pandangan ulama', pandangan imam masyhur(hanya imam di surau kecil sahaja), mujtahid dan sebagainya. Tetapi sekadar pandangan seorang pelajar tingkatan 4. Jika ada salah silakan untuk diperbetul.

Ya, kalau ikutkan hati memang hati tidak puas menelan nama-nama tersebut. Tetapi sungguh susunan Allah itu cantik, kemas, teratur. Sayyid Qutb menyatakan demikian didalam kitabnya "Al-hayah Fi Zhilalil Qur'an". Katanya ;

"Semenjak aku hidup dibawah naungan al-Qur'an, aku melihat suatu susunan yang cantik di antara pergerakan manusia sebagaimana yang dikehendaki Allah."

Bagi saya, wajar untuk kita melihat suatu perkara yang berlaku kepada kita dalam sudut yang baik, kita yakini semuanya dari Allah dan iman juga bertambah. Kita juga yang untung.

Kembali kepada tajuk, saya akan cuba bawakan situasi yang melanda ini dalam suatu sudut renungan yang positif. Secara luarannya, mungkin ramai yang merasa tertekan, merasa tidak patut, tidak adil dan sebagainya. Tetapi kita patut sedara bahawa secara hakikinya, Allah juga yang merancang.

Mari kita imbas kembali kisah-kisah dalam al-Qur'an, lihat bagaimana mereka menghadapi tekanan.

1) Kisah Talut & Jalut
Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya".
Ketika itu tentera Talut berasa terdesak kerana gerun akan tentera Jalut yang dalam sangkaan mereka lebih hebat dan lebih kuat daripada mereka. Namun, sebahagian daripada melihat perkara ini sebagai qada' dan qadar Allah, mereka menyahut;

Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".

Mereka menghadapinya dengan Allah, mereka yakin dengan Allah, semua berlaku atas Qada' dan Qadar Allah dan akhirnya mereka memenangi atas tentera Jalut dengan jayanya.

2) Kisah pembelahan laut oleh Nabi Musa
Ketika Nabi Musa dikejar Fir'aun dan konco-konconya, mereka lari ke laut merah. Apabila mereka tiba di laut tersebut dan bertembung dengan konco-konco Fir'aun, pengikut Nabi Musa panik, terdesak dan merasa buntu. Mereka sudah menyerah kalah.

Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan"


Namun Nabi Musa yang faham tidak merasakan demikian. Beliau masih yakin dengan Allah, dan tidak menyerah kalah. Ini hanyalah ujian kepada beliau dan kaumnya.

Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku"

Kerana keyakinan Nabi Musa, Allah mewahyukan;

Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.

Ya, akhirnya miracle happens, pertolongan Allah sampai. Allah sangat dekat dengan hambanya. Tenggelamlah fir'aun dan konco-konconya manakala Nabi Musa dan pengikutnya selamat. Wallahu waliyul mu'mini.(Allahlah pelindung orang beriman)

Saya sudah bawakan dua kisah yang sangat mendalam bagaimana orang-orang dahulu yang tertekan menghadapi masalah-masalah yang Allah berikan kepada mereka. Tujuan Allah hanya satu,

untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)

Allah ingin kita jadi lebih hebat, lebih tabah dan lebih mantap daripada kondisi sebelum ini. Barulah Allah Maha Adil. Allah ingin jadikan kita hebat, namun tidak semestinya caranya sebijik seperti cara Allah jadikan orang-orang sebelum ini hebat.

Mungkin sampai disini sahaja entri kali ini. Saya ingin mengakhiri entri kali ini dengan sebuah kata-kata Ust. Rahmat Abdullah;

"Sesungguhnya bagi setiap marhalah itu rijal-rijalnya, dan bagi setiap marhalah itu masalah-masalah yang tersendiri"

**************
P/S ; Maaf, entri kali ini tidak menyentuh pasal Ramadhan langsung. Insya-Allah, entri akan datang. Jika Allah mengizinkan.

4 comments:

emir.abu.khalil said...

hehe~ amat jelas kemelut yang enta sedang hadapi la ni.

inna ma'al 'usri yusra.

keyakinan antum kepada bantuan Allah serta tetapnya antum di atas jalan ini pasti dilihat, didengar, oleh Allah SWT.

ramadhan bukan erti segalanya berhenti, biarlah entri apapun ia.

teruskan menulis. barakAllahu fiik

mz said...

fuh,.. mengapa lah golongan baik sentiasa ditindas secara terang-terangan..

rijal ankabut said...

Satu penyelesaian yang sangat bagus Hikmat. Tulisan yang patut dibaca oleh mereka yang mengalami dan memahami situasi keadaan. Dengki juga, dalam keadaan macamni pun ada seorang yang boleh tenang berfikir secara rasional, lantas mengingatkan kepada yang lupa perkara2 begini akibat tertekan..

(lebih bagus juga kalau tulisan ni wujud sebulan yang lalu..)

Hikmatyar said...

@emir abu khalil - Rabbuna Yusahhil!

@muaz faris - Dua-dua rasa dua-dua baik, kena dengar cerita belah sana jugak. Insya-Allah mantap!

@rijal - Allah beri ilham, kita terjemahkan. kalau salah tolong betulkan.(peralihan kami lambat sikit, heh)